bintulu trip & bila papa incharge

sebelum nak pegi bintulu aku dah set everything. baju mana nak pakai, baju mana nak bawak, pampers bape banyak. dah susun siap2 la senang papanya nak amik. supaya tidak berlaku incident nia pegi school pakai tshirt sukan, bukan tshirt sekolah (masa adel warded haritu). siap lipat kain terus malam tu which is so not me. lipat kain time hari bekerja. selalu lipat kain bila dah jadi gunung tahan mahupun gunung kinabalu, ahad baru lipat.

tak de rasa susah hati ke apa sbb nya niadel dalam keadaan yg sihat walafiat. dan diorg pun dah besar kan. so pergi la outstation dgn misi nak siap kan kerja kat sana dengan jayanya. dalam hati ckp, bole la rehat puas2. selalu malam ada je macam2 kan. ni sorg2 je, apa nak pening nak bancuh susu anak, basuh berak anak. :D

flight ontime. sampai pun seperti yg dijanjikan, straight away pegi office sana sebab ada appointment at 5pm. settle kerja petang tuh, officemate aku nak bawak aku jalan2 kat bintulu area. siap tanya aku bawak camera ke? gila hape nak berposing sorang2 laki dgn anak takde. so aku terus check in hotel. hotel dgn office dekat je. dekat2 town. and plg best bila hotel tu attached to the mall. so tak yah pening fikir nak dinner apa. 

 AA meal. roasted chicken. sedap! tapi nak marah nya bila anak kapal ni tak bagitau bekas tu panas gila, so aku pegang mmg mcm nak melecur la. dia bole diam je masa pass meal tuh. haish, berat mulut ko ye. sabajelah.

terus masuk office bila sampai kat bintulu..

malam tu, officemate ajak gak dinner sekali. tp tak nak la aku. sejak kahwin ni, aktiviti berpoya- poya an dgn org lelaki terhenti serta merta. cukup la during office hour je dgn budak2 officemate or customer or suppliers. so malam tu aku jalan2 kat mall dia je lah. actually ada dapat voucher utk spa ke massage. tp sebab sorg2 je, tak berani la. tak berani belaka aku ni. konon dpt la rest kan, tp nya, rasa awkward gila duduk sorg2. selalu ada je penyeri kan. anak2 lompat2 katil, mintak itu ini. mmg awkward lah. end up aku tak tido malam tu sebab takut. aku ni penakut nak tido sorg2. almaklum imaginasi tinggi. bukak tv kuat2, bukak cite 3idiots kat tepi laptop, tido2 ayam sampai kul 5 pagi, terus bangun! hahahaa..

bilik best2 pun rasa tak seronok bila family takde... tapi bilik dia mmg best..

mmg on tv 24jam. kena bukak channel fashion2 je kalau bukak tv biasa, ada iklan hantu kang mana aku nak mengadu nasib!

the jamban.. konsep hotel nia square. jamban pun bentuk square..

ni yg paling menarik utk dirembat. dah selamat jadi bekas makeup aku..

siap ada penimbang berat lg dalam toilet. maka timbang lah berat. berat 46.7kg.

masa aku keluar gi mall dgn dinner, masa balik tgk ada 2 biji buah ni atas meja. complimentary la ni.

burn je lah these 2 vouchers.

besok pagi2, kul 7 aku dah keluar as kat borneo ni kul 6.30 dah terang benderang. breakfast sorg2 pun rasa x cool la. tp sebab ramai je breakfast sorg2, perasaan tu ok je lah. dah settle breakfast, terus checkout. terus masuk ofis. separuh hari kerja, then visiting client's office kat bintulu area lps tuh, terus ke airport. flight kul 4.20pm. tak sabo nak balik jumpa niadel. 

yang menarik perhatian aku. selain astro, kat sini ada parabola satelit ni. x sure kat sabah ada ke tak, but kebanyakan rumah ada parabola ni. mengandungi 888 channel dari banyak negara. yg paling best takde monthly charges!!

spaghetti bolognese masa balik ke KL. sedap jugak..

bila nak dtg sarawak bawak niadel lak? nanti2 lah...

bila dah jumpa diorg, tanya la papa camne? belagak ko! bangga gila dpt handle anak2 dia dgn eloknya. tak kuasa aku. tak habis2 cakap gini 'diorg dgn abang, elok je. takde merengek2 pun!' sabojelah. aku balik rumah tgk, gitu la keadaan rumah kan. luggage bag nia selamat kena conteng. diorg siap tunjuk lagi. mama, tgk ni. mmg la tak merengek, papa bagi apa je diorg buat. apa pun, mmg aku tau wan bole jaga anak2 dia bila keadaan memerlukan. dapat jaga sorg 1 malam, panjang ceritanya. maka, bole lah outstation lagi :p

overall, the trip was successful....

note : update blog pasal bintulu dah keluar, report bintulu nak submit kat boss, belum siap lagi :p

4 comments:

wanie md zain said...

ALYA..SAMALA KITA PENAKUT JUGAK..HAHHAAHA KALAU DOK UMAH PUN MLM KENA TINGGAI BUKA CHANNEL KATUN KA..YG TAKDA IKLAN HANTU..HEHHEHEHE

ada. said...

Sumpah sebijik macam ada. Penakut gila. Kalau nak tidur kena bukak tv kuat2 tp bukak channel music2 je sebab takut iklan hantu hahaha

Elyn Sani said...

ayat wan sebijik dgn ayat faiz! kemain bangga dpt jaga anak. yelah semua die bagi mmg la x merepek ekekek

@lfidah @dim said...

Alya,br sempat nk bc cite alya.kita serupalh.penakut.even kat umah kalo dok sorang2 dgn ank ke mmg xkan bukak chanel yg iklan cite hntu.mintkler maap.ayat lelaki kot.asben sy pn pnh guna ayat tue.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in