post ke 1000 - instagram

setelah 6 hari bed rest. 3 hari MC, 3 hari cuti, aku kembali ke ofis. tapi dari rumah nak bawak kereta pegi sekolah niadel mak oi, sakit nye. skang dah masuk stage sakit kat bahagian ari2. menyucuk2 gitu. makin lama makin kerap and kuat. kalau konsisten je sakit nye zass ke hospital. aku tak kisah dah nak beranak kat mana sekarang ni janji selamat semuanya. ni pun datang office tunjuk muka je kot. tapi duduk je nyandar. sakit weh. minggu ni minggu ke 37 dah. esok check up. hope ada good progress on baby's weight. aku dah kira2 5 oct (bday nia) aku nak induce je. tapi tu lah, tak tau lah. moga dipermudahkanlah semua urusan kan. tak jadi keje sbb sakit.

berbalik kepada tajuk entry, pejam celik, diam tak diam semalam kot aku telah post gambar yang ke 1000 dekat instagram. tak perasan pun. konon2 mmg ada niat post ke 1000 nak bagi special photo. gitu! tapi gambar yang ke 1000 ni pun special juga. tau gambar apa?

tadaaa. 1000 post sudah. kuatnya aku mengoya kat sini ye. ;) kalau korang nak tau faktor utama aku nak sangat pakai iphone beberapa tahun lepas adalah nak kan apps instagram ni. so sekarang semua smartphone pun dah boleh instagram kan? tu yang ramai jugak kenalan kat sini. kadang tanya kabar kat sini je.

maka, ini lah gambar yang ke 1000 ye. special tak special nya gambar ni? dengan rumah bersepah. apa yang aku selalu insta kan? anything. selalu nya gambar tu mesti ada cerita. contoh cam kat atas ni. nak tunjuk macam mana niadel improvise pakai stroller dgn baby tub jadi tempat lepak. sungguh lah kreatif anak2 mak ni.

just to share jugak. ini gambar pertama yang aku post kat instagram. tab ni pun dah jual kat officemate aku. masih berfungsi dgn baik.

antara gambar2 terawal...


0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in