Skip to main content

ke keratong & segamat : hanim & fendy's wedding

hanim masuk keje kat ofis aku, baru aku tau wujud nye nama tempat keratong. hehehe... aku geografi mmg gagal. nama tempat, negeri mana mmg gagal. tu tak tau wujudnye keratong. sabtu lepas sampai kami 7 kereta ke keratong. hanim punya wedding. dah jadi tradisi kat ofis aku, kalau ada wedding jauh mana pun kita cuba attend. gerak konvoi seperti biasa. sebab distance tak berapa jauh mcm kat kelantan tu, kita balik hari je. 

so seperti yang dirancang, pukul 9.30pagi kita gerak jumpa kat depan ofis since nak lalu LEKAS. 9.30 gedebuk gedebak 10 lebih jugak gerak nye. depan ofis dah ada yg muntah. biasa lah kalau bawak anak2 kecik ni. macam2 ragam. 7 kereta, 7 jenis lah ragam nye. itu biasa. 

lepak kedai makcik mok sebelah ofis. sementara menunggu yang lain2 settle down. niadel kat rumah dah makan. kat sini makan roti canai lagi. mau makan, takpe..

mak oi, kereta bersusun. lepas tu construction area tu make traffic worst. dengan ada yang nak tekucil lah, dgn lampu minyak dah menyala lah. macam2 hal. 

petronas yang 1.02km pun terasa jauh bebenor... 

dengan ada yg nak berenti beli itik salai...

gitu gini, pukul 2.40petang kitorg sampai. agak lambat kalau kenduri2 kat sini. majlis pun dah nak settle. mujur ada makanan lagi. mmg masing2 tgh kebuluran. siap makan lauk pengantin lagi. haritu sangat lah panas. menitik nitik peluh dalam baju. niadel toksah cakap. mulut bising cakap panas. nak duduk dalam aircond. hamboi hamboi hamboi anak!. tapi mulut nganga jugak bila disuap nasi. dah kenyang kitorg beransur ke dalam rumah. sembang2 sikit dengan family pengantin. sementara niadel nak ke toilet. then photography session with the bride & groom.

rombongan cik kiah ke keratong 4.

manis kan pengantin? sama cantik sama padan. congrats hanim and fendy. welcome to bijakgroup's family fendy. tahun ni ada karaoke boleh lah join. heheh..

makcik ni mmg suka dgn pengantin. tu slumber je dia nak duduk kat pengantin..

gadis- gadis manis... gadis lah sangat kan...

boys...

teman lunch - gossip - minum petang - pagi dan lain2 bila kat office..

dah hampir ranap pelamin kitorg kerjakan, kitorg pun mintak diri dulu. tq hanim atas jemputan. sampai jugak kitorang ke sana. kenal jugak aku dgn felda keratong. next, kitorg hala ke segamat. dalam setengah jam dari keratong. boss aku, en suhaidi jemput ke rumah mertuanya. makan durian! kalau lah aku hantu durian, confirm aku terkinja kinja juga. ni biasa2 je. memeriahkan suasana dan memenuhi undangan alang dah sampai kan.

durian dah menanti di beranda rumah. serbu lah masing2..

fuh, mujur ada makanan lain. hehehe.. macam2 ada. rojak, yg paling best pulut dgn kuah durian. sedap betul. mak durian tak makan. tapi masakan dibuat dari durian mak makan. durian crepe tak makan. 

sementara tu kitorang amik kesempatan freshen up. solat. anak2 siap mandi bagai salin baju. sebab hari tersangat panas.

urut dada dgn pe'el anak2 dara ni. berkecah rumah orang ni dibuatnye...

sebelum balik. tq so much boss sebab sudi layan kami2 walaupun penat travel jauh sama2 tadi. rasa seperti dirumah. santai sangat. syok bila jalan ramai2 dgn office mate aku ni, sape yg host mmg akan layan kita sebaik mungkin. and we feel like home. kalau korang jalan perak, wajib singgah rumah mak aku. mmg aku serve korang kaw2 lah kat rumah parents aku. itu janji aku. 

next in line sape kah??? fety? nini? amal? abil? ramai lagi yg bujang2 ni... 

to hanim & fendy, selamat melayari alam rumah tangga. marriage is all about being tolerate to each other. cepat2 dapat baby. akak teman ko pregnant nanti nim.. :)

Comments

nad said…
gmbr yg 1st tu kan
sekali imbas mcm alya dukung baby nayli! terkezut omak nyo ni, haha!

ok, kalu balik perak kabo2 la...nak jugak merasa pi jenjalan ke bota nun, hehe
Mrs. Simplicity said…
nad, to anak officemate alya. umur lebih kurang nayli kot. tembam. dia mau kat kita sorang je. biasa tak nak kat orang dia. comel!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber