cerita adel pegi tulah (sekolah)

pada 3/9/2012, hari itu dalam sejarah, adalah hari pertama adel pegi sekolah. ni bukan try test tengok. mmg officially masuk sekolah terus. lewat 4 bulan dari nia as nia masuk sekolah dulu umur 2 tahun 2 bulan. adel masuk sekolah 2 tahun 6 bulan. sama sekolah dengan kakak dia. Smart Reader Kids Taman Pinggiran Putra.

so apa jadi on day 1? hari tu aku time off kejap sebab nak hantar sendiri dia. and nak arrange transport dengan kak anas tu. dekat pukul 12 tu aku sampai sebab sama time dgn akak van tuh. sampai je terus pengasuh bukak pintu adel dah terjojol depan pintu. teruja yang amat sambil menjerit 'adel nak pegi tulah!!' mama senyum je lah. tgk lah nanti apa jadi. nak pegi sekolah konon. hehehe

cikgu farah pakai kan kasut. camne ke nanti nak pakai dgn bukak kasut sendiri. mmg tak lah kan. teacher lah kena tolong. tu tgh becakap dgn mama pakai baju tulah, tokin (stokin) tulah...

sementara tunggu van dtg, amik gambar lah dulu buat kenangan. tu student tua, dah tak nak tie-in. otai namanya. baju recycle je kakak dia punya sebab yg baru belum sampai stok lagi.

kakak dia yang haritu tak bagi adik dia pegi sekolah sekarang tak gitu dah. ok je sebenarnye. sementara menunggu van ni masak gak lah nak menenangkan adel yang dah tak sabar nak pegi sekolah. sendiri pegi bukak pintu gate taska nak masuk kereta. kemain lagi ye. 

tak lama lepas tu van pun sampai so bayar siap yuran untuk adel and start esok adel naik van sekali. memula ingat nak suruh adel naik van sekali dia tak nak. menonong je dia masuk kereta

ok, dah sampai sekolah. semangat ni. naik tangga tu nampak teacher kat atas, dia jerit lagi 'adel nak pegi tulah!!' nak pengsan aku gelak. bia betul budak ni. 

dah sampai. ok je kan? tak nangis kan?

sampai je, dia pegi lucutkan bag, terus menonong ke play area. haaa ni lah sekolah dia. dia ingat pegi sekolah tu main playground. tak kira org keliling ni. nia lah pegi amik bag adik dia, letak kat rak. mana tak teruja nak pegi sekolah. 

lepas aku nampak dia dah ralit kat situ, aku pun terus blah kang nak balik aku amik. then masa nak keluar je, dengar adel jerit "mana mama? mana mama?" ha start dah banjir. confirm melalak. cepat2 aku lari turun tangga. settlekan urusan bank, pukul 3 aku sampai sekolah diorg. teacher cakap, dia menangis. amik masa nak tenangkan. bagi susu sebotol, pujuk2 dia sikit baru dia ok. hari pertama tak masuk kelas pun. nak bagi tenangkan dia.

then nampak dia keluar macam zorro pulak. nampak mama terus cakap "adel tak nak pegi tulah. mama jom balik" gelak sakan lah aku. nak menghantar tadi lain, dah amik lain pulak.

helper situ, aunty suti dah siap salin kan baju and pampers. yeee puan- puan, adel masih berdiaper sebab mama dia belum sampai seru nak ajar dia potty train. center niadel ni mmg terima student yang masih on diaper. so takde masalah disitu. untuk anak yang masih menyusu, dalam bag bekal kan sebotol susu kosong, sebotol air, sepersalinan pakaian, sebekas milk dispenser. cukup. tak yah letak pencil box bagai sebab kat sekolah diorg provide. food pun diorg provide. 

masa ni belum boleh balik lagi sebab tunggu nia habis kul 3.30. setengah jam menunggu. aku suruh adel main slide kat situ dia tak nak. sebab kalau dia main slide mama tinggalkan dia. mcm dah fobia. sian dia. tak kesian sgt pun. :p

 nak balik shake hand semua teacher. dia yang paling muda setakat ni. sebab teruja nak balik, maka teruja lah salam dengan semua orang.

teacher shanta yang ajar nia math

tgh tunggu van sekolah datang. kalau naik van nanti, kat sini lah diorg tunggu. tapi teacher ada tunggu sampai budak2 naik van. aku saja tunggu van dtg nak ingat kan lagi sekali. betapa gembira nya adel dapat balik kan.

so begitulah hari pertama adel di sekolah. overall manageable lah. way better compare to nia. tak nangis sampai ke sudah. masa nia dulu nangis sampai tertido. naik van pun bajir punya tak nak pegi sekolah. lain character nye kan. selesai urusan adel ke sekolah. so agak lega disitu. lepas ni target nak potty train adel. malu lah gang2 dia ramai je dah free diaper. 

on the next day, semua pun ok jugak. takde sinetron dah. adel cite dia naik van means dia excited lah. tapi on and off kejap cakap nak pegi tulah, kejap cakap tak nak pegi tulah. tulah pada adel main je. hari ke-2, aku dah start terima report berbentuk gambar through fb. from their teacher. teacher zai. masa hantar adel tu teacher mintak nak add aku kat fb. dia yg cakap lepas ni i update hari2 gambar your daughter. gitu tau. aku cam, betul lah pulak hari2 dia update. too expose i guess. takpelah, MOJ. so here are some actions of niadel during their school session. baru boleh tau aktiviti diorg. kadang loss jugak, ok ke nia ni belajar, macam mana dia kat sekolah kan.

 adel di hari pertama sekolah. ok lah ni kan tak nangis dah

ni dah beberapa hari kat seklah. during snack time. teacher cakap nia tak penah tak makan bila snack time. ok lah tu. lapar ye nia belajar kuat sgt. menu haritu mihun soup. adel pulak, well, bila time makan tak toleh kiri kanan dah

dalam kelas. teacher will do anything in order to make a new student comfortable in the school. contoh kalau kata anak korang tajleh lepas bantal busuk ke, teddy bear ke, untuk permulaan hangkut je benda2 tu ke sekolah. nia dulu memula gitu jugak, gemuk bag bawak bantal busuk dia. bagi dia rasa selesa. ni nak selesa join kelas kakak lah. slowly adel..

ni masa jamuan raya last friday. muka paksa rela namanye ni masing2. 

masa jamuah raya ada aktivit rupanya. couple2 gitu. hat ni pun sama jugak berposing ye. 

couple ni menang pasangan paling comel. kelaasss uols! dapat coinbox

ni yang paling latest. gambar semalam teacher post kat fb. aku masa tu tgh makan, bila tgk, nak tersembur nasi dlm mulut. hahahaha.... boleh tido plak dia. adel nak kena ubah balik nap time dia waktu siang. biasa dia tido kul 1 gitu. so ni paham lah nape dia terlelap. hhehehe lawak lah adel. so bila amik diorg hari2 skang apa jadi??

2-2 pengsan.

tapi tetap tak leh lawan kakak dia yang lagi dahsyat pengsannye. ni mmg tido ye. bukan main hide and seek. 

semoga diterangkan hati anak2 aku dalam menerima segala tunjuk ajar dari cikgu2 nya. amin...

7 comments:

izzah azfar said...

wah seronoknya hantar anak ke sekolah.

kak alyani : dari tempat asuhan ke sekolah boleh tak bgtau harga yang dikenakan.

kasud zah, transit berapa kat pengasuh, then bila masuk sekolah berapa lak tq.

Zah tahun depan nak masukkan akmal ke sekolah gak..risau juga ni

nome said...

good job adel! sweet sgt adel ke sekolah...insyAllah lama2 dia akan pandai sesuaikan diri...lagipun kakak nia selalu ada disisi utk menolong...

tahniah kakak nia dpt hadiah sweet couple...mmg comel sgt!

OneSimpleMother said...

haih.. good girl adel dah gi tulah.. rasa mcm nk sekolahkan luqman jer. tapi dia cakap pun tersangatlah pelatnya. masih pakai diaper lagi. mungkin bulan 1 tahun depan ok kot.. huhuhu..

Kesuma Angsana said...

he he comeynyer budak2 ni

Zura@Iwan said...

hehehe...lawak la plak adel..

ingt tulah tu playground la tue...

pndai dia bdikari la lama2 kan...bg biasa...

Iela Fazielah said...

seronok tgk anak2 dah msk skolah... irfan jugak lom lg sekolah...next year kata papanyer..kasi dia main puas2...

yantieramli said...

Bestnya adel da g skolah. Rasa cam kecik lg je..hihii muka paksa rela adel tu klakar. Blik school smpi trtido ye... Moga terang hati anak2 kite kan... ;)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in