tajuk mesti over exaggerate ye. seperti biasa lah nak menarik pembaca. oh, tak boleh blah! hahahaa.. sejak akhir2 ni rasa dah besar dah anak2 aku. nia makin besar makin paham bahasa. yang tak paham bahasa tu standard lah. budak lagi. tapi kalau dulu aku dok bising payahnya nak suruh nia buat homework. kini tidak lagi.
kalau dulu bila disuruh, bercinta. mmg macam sessi mendera lah nak suruh buat homework. sekarang dalam kereta dah tanya siap2 "nia, u got homework or not" yes or no lah jawabnya. tak kan jawab nehi (bahasa hindi) pulak kan. then balik rumah dia sendiri amik and tepis semua mainan ketepi (dasar rumah tak penah berkemas), then dia pun buat sendiri. tulis 1 huruf, tunjuk kat mama, tulis 1 huruf tunjuk kat mama. dah tak tau apa compliment nak bagi. jenuh peluk lah. tak kisah, janji takde drama air mata masa buat homework and homework pun siap.
adel pun sekarang dah show interest to books. dah mula pegang pencil. dah mula menconteng. tak nak kalah, nak jugak buku latihan color coklat macam kakak dia. malam tadi, balik rumah nampak ada beg sekolah baru, papa service kete sawi and dapat bag tu free. comel kot bag tuh. terus cakap ni adel punya.
suka dia. asyok pakai beg je lah. pagi tadi, bangun, selalu dia akan mintak baby botak dia, tapi pagi tadi dia nak pakai bag tuh. wah ingat ko! so mama tukarkan bag taska dia dgn bag tuh. tesengih2 makcik adel kita dapat pakai bag sekolah.
kalau ikut kan nia dulu umur 2tahun 3bulan dah dah masuk sekolah. kalau plan asal nak register adel bulan 6 ni. tapi sejak rumah dah start renovation ni, nampak macam kena postponed je. sekarang ni, nak masuk tony roma's pun fikir 2-3 kali ko. kalau dulu, ok lagi lah. sekarang ni, kalau nampak tony roma's errmmmm, kita makan chicken rice shop je lah. amboi, takde pulak cakap, takpe lah bang, kita makan kat rumah je lah, saya masak. hahahaha... terasa lah jugak bila installment rumah dah jalan. sebulan umpama membayar 4 bulan punya sewa rumah. tambah dengan sewa rumah lagi. mau tak terasa. mujur dah lepas pegi hong kong. tak habis- habis hong kong lagi ko ye!
takpe adel, insyaAllah ada rezeki untuk anak2. paling lambat pun early next year adel start sekolah or bulan 11 nanti untuk biasakan diri dengan school environment. insyaAllah...
situ lah ruang tamu, situ lah tempat nak makan, situ lah tempat tgk tv, situ lah tempat dia nak buat homework. situ lah segala- galanya. sedih! sejak 2 menjak ni asyik dok mintak tgk cite 'RUMBAK RINDU'. macam org mualaf menyebut aje. mana tah dia tgk cite ni. dengan pengasuh dia gamaknya. sabajelah.
lokasi buat homework mmg dia akan pilih sendiri. ater, work station flexible kan. ikut mood dan keselesaan dia.
kacak tak kontraktor rumah kitorg? dressing macam nak pegi tgk wayang. pakistani. hari2 wan datang cek apa progress. mmg bernasib baik lah, reno rumah tgh musim hujan kan? naik slab lepas tu makan hari nak tunggu kering. patut 2 bulan takut drag lagi sebulan. takpe2, sabar separuh daripada iman.
kadang dah terasa besar dah dia, bila dia mula independent in few things. walau pun nampak kecik, tapi besar impak dia pada mamanya. contoh, tak yah bedukung lagi.
yang makcik ni mmg perasaan dah besar lah. tak mau dukung gak kadang tuh. tapi nak menunggu dia panjat tangga, tak kurang 10 minit. terkedek- kedek nengok dia memanjat tangga.
sebab mentor dia asyik menulis je, dia pun asyik nak menulis je. ikut saja lah apa mentor dia buat, kalau mentor dia nangis, dia pun sama nangis. pening!
tersenget- senget kepala dapat bag baru. perasaan teruja yang tak terucap namanya. rambut dipagi hari. mama malas nak ikat. rumah takde air, mandi kat taska je.
mujur tak berebut dgn nia bag ni. sebab bukan kaler pink dan takde princess. so kakak dia buat dek je.
adel : "selamat tinggal baby botak! i ols dah besar tak main bawak2 patung ni. i ols nak pergi sekolah dah"
Comments
umah takde air?
anak mandi kt taska..
mama n papa....? =p
sebelum di pulang paku buah keras, mai akak jawab dulu.. makpak luqman tgh gigih usaha nk bg adek kt luqman nih. masih belum menampakkan hasil nmpknya. hahaha..
kontraktor cari sndiri ke alya... jrg nk dpt pakistani tu... hnsem lak tu bak kata alya lahh not me haks :)
onesimplemother : boleh ada adik kak, tapi kilang belum masih temporary shut down ;) insyaAllah, ada rezeki luqman beradik tu nanti. amin...
mamalikha : isk, jgn ckp gitu. bila tiba adel masuk sekolah esok, head to toe, lua dalam mama beli baru. bag sedia ada pun ada 5-6 bijik. huhu...
kontraktor cina. office dkt dgn area rumah kitorg. tapi pekerja diorg pelbagai bangsa. alah, shahrukh khan lagi kacak kan? :p
semakin besar derang nih...semakin independent! tahniah dear! memang korang anak2 yg sgt comel
rumah baru nnt kt mana alya?? best nyer dh beli rumah.. xpe kalu skrg terpaksa berikat perut sikit.. aset tu lebih penting, dr duit tu keluar ke tmpt lain kn.. mcm kitorg nie bile la nk beli rumah... mahal sgt kot rumah kt kl skrg..
*eh cerita ombak rindu kah di tv tu?? heheh