nia start puasa... (throwback)

ok, perkara seterusnya yang nak di highlight kan ialah nia mula berpuasa pada Ramadhan tahun ini. so ada extra special bulan Ramadhan kali ni. bukan start dari hari pertama pun. dalam hari ke 12 Ramadhan baru dia start puasa. bermula dari kawan2 sekelas dia puasa. ada yang puasa penuh setakat haritu. so dia menawarkan diri sendiri nak berpuasa. sebelum2 tu dah bagitau. then bila aku tak kejut sahur dia marah. maknanya memang dia dah ready nak puasa lah kan.

ok fine, hari tu bangun kejut sahur, makan nasi dia tak mau. masa tu tengah addict makan roti telur dgn sos tomato. so buat lah kan untuk dia. and bersahur lah dia pada hari itu. cuma aku ada pesan kat dia kalau kakak puasa, kakak tak yah pegi tuisyen. sebab tuisyen pukul 6 petang - 7.30 malam. bulan puasa wan extra sacrifice lah sikit. kadang jamah sikit then pegi amik nia dulu kat tuisyen then balik dari amik nia baru makan.

so check dengan teacher pasal nia haritu and memang dia puasa. so plan amik dia and bawak dia pegi beli makan apa yang dia nak. dia bagitau teacher zai nak kenny roger. aternye kalau hari2 puasa mintak kenny rogers mau kopak mama. tapi sebab meraikan first day dia puasa makanya kita layankan aje.

amik dia and bawak pegi jusco. nak jalan memanglah tak larat kan so duduk kat dalam trolley. 

ni dah start lembik

dalam kereta dah start drama. lapar lapar lapar...

 siap tulis lagi untuk nia. tapi dari tempoh sampai rumah sampai menantikan waktu nak berbuka tu. masyaAllah, menduga nye. berlinang je air mata dia cakap nak makan. 

aku cakap : kakak tak nak puasa ke?

kakak nak puasa tapi azan lambat sangat...

apekah???

masuk je waktu nak jamah air pun tak larat siap papa kena pegang. sambil berlinang air mata. 

semua air dia nak. kiri kanan. semua benda pun nak makan. nampak betul lah puasa tuh. 

macam tu lah cerita nia yang pertama kali puasa. dalam berlinang air mata pun, dia berjaya puasa selama 8 hari penuh which aku bangga gak lah. ada sehari tu on weekend dia try puasa tapi gagal. bertahan sampai pukul 12 tgh hari je. lepas tu dia men-declare yang sabtu & ahad dia x nak puasa. dia nak puasa on weekdays je. tapi tu lah, lepas balik dari sekolah sampai waktu berbuka aku kena melayan sendu dia. menangis nak berbuka. tak pe nia, next year practice puasa penuh ye. jangan jadi mcm mama, darjah 5 baru start puasa!

4 comments:

chemso said...

wooowww banyak en3 hari ni...

Iela Fazielah said...

its ok..pencapaian yg utk nia... irfan lansung xmau puasa... yg penting dia dah lancar solat dulu...

Nad MamaZN said...

seronoknya harini! banyak entry kat blog ni nak dibaca...! :)
takpe nia, ok la tu... zakwan pun xde yg full, semua pun halfday heeh

Anis said...

darjah 5 baru start puasa? biar btul

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in