test drive proton iriz

camne nak ngeja nye pun aku tak tau. google dulu kot salah spelling tang iriz tu. so, pagi tadi lepas amik nia balik dari tuisyen, ingat kan nak bawak diorang jalan2 kat jusco sebab aku yg amik. wan pegi site kejap. tapi kejap je settle urusan kerja wan, then dia ajak pi test drive iriz. 

nak beli kete ke?

terfikir lah, nak beli kereta yang jimat minyak. sebab distance kerja - rumah jauh kan. then nak kereta kontot so senang nak mencilok. wah gitu! kalau kau atas jalan jem je manjang celah mana kau nak mencilok? nak cari yang jimat minyak lah senang cite. 

niat asal nak beli jazz hybrid tapi tak keluar lagi design baru yang hybrid punya. so, iriz keluar dulu, why not kita tgk. test drive sikit. 

proton iriz datang dalam 1.3 & 1.6. kalau nak jimat minyak 1.3 lah kan. and kebetulan yang sedia utk di test drive 1.3 manual. ok lah, memula wan bawak then aku pulak yang bawak.


takde lah nak review macam paultan tu. sebab bukan nye banyak bawak kereta pun. and tak pernah pun test drive kereta sebelum ni. sebelum2 ni wan je yg test drive. so ok ke? ok. pintu bukak tutup rasa padat, tak rasa kosong. stereng pun smooth. kalau nak beli manual, switching gear dia pun lembut. kira boleh consider lah. aku tolong test drive untuk adik aku yang baru start keje last week, kot berminat nak beli kereta, aku recommend la kereta ni. harga start dari RM42k untuk 1.3. 

then singgah pulak perodua nak test drive perodua axia. tolong survey kan jugak. hehehe.. wan yang test drive. aku x test drive sebab ada pulak dalam tu sales advisor tu ajak niadel mengaler. aku kena lah tunggu. kemain layan dia kat niadel. kekdah mcm nak beli 2 biji kete. :p 

lepas tu pegi honda serdang. nak test drive jazz ada kat bangi. terus cancel. tapi bila bincang2 balik, macam, buat apa lah nak menambah hutang baru kan? baik plan untuk beli second house ke kan. lebih berbaloi. 

tapi.. korang nak beli iriz tu as second or probably third car ke or utk budak2 yang baru keje ke, ok lah boleh consider. interest untuk iriz is 2.54%. sekarang tengah promosi. axia lak 3.5%. for honda jazz interest dia 2.5% 

gambar hiasan. comotnye anak3 aku.

3 comments:

Nissa Azmir said...

kak aly a=lama x baca mengomel. mlm ni br ada masa nak blogwalking sat.. hehehe

Iela Fazielah said...

wah..test drive... bestnyer..... akak pun suka kete kontot... tp nak 2 pintu je sbb drive sorang2... impian katanyer... tp xmampu ko.... hahaha... tp livina akak sofar jimat minyak...mcm bwk kancil gak harga minyak dia... kiki

Mar Mansor said...

aritu tengok2 je kat mydin..takde test2 drive..kecur je nak beli kete baru..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in