baru sihat, dah kena 'dera'

adel la tuh. anyway, adel dah discharge lewat petang semalam. nanti aku cerita segala- gala yg perlu ditulis kat sini. yang aku nak cerita ni pasal adel yang manja nya menjadi- jadi. bunyi macam mak kejam je aku ni. tapi itu lah. since adel sakit sejak jumaat lepas tu, mmg lah dia perlukan perhatian kita kan. especially aku la.

so, aku mmg jaga dia sampai nia pun rasa aku abaikan. mmg betul2 independent sangat nia. x de merengek2 pun nak kat aku. dia dah faham la tu adik dia sakit. then masa kat kedah, mmg 24/7 takde buat benda lain la. jaga adel je. monitor suhu badan dia, dukung dia, dodoi2kan dia. bagi dia makan / minum, tadah muntah dia. time nak tido tu lah senget bahu aku, sebab dia tak nak diletak. tak pe lah, dia sakit kan.

sampai lah dalam wad. korang bayangkan la, most of the time, dia tak nak tido kat katil. dia nak tido atas bahu mama. dengan drip kat tangan, membataskan pergerakan aku. makan berejam la aku dukung dia. kat papa mmg tak nak. sampai lah dia dah sihat semalam. masa petang tunggu clearance from insurance which makan berejam jugak, dia ok. jalan sana sini. mcm baru dapat kaki lak. rindu nak berjalan.

tapi bila time nak tido malam tadi, dia menangis mintak dukung. sebelum korang baca lebih lanjut, bear in mind, she's perfectly ok dan dah sihat. so bila dah time tido, dia dah dok mama, mama depang tangan mintak dukung, takleh jadi ni. ye lah dia tau, mesti mama dukung punya. end up dia menangis bagai nak rak dan aku biarkan saja. 

aku ingat lagi masa nia umur adel, in fact muda lagi kot, dia mmg akan ber pe'el begitu. menangis bagai nak rak bila nak tido, or terjaga dari tido. sebab masa tu, aku baru bersalinkan adel, so aku ignore je dia nye menangis tu. dan hasilnya, nia dah sangat2 ok bila time nak tido ni. nothing to worry about her. 

yang adel ni ha, umur nak dekat 2 tahun, tapi bab mengamuk masih lagi. punca dia mama dia ni la, asal nangis bagai nak rak je, mama dukung, mama ikutkan apa dia nak. sebabnya adel nye stok menangis ni jarang terdapat dipasaran. mmg nangis macam nampak 'benda' la. tp sebenarnye dia marah. marah kehendak dia tak diikut. by the way, kalau dia nangis sakit ke lapar ke mmg dia akan cakap. dia dah bole cakap sikit2 sekarang. contoh nak roti, nak nasi, nak mee, sakit and so on. ni bila tanya, nak dukung!

bila aku kaji2 balik dan teringat nia dulu mcm tu gak, aku kena la buat something. sampai bila nak melayan bila dia mengamuk je. esok dah ada adik mcm mana? ewah, kesitu. mmg bila diorg besar nanti diorg akan ok. but who knows? kita ni kerja rumah nak buat jugak. bukan nak kelebek dia je. mmg kalau dia nangis mcm tu, takde sapa la bole pujuk kecuali mama dia. tgk, cik aiyu anak maikorner.blogspot tu, muda lagi dari adel dah tido kat bilik sendiri. early trained la tu kan.

so bila dah dapat kesedaran utk mensedarkan adel, i must do something. same thing like what i did to nia. malam tadi aku dah mulakan. wah tak agak2 aku ye, anak baru kua hospital dah 'mendera'. why wait kan. sebab dia dah tune kalau nangis mama mesti dukung. ni lagi, nak tido mesti atas bahu mama sebab dah biasa. so malam tadi, aku biakan dia nangis bagai nak rak, hebat la nangis nye. siap aku sound2 lagi. nangis lagi mama babab nak? dia geleng kepala. tapi nangis. dah lama sangat bunyi nya, aku apa lagi 'mendera' la. jangan la korang tanya mcm mana, kang korang tepon teledera lak. kahhhhhhh....... 

tapi bole tahan la. sebab aku ni jenis tak pukul anak. bukan kata lepas kan geram tapi tu lah, bole tahan la kan. lepas dah 'dera' tuh, dia diam. lepas tu still mama mama lagi dia. tapi senyap dah. jangan kata aku buat gitu sebab aku nak tido ye. monitor anak yg menangis pun bole jadi lagi penat tau dari melayan anak. stress sampai ke kepala. 

dan adel pun tido sampai ke pagi, ok, day 1 success. malam ni kita try lg. so bila kita ajar diorg secara konsisten dalam satu2 perkara, insyaAllah dia akan ok. dalam semua benda pun begitu. aku sangat terpaksa buat mcm tu sebab kalau korang dengar adel menangis mmg style memberontak dan susah nak dipujuk. sebab selama ni mama ada. ke kena bagi adik? heh, kesitu pulak. lagi saut, mama nak outstation next week so kena buat sesuatu.

masa nia dulu mmg berkesan, hope it works for adel too. nia kalau menangis pun pandai dia diam sendiri unlike adel. so mmg nak kena ajar. ke aku silap teknik? ada teknik yang lagi halus dan berhemah utk ajar anak menangis? i don't think it works for my adel. dia garang, sape yang penah handle dia tau la dia mcm mana. muka mmg tersangatlah kiut miut nya, tp garang!

antara benda yang adel rindu. belek buku. ni malam tadi lepas mandi.

lagi yang adel rindu. bercakar dgn kakak dia. tu aku ckp dia dah betul2 sihat. telebih drip air gamaknya ni..

sementara nak menunggu clearance from insurance semalam. semput mama nak mengejar. kalau sape yg familiar dgn az-zahrah, bangi ni, adel berjalan dari az-zahrah sampai ke bangi kopitiam tu ye. berjalan sendiri. told ya she's ok. so all the cry malam tadi, mmg mengada punya nangis. tak salah la aku ajar dia kan? :D

pagi tadi macam biasa, dia bangun sengih2 dia, greet semua org. sepatutnya aku nak monitor adel utk setengah hari ni. tapi she insist to follow papa. so adel kat nursery dah, nia ada dengan aku. 

8 comments:

OneSimpleMother said...

adel.. adel.. garang awak ye.. dah besar nanti jgn garang2 sgt tau. takut abang luqman nk ngorat nanti.. hehehe.

wanie md zain said...

ALHAMDULLILAH ADEL DH OK..

Salina@IbuAqil said...

Alalala comel.. Moga Adel terus sihat & bertenaga ye.. ;)

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

samalah ngan both damias tu...ayyunie sikit2 ibu, makan ibu, nangis ibu, pee ibu...tapi lama2 ajar dah okey...memang kena garang jugaklah kan...

bab cakar2 tu biasa..aleesya yang jadi mangsa..bukan setakat cakar, tarik rambut, gigit, pukul kakak...haishhh ayyunie ayyunie...agaknya anak no 2 cam tu kot..hehe

Romai Adzlan Mohd Sharip said...

2 kali entry ni say psl adik baru... hahahaha.. x lama dah tuu... :)

nome said...

syukur adel dah sehat...good tips! byk yg perlu aku rujuk kat ko nanti beb...sbb aku bakal masuk 2 org anak...so bolehlah aku guna segala pengalaman kamooo untuk aku nnt...

Elyn Sani said...

alhamdulillah..... sihat pun adel!

Chik Na said...

adel sebijik macam kakak sufia kecik-kecik dulu, in-fact sampai 6 tahun...kalau mengamuk tak mau berenti, nak mama ikut segala kehendaknya je, tak boleh nego...selalu hilang sabar dengan dia..tapi sejak sekolah rendah ni, alhamdulillah dia punya baran dah cool banyak...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in