critterland fun time

untuk yang tak tau, kat belakang mines ada kondominium + office lot bernama the heritage village. dalam the heritage ada play area bernama critterland. biasanya critterland akan digunakan bila mana parents nak shopping kat mines, so diorg akan letak anak2 diorg main2 kat situ. biasanya anak yg dah umur 7 tahun ke atas kot. kat situ ada ranger / guardian yg akan look after the child. aku rasa banyak shopping mall dah ada play area mcm ni. mcm kat midvalley, sogo dan banyak lagi.

entrance fee utk masuk sini ialah RM22/child. sebab haritu sukan nia berlangsung kat heritage, lepas habis sukan, students SR akan ke critterland. kitorg lak, lepas keluar dari mines tu, tgk kat lobi dah clear. semua dah naik ke critterland. sampai je, punya la ramai budak. naik pitam gak aku tgk ramai sgt budak. lagi satu hal bila nak masuk dari 1 section, ke 1 game section kena bongkok lak. jenuh gak. tapi bila dah masuk sini, anak2 la enjoy. kalau dapat umur yg 4-5 tahun ke atas diorg lg syok main. sebab kalau baya niadel ni limited la skit nak main nya. nia ok la lg. adel la, nak join tp terkapai- kapai je tgk nye.

sampai kul 1 gak la baru kitorg balik. bole main sampai tutup kat sini. sampai rumah, sengal satu badan. sgt letih. kitorg semua pengsan! aku ada dapat coupon masuk sini, bank aku bagi. nanti bila2 nak bawak niadel ke sini lg. time tu mungkin tak pack sgt.

masa sukan menangis tak nak join ye, masuk je sini, dia jadi rambang mata. semua tempat nak pegi. ni 1st section yg paling dekat dgn entrance. tu semua gang2 sekolah nia la tuh. sebelah dia tu foreigner, menantu aku tuh. abu bakar nama nya. duduk taska pun sama.

time ni la kenal sape gang2 nia. ada tuh, dia jumpa kawan dia (lelaki) siap peluk cium bagai. terkujat mamanya ni!

pegi section lain lak. ini utk anak2 yg sebaya adel. tak adventurous sgt kat sini.

sementara tu bawak adel masuk dalam ni. pitam aku tgk bola banyak sgt. nak jalan pun susah. kalau adel jalan, mmg tebenam la dlm bola ni.

ni bapak jaga anak ke, anak jaga bapak aku pun kurang pasti. heheheh... lawak tul, siap bole tido. lepas snap gmbr ni, bini dia kat luar jaring tu gi kejut laki dia. sebenarnye blocking org nak lalu sebab takut terpijak kaki dia.

kat dalam ni, tak banyak sgt bola2 api dia

ala adel, dtg sini main ni je ke? benda ni kat taska pun ada :p

dari serendah- rendah slide...

sampai setinggi- tinggi slide nia naik. stokin pun siap bukak sendiri. masuk sini wajib pakai stokin. utk tujuan kebersihan.. kalau tak pakai, kena beli stokin RM3.50 sepasang.

sebab nak bukak stokin, nak panjat balik slide ni. kalau nak naik balik ikut flow yg sepatutnya mmg gila jauh. takpe, papa mama ada monitor.

adel lak, takat main ditebing je la.

lama main kat sini je. ajak balik pun tak nak.

wah bahagia nye landing kat situ. org nak turun pun tak boleh.

1 last round sebelum nak balik

tgk tu, ajak balik, begitu pulak gayanya...

masuk kete, minum susu, pengsan terus!

begitu juga dgn adel. 

ok, derang dah announce kete dah siap. gotta go! segala typo akan dibetulkan bila balik ofis nanti. bubye!!

7 comments:

Ryn said...

heaven playground nih..kalo adam g mau ber'camping' kat situ..mamat tu kalo ngs sama dgn je ngn nia.. ;)

Princess Solehah said...

amboiii..seronok sungguh anak2 ni main ye :) auni main badminton dan bola je kat rumah hehe. kat sini payah nak cari tempat mcm ni..kena tunggu balik selangor je lah nanti...

Farah Shamsudin said...

seronoknya die.. terus pengsan ekk..

Iela Fazielah said...

alya..lawa tudung...... beli kat ne...(terkeluar tajuk)..hehe

comel betul si adel ni... paling xtahan ada pulak bakal menantu kat situ ye....haha

Lee-Yan-Naa said...

seronok sungguh budak2 zaman sekarang..kita yang da besar ni pon teruja tengok permainan diorang..

eLiN_ibu_AwathifArfa said...

tulah syurga diorang!!!

Chik Na said...

bukan nia n adel je yang seronok main nih... kalau bawa faiz yang dah 10 tahun tu pun mesti tak mau balik...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in