catatan raya : 4 Syawal 1431H

baru 4 Syawal ye pembaca sekalian. banyak Syawal lagi akan menyusul. harap redha. pagi sampai tengah hari tu, hanya lepak kat rumah sebab takde plan nak kemana. penat semalam tak habis lagi. so, aktiviti santai je la. surfing, eating, blog hopping (blog pun ramai yg bercuti kan), cooking, swimming (nia dgn adel la).

petang lepas Asar, baru keluar rumah pergi rumah atuk dgn opah aku. tak beraya lagi rumah opah. kalau raya kat perak, lepas semayang raya mesti berkumpul kat rumah opah. so pegi haritu je la. aku ajak semua sekali pegi. sebab kat rumah opah tinggal 1 family je. so nak memeriahkan suasana la ni.

atuk kitorg pun dah uzur. tak boleh nak bangun. so opah pun tak leh kemana sebab tunggu atuk. harap atuk dalam keadaan baik- baik saja la ye. enough ranting, lets check out the pics!

pagi- pagi lagi sebelum atuk keluar ke pasar, dia bagi duit raya kat cucu- cucunya. anak menantu pun dapat jugak. ayah ni, tunggu la org pakai lawa sikit..

kalau kat Kedah, tak nak bagi dia bekepit dgn mama dia, tunjuk kucing. kalau kat perak sebab takde kucing, tunjuk la youtube upin dan ipin atau kartun- kartun lain kegemarannya. insyaAllah takde lah dia melekap dengan mama dia je.

ni aktiviti nak mengoyakkan baju nama nya. aku tak kisahla apa org nak buat kat anak aku janji anak aku tak menangis. kalau dah menangis, aku yg sakit kepala nanti.

time for lunch. masak beramai- ramai mmg seronok. paksu nia dgn adel kalau memasak mmg over. padahal masak ikan berlada je. 

cuaca mmg panas haritu. maka bawak la budak2 ni berendam dalam pool. seronok sangat diorg. adel pun sama..

menangis sebab tak mau kua dari pool...

petang lepas solat Asar, keluar ke rumah opah dan atuk..

baru sampai rumah atuk. sejak atuk sakit ni, rumah atuk tak putus dengan tetamu..

budak bertuah ni pegi amik roti moyang dia..walaupun atuk kitorg uzur, tapi memori dia masih baik lagi. masih bole ingat kami semua..

posing ditangga opah and atuk. tangga ni memberi banyak kenangan kat kitorg. dulu masa kecik suka menggelongsor kat tangga ni. yang jatuh tu tak yah cakap la, selalu sangat sebab tangga ni tinggi. adel da lena time ni..

the ladies...sebelum balik, bergambar dengan opah dan aunty kitorg. adel maintain tido je..

dinner kitorg, mak masak lauk tomyam. makan panas- panas sedap!

makin besar ni, selera makan dia pun makin besar. makan apa saja. yg pedas pun makan..

sekian cerita raya ke-4. entry bersambung lagi. :D

10 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

eh, same tau macam echa..pagi² kalau tanak kasi die bergayut dgn mak dia, kasi dia tgok you tube..

nia suke main air ye, same macam si echa..kalau nak angkat dari bilik air mesti dia melalak²..

LYaFRINA said...

pic y mgamit memori tu bersama atuk.. mmg ada value utk masa depan tu.. harus smpan baik2...

byk lg syawal akan myusul??? kiranya mmg teballa poket nia n adel.

Iryani Noor said...

pergh berapi-api masak ikan tu...
comfirm sedap nihh..
sonok kn dpt kumpul ramai2..

Rizziela said...

Bestnya....beraya dengan orang2 tua lagi bestkan?

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

wahhh...dasyatnya pic yg nia bergayut kat baju alya tu...tapi betullah...kadang2 terpaksa ikutkan lemak2 anak ni..sebab kang kalau dioarg menangis..satu keje apa pun tak leh buat kan...hehe..

Jiey^Mien said...

fuhhhh sakan ko braya ly..
=)

cha said...

kena sabar menunggu entry la ni eh. mujur bloghijau :p

nome said...

alhamdulillah dpt lagi ko beraya dgn atok dan nenek...nia dan adel pun berpeluang beraya dgn moyang...syok sesangat...walaupun atok ko dah uzur, tp ingatan dia masih kuat..bape dah umo dia ek?

setiap kali ko dukung adel, sure adel lena...ekeke...dpt bantal 1st class...

adik2 ko lawak la...aku hengat dia masak char kue tiow...rupenya masak ikan berlada...ada gaya chef la...

alyyani said...

rina : ye rina, apa2 benda yg boleh mengalih perhatian dia dari melekap dgn mama dia mmg alya akan buat. kalau tak, mmg tak kemana la dibuat nye.

echa ni mmg macam nia kot kan? :)

lya : tu la dia lya. mmg akan menjadi kenangan.

poket nia dgn adel tebal. poket mama dgn papa dia menyusut time raya. hehehe..

iryani : mak bising sebab habis hitam legam bontot kuali tu. over je lebih yg nak basuh kita jugak. ish2.. mmg seronok kan?

rizziela : ye betul tu. time raya ni la nak gather balik kan?

ibu damia : eh bukan alya yg buat keje tu. uncle ainal dia. dah tu bila penat dia turunkan nia, nia mengamuk nak bergayut balik. padan muka sape soh buat bukan2 kan? tu la, tak kisah la buat apa janji budak2 tu tak nangis. kalau tak, kita gak pening,

jiey : setahun sekali jiey. tak leh blah! :D

cha : suka hijau kah? sama dengan la kita! :D

nome : alhamdulillah mie, sekali lagi dpt beraya bersama. umo atuk aku dah 80++. nia pun berpeluang kena moyang2 dia.

hahaha... modus operandi me, asal mama yg pegang tido mcm mana pun mesti lena!

poyo la dia tuh. buat kecah pandai, tp nak kemas tu org lain yg buat.

mamashasha said...

alya, separuh hari korang santai kat umah..rest sikit....kumpul ramai2 masak2 mmg best...nia suka dok kat baju eh? shasha selalu mintak papa buai dlm kain pelekat dia...hehe

baju raya adel & nia raya tahun ni brand poney eh? no wonder la ko habis 4 angka kat poney weh...hehe

kalau masih ada opah & atuk harus la ziarah kan..hope opah & atuk kau sihat2 saje...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in