behind the scene : outing

sebenarnya, ramai gak yang bertanya, mcm mana la aku bole handle niadel everytime outing. kira diorg ni kata, aku ni kategori tabah hati la nak handle niadel bila outing. bole sampai ke sabah bagai. ha tu baru sabah2 ye tuan2 puan2. kita tgk mcm mana ke hong kong esok. ada bran?

kalau nak ikut kan tak larat handle, tak de lah sangat. tapi tu lah, dpt mak bapak jenis kuat berjalan ni, tak bole la duduk2 saja dirumah. so all the obstacles tuh tutup mata je lah. i told wan, eh bang, tau tak, diorg nak tgk camne kita handle budak2 ni bila nak keluar rumah. 

kebetulan masa tu kan cuti deepavali, and we were about to get ready to aqiqah kat kuala selangor. mmg masa tu waktu puncak la. waktu puncak dimana, bila aku nak bersiap adel akan meraung bagai nak rak dan2 tu la nak mintak dukung sebab takut kena tinggal dengan mama. ini akan berlaku setiap masa ye. mcm ada suis petik adel. time mama nak bersiap mesti bersidai tepi mama. cakap ukung, ukung... kalau tak jalan jugak, menangis bagai nak rak.

nia dah besar independent la sikit. sikit je lah. kadang buat perangai jugak. kalau nak layan anakanda hamba ni mmg tak berjalan la. atau pun, waktu yg dijanjikan nak keluar tu akan drag barang sejam dua. so masa haritu, terus wan grab camera and snap the photos below.

ni dah start waktu puncak la ni. baru je siap mandi, nak iron baju, dia dah melalak. kebiasaanya aku akan siap kan niadel dulu. tapi masa tu diorg tgh tido. so terus lah aku mandi. bila bangun, dah bangun si kecik ni. kalau baru bangun tu, mood to masuk on off lagi. takde la aku melayan. kalau layan kang nak berdukung bagai, jem pulak mama nak buat keje. so terus je la aku iron baju semua. while dia menangis atas katil. 

menangis bagai nak rak, papa buat susu pun tak jalan. mama continue iron baju. ni baru iron baju ye. mmg tak dan nak make up la. kalau make up mau bergegar cemara apartment dgr dia menangis. sekali adel dah mengamuk, mmg payah nak tenang kan. marah yg amat time ni.

masih cuba meraih simpati. while mama gosok tudung pulak. hahahah..

nia dah 'kena' jugak tadi sebab dia buat perangai. bukan kena apa pun. mama up kan  volume suara, dia pun menangis sampai tertido. mmg dia tgh ngantuk pun sebab bangun awal sgt pagi tuh.

tadaa... bila mama dukung, automatik, automatik ye. elok je. siap bole gelak bagai. apekah? mengada la tuh. muka mama pun sememeh je sebab tak berbedak.

so, mama akan siapkan anak2, dgn baju, diaper semua. papa lak siap kan susu. then terus la kitorg keluar. dalam kereta sekian episode lak. bergaduh je lah keje nye hai. 2-2 nak duduk kat mama. ada je lah. tu pasal la kitorg kalau balik kampung, malam. kalau siang, mama yg muntah kot. kalau time kat luar, mcm tu lah. mcm budak2 lain. explore macam2. papa diorg jenis tak meradang kalau kat luar. dia buat dek je. aku la yg meradang. tp tu lah, what to do. hadap je lah. mungkin ada org yg takde anak akan a bit annoyed dgn perangai niadel. tp believe me, all kids at their age are like that. ke tak? ke anak aku je tak behave mcm anak korang? hahahaha... 

ni lah antara perangai2 niadel bila keluar. ada je akal nya. ni kat j.co cheras selatan baru ni. org kiri kanan tgk, mesti ckp, apa la mak bapak diorg biakan anak diorg buat gitu eh? abis ko ingat aku nak cubit ke? aku cubit kang, diorg menangis. korang lak yg tension tecekik donut.

selagi bole panjat, nak panjat.

so kalau nampak kami anak beranak di luar kawasan especially kat tempat makan, sila cari meja yg jauh dari kami, jika korang nak ber romantika de'amour dgn pasangan korang ye. hehehe... konsep aku senang je, asal tak menangis, aku ok je. tapi tidak lah bagi diorg buat benda bukan2. kalau dah sakit mata aku tgk tu, aku larang la.

so, macam tu lah, disebalik tabir bila kitorg outing. sape mau outing dgn kami? :D

note : all typo akan di repair bila aku baca entry ni balik. mata dag ngantuk. later!

9 comments:

Tina Othman said...

org yg suka pandang semacam tu sebab dorang takde anak, biasalah mana2 budak pun mcm tu, anak yg cerdik mmg lasak

mrs.spicy said...

huhu..cabaran. maryam xpandai mengamuk lagi. senang jer.

wanie md zain said...

alya..konsep alya sama dgn wanie..heheheh sapa nak dating2 romantik2 maaf la..dok jejauh skit dgn family yg ada anak kecik..
bab adel nangis tu sebijik mcm iris..nangis tak ingat dunia..nak berlipstik pun tak senang...bergitu la kita mak2 yg beranak kecik ni..

OneSimpleMother said...

uuiii.. ganahmu adel.. hehehe..

r|nA @ ja|j|na said...

same jelah kite ni..time echa perangai ok, oklah..datang angin kus² dia tuh, ibu bakal transform jadik tarzan..kadang² kat public pon selambe jek mekik² name echa, haha..

Salina@IbuAqil said...

alolololo comelnya.. budak2 ni mmg tmbh kalo time kita nak bersiap pg2 g keje.. adoi!!

Princess Solehah said...

auni pula kalau tahu kita nak keluar, dia duduk dekat2 nak mintak dukung :) tapi tak menangis lah....

nome said...

jom kita berouting...itulah karenah anak2..xpe la beb, kecik2 mereka cenggitu..bile dah besar sok, merekalah yg akan menyenangkan kamooo...amin :D

Anis said...

wei, tergelak aku baca entry ko ni. mmg lawak. aku sejak ada izz... tudung instant aje. x perlu gosok2 ye. x sempat. baju pun kalau bleh pakai jenis yg x perlu gosok. xde masa wei nk siapkan brg dia lg.

btw, jom outing lg. kite br skali je ber outing sama kan. masa berbuka posa kat KR dulu. nk best, tunggu izz besar sikit lg, dh bole jln lari semua... time tu baru lg gempak! hehe.

tp kan... aku rasa la, adel mmg suka explore. sbb niece aneng, baik je kalau kat luar. duduk je sebelah mak dia main apa yg ada. hehe. elok la adel suka explore camtu kan. tu bukti sel-sel otak dh bergabung :P

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in