ok2, mari2 ikut kitorg sekeluarga masuk singapore. bismillahirrahmanirrahim...
so, kitorang mmg dah plan nak pegi on nia's birthday. dah booked air ticket lama jugak. then bulan june tu office aku buat family day. maka, berangan lah, kalau dapat grand prize cantik gak ni. mak, apak dan anak2 pegi cuci kaki je lah kan. tapi aku dapat tv 42" kan. so tak pe lah, bukan rezeki. tapi, officemate aku yang menang GP iaitu USS trip untuk 3 orang beserta hotel untuk 1 malam dan duit poket, kata dia nak let go hadiah dia. kalau ikut T&C dia, tak leh tukar dalam bentuk cash je. tapi ni dia nak tukar hadiah dengan aku. lama gak lah berfikir. so all this while, tv aku tu tersadai je kat rumah dalam kotak tak berusik. wan berat nak bagi sebab dia kata at least kita ada benda yang kita boleh tgk untuk kita kenang. kira kalau tgk tv tu, aku dapat masa lucky draw. gitu2 lah kan.
tapinya takde inisiatif nak pasang bracket tv gantung kat bilik ke. aram! so bila kitorg punya trip ni nak dekat, kalau dpt pegi free bole jimat banyak. so decided to tukar hadiah dengan hanim. maka, dari situ laju2 lah booking ticket dan hotel. selebih nya tu buat duit poket. kira tak keluar 1 seng pun lah.anak suka, ibu setuju, apak gembira. tak gitu?
bab membooking hotel ni aku tak fikir lain mmg book hard rock hotel je. sebab dia walking distance je dgn USS. malas nak travel sana sini. kita mmg target nak pegi USS je. 2 hari 1 malam sahaja. nothing else. bila semua dah booked., hah, aku sakit kan. masa tu rasa, tah dapat ke tidak pegi ni. makanya tidak lah aku melakukan sebarang research pasal USS trip ni. pada pendapatan aku, takde benda nak study pun. sebab pegi 1 tempat je. signboard sure banyak. yang aku sibuk dok study pasal tonsillitis aku ni. takut mengatasi segalanya.
gile kau panjang mukadimah. malam sebelum tu, cam biasa baru nak packing. kitorg tak check-in luggage pun. trip kali ni adalah bag packers. anak pun kategori bag packers gak sebab kitorg tak bawak stroller. konon tak nak bejalan kan? so wan 1 bag, aku 1 bag. flight kitorg pukul 7.20 pagi. lepas subuh kitorg gerak. kereta tinggal kat airport je sebab 1 malam je kan. rasa masa tu mmg dah lambat. mmg benar bagai dikata, sampai2 je tak dan duduk, terus dengar announcement dah last call untuk boarding. and syukur kitorg takde luggage nak check-in. so menjimatkan banyak masa disitu.
kat imigresen counter, pegawai situ dah wish nia happy birthday so mmg dah tau lah birthday dia nak bawak pegi bejalan. nia pulak "macam mana polis tu tau birthday nia, mama??" hat tu panjang cerita nya maka kita off-record saja. berpusing2 nak menerangkan.
niadel pun tak boring sebab takde kena menunggu lama. terus je naik flight. papa duduk belakang. aku sepatutnya booking 1 row. silap disitu. next time booking 1 row.
perjalanan mengambil masa tak sampai sejam. konon kitorg nak breakfast dalam flight sebab mengenangkan bila touch down kat singapore nanti, barang mahal, makan pun mahal. poyo je konon nak order, rupanya baru ku tahu, kalau distance tak lama, boleh order snack je. heee... malu lah jugak. ok lah, makan kat airport je lah kita nanti.
flight was smooth. kejap sangat rasa. ok lah, takde masalah nak handle niadel. trip kali ni adalah sangat santai. takde macam kelam kabut nak pegi mana, mana nak tuju. so rileks2 saja.
siap boleh keluar masuk kedai kat dalam airport ni lagi. sebab masa tu rasa mcm awal lagi. USS bukak kul 10pagi. ke 10.30? tah...
dah sampai kat immigration counter. again, pegawai2 kat situ wish birthday kat nia. deme ni dok ber spek hitam, pegawai suruh bukak. confuse orang apekehey ber spek hitam pagi2 buta.
then nampak burger king masa nak naik escalator. terus je singgah sarapan kat sini. menarik2 gak menu sarapan dia. kenyang sampai tengah hari. lepas tu, plan nya nak terus naik bus ke sentosa island. tapinya masa pegi kat kaunter, diorg cakap lagi cepat naik tren. berenti kat harbour front station. ok, terror sangat kan tak study? masa pegi hong kong tu, tak tanya orang pun. tau je mana nak tuju. ini, blur2 lah jugak. tapi ok je. ada mulut kan. kena ringan2 lah bertanya.
perantara antara 1 terminal ke 1 terminal kat dalam changi airport ni adalah menggunakan skytrain. nak naik train pegi sentosa island, dari terminal 1, kita nak train ke terminal 2.
dalam train heading to terminal 2
siap ada station kat rumah aku ye. kembangan. hehehe... so, from changi airport kita kena turun kat tanah merah. untuk meneruskan perjalanan ikut laluan east west line. berenti kat outram park sebab kena amik north east line untuk ke harbor front. rasa aku explain betul dah. kalau aku silap, just betul kan aku. sebab ye lah, cerita dah basi. route dia senang je kalau dah study. kalau tak study macam aku, amik masa lah. tapi aku cerdik je bab tgk route ni. tapi laki aku lagi banyak cerdiknya sebab aku ada tersilap. hehehe.. bayar berapa eh? SGD 3.10 kot kalau tak silap. niadel free. beli tiket pakai mesin. jangan beratur nanti kena marah. bole tahan garang gak. tapi aku ok je. mana ada semua orang polite.
ni kelakar. dari changi aiport, ke tanah merah ke outram park ada lah kena tempuh lebih 10 station. mangkuk jugak berdiri. Singaporean mmg baik2. tapi hok ni, ada Singaporean berdiri nak bagi kitorg duduk, tapi minah indon ni pulak pegi duduk lepas tu bermesra2an dengan niadel. siap amik gambar bagai, then bagi adel menyelit sikit. end up niadel berdiri depan deme all the way. saba banyak je lah.
turun kat outram park eh. amik line kaler purpler lak direct ke harbour front. time ni dekat je lah. tapi all in, makan masa gak naik train. apa lagi kalau kena naik bus kan. so train is the best option. dah sampai harbour front belum habis lagi cerita naik train ni. kena pulak amik train kat vivo city pegi sentosa island. vivo city ni shopping mall. train station dia tingkat atas sekali. again, blur sotong gak. dari vivo city ke sentosa island dalam 2 station je. dekat sangat. masa ni dah pukul 11 lebih. rasa cam, alamak, lari lah timing aku. kalau boleh nak tolong bukak pintu USS. tapi dah drag masa. rasa rugi lah nanti takut tak sempat kan.
seronok dia. dia ingat nak pegi disneyland. tak tau camne nak explain USS tuh.
and finally, arrived! yang beratur panjang ni nak redeem ticket ke redeem apa. tapi mmg panjang que nya. kitorg direct je ke USS entrance.
Comments
Kemain both of them enjoy..cdm x larat ko nk explain kt nia erk..:-)
so ni bersambug kan ?? jeng3.... :))
mama likha : bila ingat2 balik, ok je zte. sbb tak study kan, tu yg blur je. ada sambungan. dah ada dalam schedule post. :)
Tp takpe kot
Pasni stadi lagi...
Sambungan? Cepat2, tak sabar! =)