aura balik kampung kembali

bila last kitorg balik kampung? rasanya sebelum pegi hong kong kot. balik dari hong kong dah sibuk hal rumah. so semangat nak mengirakan rumah je lah. balik perak pun masa family day office wan haritu bulan 4. then balik kedah masa pak wan meninggal. balik hari je. kira balik kampung bila ada hal je lah. 

ni bila semua dah settle down, hidup kembali stabil, baru lah boleh atur jadual balik kampung semula. biasanya kitorg sebulan sekali balik kampung. kira bulan ni perak, bulan depan kedah. and so on. so ni kena start balik lah.

dimulakan dengan balik ke kedah last weekend. then bila akak aku dah deliver dalam masa terdekat ni jugak, that weekend kitorg balik perak. fyi, dia dah 38minggu. dah start cuti.tunggu hari kat perak. aku bersalin haritu, dia lah drive bawak aku ke hospital. support aku masa sakit contraction. so kena lah bagi moral support jugak kat dia kan. ewah. soon to be mak ngah lah aku. mak ngah? macam tak glam je. nak jugek! kahhhhhhh

last week lepas balik keje, lepas wan balik dari main futsal kitorg gerak. gerak kul 11 malam, tup2 kul 2 pagi dah sampai kedah. ke kul 3? tah. aku tido je. mmg speeding habis dia bawak ni. then rumah sebelah ada buat kenduri tahlil utk arwah pak wan. kebetulan kitorg ada, join la sekali. gambar takde sebab niadel masa ni nak berkepit aje.

lepas makan pulak, terus ke rumah akak aku. masa kitorg baru pindah tu, dia pun baru pindah jugak. mmg nak jadi cite pulak sama masa nya kitorg dapat kunci. so during the renovation process tu banyak lah benda share. harga rumah pun sama. tapi marilah kita makan hati berulam jantung tgk saiz rumah akak aku dgn saiz rumah kitorg. with the same price dia dapat rumah semiD. mari menangis berjemaah. ok2, Sungai Petani dgn KL mmg market berbeza. sedapkan hati.

lepak sampai ke petang, then terus balik rumah balik. sambung tido. mmg menantu pilihan kan? :D balik kedah penat. penat tido. penat rehat. hehehehe.. ahad balik kul 6 petang sampai rumah kul 10 malam. so kalau akak aku bersalin esok, lusa balik perak la pulak. cepat bersalin long! tak sabar dah ni.

main attraction bila balik rumah atuk kedah adalah kucing. ni ada pulak kittens. lagi lak terjerit2 makcik ni. pencinta kucing dia ni. nak angkat pun berani. lepas tu bila kena gigit "mama...cat gigit sini..." kalau nak main dengan dia, cakap je jom tgk cat. insyaAllah dia akan ikut.

steady je kapok kucing gini. kalau mama dia, kucing tu baru tgk muka aku, aku dah cabut lari

kakak dia buat2 berani. lepas tu dia yang bagi arahan kat adel suruh angkat kitten bawak ke sini, ke sana. yg adel ikut je.

rutin jugak, papa bawak niadel pegi kubur maktok diorang naik moto and ronda- ronda kat area situ. diorg dgn papa je nak naik moto. dengan orang lain diorg tak mau. 

rumah baru akak aku dekat sgt dgn umah in law aku, maka lepas ni bole slot in setiap balik kedah ye. ha ni lah teratak akak aku dgn laki dia. meja makan 8 seater melentang ye. kalau rumah aku nak letak 8 seater mmg langgar dinding lah.

ada pulak dry kitchen siap bole buat ruang makan lagi. nia tgh makan nasi dgn acik dia. konsep rumah diorang hijau putih. kerusi merah hitam tu nanti tak guna ko bagi aku ye long. hijau putih? nampak nau pro-pembangkang ni. kahhhhhhh

siap bole letak tv lagi. memberi aku idea nak letak tv kat dapur. aci? tapi astro nan ado rumah akak aku ni. sedih betul

bukan rumah je hijau putih, barang baby pun konsep hijau putih. habis niadel punggah barang2 baby maklong diorg. gastrik aku tgk deme menyepah rumah maklong diorang.

bapak besar master bedroom diorg. mcm padang bola. siap nak buat partition pakai cabinet ni. nangis2....

niadel siap mandi lagi kat sini. lepas mandi baru adel makan. sedap lauk yang paklong beli. :D

maklong niadel yang dah sarat. entering 38 weeks. baby girl harap maklum. berderet cucu mak ayah aku perempuan.

ada akuarium kat wet kitchen. mmg tak bergerak lah niadel.

nia kata "nanti mama beli fish macam kat rumah maklong ye" in your dream bebeh!

the wet kitchen. konsep kampung. rumah awok mandang wet kitchen. semua sama je..

agak-agak bape harga rumah size macam ni kat klang valley ni ye? *sambungnangis*

lesson learned : jangan lupa family yang ada kat kampung & bersyukur dengan apa yang ada... :)

5 comments:

Princess Solehah said...

wah...nampak besar rumah k.long akak ni ye :) cantik tu

Gieyana said...

Besar giler. Umah kak long ko beb..kalau kt penang mau above 700k kalau besar cmtu..kira umah ko pon dh ok beb psl land..kat penang nie nk cr land mmg nangis..daku dpt land kt umah kt kg jer haa..tu pon ✗ ler sebesar umah kak long ko..:)b

alyyani said...

princess solehah : bukan nampak dah ni, mmg besau. hhuhu..

gieyana : beb, penang sama level dgn kl. maka moh kita nangis sama2... ;)

Nad @ MamaZN said...

wa...sangat cantek! sangat besar! sangat gede'!

nanges!dh tak belagu n berair mata, huhu!

tu yg best tu dok area2 cam sg petani ni,seronok kak long alya..

rasa nak pindah teluk intan la..dok kt kg jek, hehe

wan syamzaima said...

umah along dekat ngan umah mak mentua adik maknanya kat padang serai gak la kan....nape wan tak perasan pun ada umah besar2 kat situ...kalau balik sp mmg duk lalu kot padang serai....

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in