rafa dah 11 bulan harini!

sebulan lagi nak setahun. dia umur setahun means kak nia dia 6 tahun. next month birthday diorang berdua jatuh pada hari raya haji. mesti meriah lah kalau dapat celebrate kat kampung. tapi nia nak celebrate kat sekolah jugak. ikut kan. 

so, anak bujang dah 11 bulan harini. dah besar dah dia, makin adorable. hahahah... baby ye dak? mmg tgh time best la nak main. time tak best bila dah kenal orang. dah tak nak kat orang. tapi mujur lah dia dgn papa dia ok. kalau tak ok, mmg rebeh bahu aku. 

belum boleh jalan lagi, baru belajar2 nak berdiri sendiri. takpe rafa, slow2. dari dok risau tak meniarap, sekarang tetiba je merangkak, berdiri, memanjat datang serentak. tak leh tinggal, kalau tak ada lah yang cedera.

 suka main stereng kereta.semua budak suka eh? ini suka tahap kalau ko angkat dia dari situ dia mula teliuk2 marah nangis.

suka makan. tu suka sangat makan tu sampai tido pun tak nak lepas biskut kat tangan. bubur2 ni dia dah x pandang. bagi nasi. walaupun gigi nan ado. lepas tu mula lah nak tecekik. makanan sendiri tak nak makan.


sangat manja. tido mesti berlengankan mama. tak pun bawah ketiak mama. dia tau dia anak bongsu kot :)

5 comments:

Anis said...

hensem boy

Gieyana said...

Aq suka baby time ni..byk benda dorang dh pandai..hb yer rafa. Wish siap3..:)

Nad MamaZN said...

bongsu ke? eh?! haha! :P
rafa, cepat je beso.. lupa plak besday sama kakak nia.. 4/10 tu besday abg zack, haha! tu pun nak kasitau :P

Jiey^Mien said...

Anak bongsu??
Amboiii declare!

LYAfrina said...

dah besar hero..lg sebulan nak setahun

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in