IMAGINATION Legoland, Malaysia

IMAGINATIONS aku rasa akan jadi tempat yang paling best untuk anak2 korang. very colorful. ada playground yang diberi nama DUPLO playtown and DUPLO express untuk menghiburkan hati anak2 korang. sementara adult berbulu2 beratur panjang nak main attractions yang ada dalam ni.

yang sememangnya menarik di IMAGINATION

the entrance.

Build & Test ni another place for kids to play lego. ada track kereta siap. tapi kitorg tak masuk pun. 

the colorful signage. 

mascot legoland dah dtg, tapi tumpang amik gambo kat tepi je. heheh.. 


tengah beratur nak naik observation tower. wajib naik ni. boleh tgk seluruh kawasan legoland termasuk yang under construction. boleh tahan mangkuk jugak beratur. tapi sebab sekali masuk segerombolan, cepat lah jugak bergerak.

menarik kat sini, kat tempat beratur ada ruang untuk kanak2 main lego. menarik disitu.

dah dalam observation tower

nice view from the top. LEGO KINGDOM yang kita pegi tadi. tu nampak the dragon roller coaster yang diorang naik tadi.

hotel yang under construction. Sunway yang owned this project. 

DUPLO express dari atas. berbunyi2 binatang2 ni.

keluar dari observation tower, kitorg amik gambar. kitorg beli gambar ni. diorang edit berlatar belakang kan awan. L for Legoland. kurang sorang sebab ina dah start beratur untuk masuk 4D studio. wajib tgk gak.






niadel seronok betul main dalam ni. aku tak masuk pun dalam playtown ni. aku duduk kat luar tgk ina dah beratur sampai mana. bila dah nak dekat masuk dalam, roger rakyat jelata yg lain dalam playtown ni masuk barisan. macam tu lah kekdah nya kat sini. beratur panjang yg amat. 

tengah tunggu nak bukak pintu 4D studio. kat sini yang paling menguji kesabaran. dengan lapar nye. dengan kat luar macam nak hujan nya. beratur dah panjang. nak menunggu pintu bukak. masyaAllah, mcm nk tgk wayang pulak lamanya. nyaris2 give up. 

tapi bila dah masuk, mmg wow. cam biasa, perbarisan dan penantian berbaloi. aku boleh katakan 4D studio kat legoland ni lagi best dari 4D shrek kat USS. lagi feel. siap dgn rasa air nya, keluar buih lah. rasa bahang api lah. terbaik! wajib beratur ye.

 hujan dah ula turun rintik2. kitorg maintain je. banyak lagi tak pusing ni. ni depan mini pizza. nak makan pizza, kat dalam imagination ni ye.

 musical fountain. very nice. menghasilkan lagu gitu.



cam biasa, ada orang yang pakai baju kebangsaan ni, disini terletaknya surau. amboi, aku berpeluk dgn bukan mahram. dosa! :p

lepas ni kita masuk LAND OF ADVENTURE & LEGO CITY

5 comments:

Mama Likha said...

tk runtuh ke alya peluk bukan mahram tu cenggitu haha silly question kot ! :P

Nad @ MamaZN said...

Alahai..takleh tunjuk kt zakwan ni..huhu

alyyani said...

Mama likha : tak! Hahaha sebab pakai gam gajah. Diorg try cabut x tertanggal. Beria explain :p

Nad : dpt bayangkan betapa excited nye abang zack kalau dpt kesini nanti. :)

Anis said...

x beli express pass mcm kat USS ke?

alyyani said...

anis : takde lagi weh. kalau ada, lama dah aku beli. gila panjang beratur klah kat uss kot aku rasa

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in