salam aidilfitri semua. wah, sakan aku beraya tahun ni. sedar tak sedar, dah nak masuk 10 Syawal pun. sepanjang tu jugak la kitorg anak beranak beraya sakan. mengambil kesempatan cuti yang panjang ni, menziarah saudara mara. tiap- tiap hari pukul 12 malam baru sampai rumah. apa pun setahun sekali kan?
ramai yg dah update pasal raya. tapi aku masih belum berkesempatan lagi. sampai rumah dah penat. mana nak kira anak- anak lagi, nak belek gambar lagi. sudahnya tak terupdate. so, aku ringkaskan catatan raya aku tahun ni kat entry ni dulu. insyaAllah details akan menyusul..
- 28 Ramadhan (selasa) - kami bertolak ke kedah dan selamat sampai pada 29 Ramadhan
- 29 Ramadhan (rabu) - berpuasa dan berbuka di Kedah sambil menyiapkan sikit- sikit persiapan raya. tapi, seisi rumah mertua aku diserang demam, batuk dan selsema. maka, nothing much that we can do. penyimpan mohor besar raja- raja dah mengumumkan raya jatuh pada 10/9/2010 (jumaat)
- 30 Ramadhan (khamis) - hari terakhir Ramadhan. persiapan raya dilakukan dengan memasak juadah. tapi chef a.k.a mak mertua aku masih dalam keadaan yg kurang sihat. aku nak tolong masak, tak reti. takut tak jadi raya pulak. tapi yang menu wajib tetap ada.
- 1 Syawal (jumaat) - hari raya! tapi kitog bersiap dan kua rumah hanya pada lepas solat jumaat. kitorg beraya ke rumah atuk wan 2-2 belah dan rumah saudara mara belah wan. raya sampai ke malam.
- 2 Syawal (sabtu) - pagi kami melawat rumah sepupu wan dan terus ke bukit mertajam beraya dirumah kawan baik aku masa belajar dulu. petang pulak tak kemana sebab ramai tetamu yang berkunjung ke rumah. meriah! time ni nia dah mula menunjukkan tanda- tanda nak demam dan selsema. tp keadaan terkawal lagi.
- 3 Syawal (ahad) - bergerak ke perak pulak. balik ke rumah parents aku. tp sebelum tu mencari klinik nak cek nia dan amik ubat. payah betul nak cari klinik time raya ye. selamat sampai perak jam 2 petang. tapi tak rest sangat sebab tetamu ramai datang rumah
- 4 Syawal (isnin) - pagi tak kemana. lepak rumah hilangkan penat. petang baru ke rumah opah dan atuk aku nak beraya.
- 5 Syawal (selasa) - harini betul2 dapat rest sebab tak de sapa datang rumah, makan dan makan non-stop!
- 6 Syawal (rabu) - bersiap untuk bergerak ke KL. kitorg nak balik kajang beraya belah ayah aku lak. sebelum bertolak tu ada bacaan doa sempena hari lahir aku dan akak aku dulu. hari tu je kitorg cover 5 rumah. kul 12 malam baru sampai rumah kitorg.
- 7 Syawal (khamis) - raya marathon diteruskan. dari pagi sampai ke tgh malam jugak. kitorg beraya di 8 buah rumah. cover semua rumah adik beradik mak dgn ayah aku. sangat- sangat letih tp seronok dapat menziarah. family aku terus balik ke perak.
- 8 Syawal (jumaat) - pagi merehatkan diri. then keluar ke bank masukkan duit nia dgn adel. settle. kalau dapat lagi, nanti masuk lain. malam ke rumah pakcik aku kat bandar tun hussein onn. satu rumah je pun tp melepak sampai kul 12 malam.
kami dalam perjalanan beraya. konvoi dengan family aku. nia melambai kat kereta atuknya..
note : jemput lah beraya ke rumah comel kami ye! kami tak buat open house. kalau nak datang tu, bagitau je ye :)
Comments
lya pun mmg letih y amat.. sgt2 letih.. smpai nk update malas sgt2.. tgula.. biar tnang2 skit..
eh aku pun klu duk belakang akan ditanggalkan tmpt letak kepala itu.. hehehe.. semak eh xnmpk depan..
p/s: umah comel tu insyallah akan ku sampai.. plan weh plan jgn xplan..
Beraya tahun ni..padat satu hari blg g smpi 8
Buah rumah..aku paling tinggi 4 je wei..tu pun
Smpi malam..ate satu rumah je habis berjam2 borak
Belum bab makan lagi.selagi apa yg ada selagi
Tula tn rumah menjamu!
Nia demam?mujur tak drag kan.aku standby ubat demam
Selsema balik kg.takut jadi mcm ko la susah nk
Cari klinik.
Akan aku nntkan cerita raya yg selanjutnya..
Perghhh silala mengemas rumah syawal ke 9 ye..
Aku on the way balik ni singgah trolak jap..umah
Mak sedara aku..
blh msg alamat kat number umi tak kak???
umi tunggu yea...
0125500249