Genting Highland : First World Hotel

- entry mengandungi 10 keping gambar -

ok, lets start the genting story. bila dapat tau tak jadi ke cameron tu, aku terus roger member2 aku yg biasa naik genting kalau nak book hotel semua kat mana and macam mana. so, diorg suruh book kat first world hotel. murah dan paling convenient sebab indoor theme park and access ke outdoor theme park kat dalam hotel tu sendiri.

kalau low season rate bilik serendah RM48 including breakfast. tapi sebab kitorg pegi time cuti sekolah. rate bilik 3 angka la jadinya. mujur gak pegi hari khamis sebab member aku cakap dia cek kalau nak pegi hari sabtu ahad mmg full lah. semua pun buat online ye. kalau phone booking lagi mahal.

sebab check in pukul 2, pagi khamis tu aku kemas rumah dulu. vakum rumah siap semua. esok balik rumah tak la sakit mata tgk rumah sendiri. kitorg gerak dalam kul 11, pegi heavy lunch dulu so bila sampai genting tak la kebuluran. perjalanan lancar sampai la ke puncak. sampai kat atas, kabus dah tutup semua. sejuk sgt. nyaman je rasa.

dah sampai, terus ke lobi, nak check in. masa sampai kat lobi, aku nak pitam pun ada. mcm loss. ramai gila org. mana nak pegi ni? aku jadi bengong kejap. then bila dah tau mana nak beratur, tu pun wan yg suruh aku beratur. serious aku bengong. lepas tu wan nampak check in kiosk. self check in. wan suruh aku try. dia tolong sambung beratur in case tak leh nak check in kat kiosk tuh. 

ada 2 mesin nak self check in. masuk kan mykad or member card. org yg buat reservation tu kena buat. bila aku masuk kan mykad, sekejapan je dah dapat room key. settle! 

then terus lah kitorg pegi kat parking area. masa masuk kat parking bay ada kurang lebih 2 ribu lagi parking. makanya dah ada 7 ribu lebih bijik kereta dalam ni. kalau 7 ribu darab dgn 4 org purata dalam satu kereta. korang kira la ada bapa org kat 1st world hotel sahaja yg ada kat genting. mau aku tak nervous tgk org ramai. 

ma fav number! kitorg nya bilik kat tower 1, level 13. ada 2 tower kat sini

walaupun ada 10,000 bilik kat hotel ni, tp cara diorg maintain semua mmg puas hati la. masuk je bilik, mak aih, kocik nye bilik! tapi pada aku, walaupun kecik, semua nya cukup dalam tu. very minimal yet perfect for me. aku tak fussy so ok je lah. janji selesa kami 4 org. so, no wonder la rate serendah 48hengget. lepas ni bole try book awal lak.

tgk je lah distance pintu masuk dgn katil. muat- muat je lah. 

masuk bilik baru lega sebab tak serabut tgk org ramai.

ni ruang nak gantung baju. almari nan ado ye. cukup la budak be-2 ni nak begaduh.

nak makan pun celah katil je. kitorg dapat bilik 2 single bed. malas lah nak tukar. view pulak bilik org, kalau gi kaunter bole dapat theme park view kata member aku. tak dan aku nak view- view, sebab nak view anak2 lg.

kiss kiss! nak snap gambar pun senang sebab deme tak kan lari kemana. heheh..

hat ni yg mama tak bekenan ni. nak smack down pun senang je. dah dekat2.

tu dalam bilik, ni kat lobi lak. lobi dia cantik sangat kan?

dah settle segakan diri, kitorg keluar balik nak ke indoor theme park. next entry ye.

6 comments:

Iryani Noor said...

wahhh best nyer p genting......

Iela Fazielah said...

wah2..bestnyer gi genting!

nome said...

aku soker dok kat First World...satu sbb rege biliknya yg berbaloi2 termasuk breakfast...dan lagi satu hotel tu berhubung dgn segala jenis game, wayang, bowling dan sbgnya tanpa perlu keluar...mmg worth it!

Ryn said...

ala topi adel dah kocik haa..meh auntie wat hat lain yee.. ;)

alyyani said...

iryani : sofia dah penah sampai kan?

k.iela : best sebab cuaca sejuk!

nome : tu ah, baru aku tau! kahhhhhh

ryn : aunty buat, mama bayo ye. :D

amal_fc1303 said...

sejak bile fav number ko 13. xtau la plak aku..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in