Syawal 1434H di Kedah

sambung- sambung. takde makna simpan dalam draft. auta je lebih alyyani anuar ni.

4 Syawal 1434
tak ingat! jap tgk gambar. haaa.. kalau balik kedah mmg beraya sakan lah. sebab sedara mara family wan mmg area kedah / penang je. so mmg time raya ni lah nak menziarah. pagi dah keluar pegi beraya.

first house, rumah family belah arwah mak mertua aku. sangatlha frust sebab baju kurung 1 lagi boleh tertinggal kat perak. pakai lah baju yang ada. first rumah dah dihidang nasi. rezeki rezeki..

 lepas tu gerak ke rumah tok embun. then jumpa yang lain kat sini sebab nak pegi kenduri pulak. perut kena reserve kan untuk makan kenduri ni.

lepas rumah tok embun, pegi kenduri. nasi daging yo! sangatlah favorite. makan tak toleh kiri kanan.

adel dah pengsan time ni. cik tah dukung. mak nya makan dulu ye. hehehe..

nia maintain lagi.

rumah ke-4, rumah pak ngah pulak. yang dok tgh2 tu.

ada buat makan2 jugak. fuh... rumah ke-4 ni ha.

gila tak makan?? mesti makan. konon tak nak makan, tapi tak boleh tak makan, mesti termakan. aci gitu? :) tgk adel apa gaya tu tah

tak penat2 kome ye?? lepas umah pak ngah pegi pulak rumah kawan atuk niadel. tadi dah makan nasi daging kan kat kenduri? ni hidang nasi daging lagi weh! ya ampun, sendat sangat dah. tapi tah macam mana, makan jugek! kahhhhh... gambar takde lah pulak sebab tak larat sangat dah nak snap2.

malam sambung lagi. jiran je. jamu nasi tomato. pergh!! imagine 4 kali makan nasi haritu je. cun kan bekas ni? kena rembat satu lah. hidang pun senang. 

mata dah nak katup time ni tapi kutahan jebat! yg tudung hitam tu adik ipar i. mata nak katup gak sebab kepenatan beraya.

adel datang rumah kak jah ni dia kejung sbb ada abang yang. dia takut abang yang. bukan takut mana pun. aku rasa takut lagi muka paklang2 dia dgn cuyan dia. tidak kalu tak nak masuk ni. tu kejung je. sabajelah budak ni. balik kampung jarang2 pun dia boleh ingat. balik rumah pengsan. penat. penat makan!

5 Syawal 1434
sambung beraya lagi. tapi pagi tu pegi hantar adik ipar aku dah kena balik hostel. first time jugak lah nak melawat uitm merbok ni. kakak aku dgn abang ipar aku ngajar sana. dah betahun mengajar situ tak pernah sekali pun aku jejak uitm ni. ni first time nak pegi.
akhirnya. sampai juga. ceruk gak ye. bagus lah tempat2 belajar ceruk2 gini. tak lah nak habis duit berlibur je.

dah sampai kolej masria. masria rasanya. tgk bilik adik ipar aku. ok lah. teringat zaman2 belajar dolu2. seronok kan? takde masalah. belajar aje. hujung bulan tak pening nak kena bayar hutang. :p gambar kat atas public phone kat kolej masria. public payphone ye. gagang mana gagang?

dah hantar masitah kat kolej, terus pegi rumah maksu adik arwah mak. 

suka2 je kan petik bunga kat rumah orang???

kucing gebu gebas kat sini. 

lepas tu rumah tok lang. rumah2 wajib pegi raya. niadel nampak penyapu ini buat nya. lepas dah beraya kat rumah maklang terus balik rumah. malam pegi beraya rumah maklong niadel pulak. haritu spend time dgn ofa kejap benau. 

aku penah tunjuk ke rumah kakak aku ni. dry kitchen nak pegi wet kitchen ada laluan gini. kau ado?? ofa tgh kutip batu ke tu?

tapi kreatif jugak mak ko ni pa. berliku sikit ko nak masuk dapur tu. lambat sikit sampai. bole?

sebab diorg pun baru sampai dari perak haritu gak, malam tu baru nak prepare segala. family aku ikut jugak sebab diorg ada urusan kat sana the next day. kedah kan keje hari ahad. so gotong royong prepare dinner rumah maklong ni.

ayah mertua aku follow sekali sebab tau ayah aku ada. lama tak jumpa. so jumpa kat sini. macam2 makan malam tu.

nasi, pasta, main dish.

kakak nia dok kelek aufa je. mana aufa ada, situ lah nia ade

hantu minion ni kalau dah bukak cite despicable me mmg tak bergerak lah. duduk lah depan tv berejam takpe. janji ulang2.. cakap pun dah mcm minion aku tgk.

sebab abang ipar aku keje esok nye takde lah nak lepak lama sangat kan. ok ofa, nanti kita jumpa lagi ye. tq maklong and paklong. penat2 pun layan jugak kami.

6 Syawal 1434
Rasa dah puas sangat beraya. dapat balik kampung buat macam2, tiba hari pulang ke KL. kitorang gerak before noon. traffic tak heavy. sampai awal jugak kat KL.

sangkut kat tempat2 hotspot je. other than that traffic ok.

tekak rasa tak larat nak makan makanan raya dah. ajak wan pegi chillis. singgah midvalley.

seronok korang ye. tak tau esok nak kena sekolah dah tu.

puas!!!

sebelum balik rumah, bawak apak eh pegi kedai gunting rambut. dari sebelum raya aku zikir suruh potong rambut tu tidak dibuatnya. ni dah seminggu raya baru nak potong rambut raya, niadel jakun tgk papanya tgh potong rambut. 

ok, sekian cerita raya kat kedah. lepas ni raya kat kajang pulak.

4 comments:

Rizziela said...

best best... yg plaing best tgk nasi daging tu.. meleleh air liur

Alyyani Anuar said...

rizziela : favorite tu. penah buat 2 kali kot. lepas tu tak rajin :p

Nad MamaZN said...

Perghhh! Mmg meriah jalan2 beraya! Best giler! Mmg best! Sbb kami raya keempat dh balik kl dah sobsob

Alyyani Anuar said...

nad : raya je kitorg bole lepak lama kat kampung nad. kalau tak mmg balik over the weekend je. tu puas rasanya :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in