Skip to main content

another episode of nanny 911

sekarang nanny 911 bersiaran setiap jumaat jam 8.30 malam. sebab jumaat malam wan pegi main futsal, so aku mmg layan budak- budak sambil layan cerita ni la. seronok dapat info dari nanny2 dlm cara nak mengasuh anak2. main point yg aku dpt untuk episod tu, kita as parents, kena jadi satu pasukan untuk mendidik dan membesar kan anak- anak. antara point yg suka aku share kat sini ialah 
  • berhenti mengkritik cara pasangan anda menjaga / mendidik anak- anak. dah jadi kebiasaan, in fact aku sendiri mengaku, sentiasa rasa tak kena je bila tgk apa yg papa diorg buat kat anak- anak dalam certain things. mcm tu jugak la dgn papa nya, ada je yg tak kena dgn apa yg mama nya buat. 
  • kesinambungan dari mengkritik tadi, be very supportive to each other. mcm aku mention td, kita mesti work as a team dalam membesarkan anak- anak. bila kita berkerja berpasukan nak pulak dgn soulmate, kita akan rasa lebih happy and relief betul tak?
  • strong point yg aku dapat dlm episode tu, kenapa kita mesti menjerit dan memukul? kita gunakan anak sebagai medium melepas geram dan marah. apa yg pasti perbuatan kita ini akan membuatkan anak- anak lebih memberontak. kesan jangka panjang adalah bila anak- anak kita dah besar nanti.
  • kesinambungan dari menjerit dan memukul, berbincang dan bertanya apa yg membuat kan anak- anak berkelakuan begitu. bila anak buat perangai, mesti ada something yg diorg tak puas hati. so the best way is talk to them.
ok, ni antara point menarik minggu lepas. minggu ni, kalau ada something yg nak dikongsi lagi, aku up lagi ye. aku harap, aku sedaya upaya mengamalkan tips- tips berguna ni walaupun kadang- kadang terkeluar landasan jugak bila anak- anak berperangai macam- macam.

cubaan nia snap gambar sendiri. ni yg detecting smile punya mode.

tak semua masa nia akan senyum / sengih mcm gambar kat atas ni, bila time dia cranky, time ni la, setan datang hasut kita macam- macam, tangan ringan je masa ni, suara pulak nak tinggi je. ish2, moga kita jadi ibu bapa yang baik kepada anak2 kita kan.

note : sekarang malam- malam kitorg agak stress bila susah nak tido kan diorg. selagi mama papa tak tido, selagi tu diorg tak tido. sabar, sabar, sabar...
 
note2 : sentiasa mengingatkan diri sendiri bila rasa diri dah jauh menyimpang dalam handle anak- anak ni..

Comments

amal_fc1303 said…
tips menarik..
leh la suruh mak ngan ayah tgk cite nanny 911 nie.
heheheh
mcm2 tips dan petua kita baca untuk didik anak nie.. tapi, xsemuanya leh ikut.. ekekek.. tahap kesabaran tue kdg2 merundum jugak kan.. hehehe.. baca, tau tapi tang nak praktik tue.. selalunya kantpoi!...
r|nA @ ja|j|na said…
btul tu alya, kelau marah², pukul² kesan kat anak nnti mase panjang..rina jarang dapat tgok nanny 911 ni, so mmg bnyk tips yg tak dapat follow..

tp tulah, rina tgh brusaha camne nak control sore yg mmg high pitching ni..kadang² terlepas jugak alya..
Iela Fazielah said…
betul tu alyyani.... akak sekrg bior je ape je momok nak buat dgn anak dia.. dia dah tlg jaga pun kira bersyukur dah... pastu bebudak tu bila buat hal... akak senyum je..anggap itu keletah diaorg yg pasni mungkin dah xjumpa lg dah.. mcm syafiqah tu.. dah besar jd baik je... bosan gak
chekna said…
setuju ngan tips ni... suka gak tengok 911 ni, tp selalu termiss, tengok2 dah nak abis.. tp mmg byk parenting tips yg bleh blajar dari situ.. sedikit sebanyak bleh la improve mana yg patut...
Ztee_Azwanis said…
setuju tu alya, kdg2 anak mjadi tmpt kite lpaskan penat dan lelah. bila tgk dorg tido, mase tu lah menyesal tk sudah.

bagus nanny, zte pun suka tgk.

hope kita smua sabar, mcmne sabarnya mak-mak kita dulu dalam mengasuh dan mendidik kita dulu... bila dh jadi mak ni, bru lah tahu kan sejauh mana kepayahan dan kesusahan....

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber