Syawal di Kedah

i'll make this fast. dah long overdue sangat dah. Syawal dah nak hujung dah pun. so tahun ni turn beraya di kedah. raya kan ahad, so jumaat kami masih bekerja. balik kerja baru lah nak mengemas rumah / barang. kain menggunung baru nak disettle kan. so gitu gini kul 1 pagi kitorg bertolak. as expected, jem lah kan. asal BJY dok atas hiway tak kira kul bape time raya mesti jem teruk. nak kencing pun kena tahan. R&R pun tutup sebab full. sabajelah. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5-6jam, jadi almost 9hrs. tak raya lah kalau tak jem ye tak? so last day Ramadhan mmg rehat je lah. malam raya, niadel main bunga api dgn mercun pop dgn acu & acik nye.

1 Syawal
Raya. The guys pegi masjid utk solat sunat raya & lepas tu ziarah kubur arwah mak mertua. balik tu, makan, bersalam-salaman then only keluar menziarah family. membawak sampai ke lewat petang lah. 

bersalam- salaman

bermaaf- maafan. mintak ampun bang. maafkan lah bini mu yang nakal ini. :p

rumah tok embun. dijamu dgn nasi tomato

dimana ada kucing.... disitu ada adel

rumah mak anjang (i hope i get this right. 5 tahun kahwin masih tak pass lagi nama sedara mara weh!). makan mihun sup

qada' youtube namanya ni. dok rumah atuk line takde. ni pegi rumah orang baru boleh lepas rendu

kain udah lucut. panas katanya. sukahati je. tu nyaris nak bukak baju tuh.

then ke rumah pakngah pulak. i like my pakngah sebab dia suka bergambar. posing siap. hehehe.. comel!

then ke rumah mak lang, ni kat rumah maksu tukar uniform sudah. lega dapat mandi budak be2 ni

last sekali rumah makcik yati. bukan anak je qada' 3G, mak nye pun busy cek timeline. hehehe..

2 Syawal
Dikunjungi tetamu. so duduk dirumah sahaja. masak masak masak, makan makan makan. menu haritu, mihun singapore and spaghetti.  aku sebenarnye dah jemu gila gila gila dengan spaghetti. dengar word spaghetti je kembang tekak. but somehow thats the menu yang orang laju je makan. so tukang masak pun puas hati.

antara tetamu. yang bersila panggung tu biras aku

sibuk2 juga, solat jangan dilupa.

gagah nye pakcik ali korang weh! 

malam nya main bunga api lagi. nothing much on day 2 sebab tak ke mana. 

3 Syawal
ada event. adik ipar aku tunang. masitah namanya. so pagi tu kemas apa yg patut. rumah kasi clear, siap kan bilik. cek baju adik ipar aku, prepare food. majlis start lepas zohor. all went smooth accept for hujan lebat sekejap. takpe lah, hujan tu rahmat. sejuk bumi. so majlis selesai almost 5. malam tu beraya rumah chaq kejap sebelum balik ke perak. sampai rumah mak pukul 12 gitu. oh btw, insyaAllah majlis kahwin masitah akan berlangsung pada bulan Mac next year. tak lama dah tu. pejam celik je.

macam ni lah keadaannye bila adel moody. semua nak melekap. tgh buat keje pun dia boleh dok atas riba. ni sebelum bertukar uniform. 

lepas tu siap kan niadel. 

seperti yang dijanjikan lepas zohor rombingan pihak lelaki sampai bersama 9 dulang hantaran

amboi dik, suka na nak dpt abang ipar lagi ye

diskusi diskusi orang2 senior. aku dok dalam bilik menenangkan pengantin. aci?

taken!

tunangnye tak dtg so aku pun tak dpt berkenalan. huhuhu

tetamu dah beransur pulang, mari kita tuan rumah pulak ngap.

orang kuat taman ria

dah selesai majlis, adel pun tolong kemas jugak. tolong angkat hantaran.

selamat bertunang tah!

soalan : gambar korang nak this size or X-large??

6 comments:

Gieyana said...

Meriahnya ry korzng beb..:-)

wanie md zain said...

nak x-large..takmo saiz ni..kecikk tak puas..

Zura@Iwan said...

details story ry ko...

aku x byk sgt gmbr ry...huhu

nome said...

prefer X-large kot...puas mata memandang :)

Mama Likha said...

nk XL large. puas skit tgk. ni kena tekan mata kuat2 hehehe.

Nad @ MamaZN said...

tahniah masitah...
sangat comel jek orgnye ;)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in