Skip to main content

hari ni takde cerita menarik

minggu ni mmg minggu penat. mujur esok dah jumaat. cepat masa berlalu. kadang suka, kadang tak suka. hari ni takde apa yang menarik berlaku kat aku. biasa- biasa aje. tapi tangan ni rasa nak menaip. layankan aje ye, mcm biasa.

harini kitorg sibuk pilih design kad raya untuk ofis. ramadhan dah hampir tiba, masing- masing gigih tgh berpuasa ganti, tak kurang jugak yg tgh cari baju raya. aku la tu kan tradisi kad raya masih lagi diteruskan. terutama kalau ber-business ni. tanda ingatan dengan maksud tersirat "bagi la projek lagi kat kami kalau ada". kalau yang ada hutang tu maksud tersirat dia "tak reti2 ke nak bayar hutang?" gitu la kan.

tahun ni aku decide nak sponsor ayah aku kad raya. kalau biasa  time sekolah degnan belajar, ayah aku tempah, kitorg tukang amik je. kali ni turn aku lak la menyumbang. bole tumpang sekaki dgn yg ofis tempah, dapat la diskaun sikit kan?  


ni design yang within my budget. ada la yg lagi cun tapi bila tgk harga sampai RM4 - RM5 sekeping, terus rasa tak cun. hahaha... dah email kat adik aku soh ayah aku pilih. lepas tu bagi wording dalam dia pulak. ina, cepat reply email aku ye. korang rasa yang mana cantik?

note : adel dah sihat, alhamdulillah. tapi yang buat mama runsing, adel dah shift malam. siang kat nursery, pengasuh dia cakap, dia tido je. org bising pun rilek je tido. tapi malam, segar bugar. tegelak- gelak, tegolek golek je dia. minggu ni mmg tak cukup tido langsung. takpelah, asalkan adel sihat, mama redha kalau mata mama sembap teruk dek tak cukup tido. huhu..

Comments

Nur said…
adell!!! comey nye.. geram nak cubit pipi dia.. haha
Mrs. Simplicity said…
bihah : adel cakap makcik bihah pun comel! :p
Nur said…
haha.. pandai2 je akk ni~ akk ! tolong peluk cium adel utk sy~~ haha
Mag said…
i pon nak hantar kad raya jugak lah tahun ni. dah lama melupan tradisi.huhu
Mrs. Simplicity said…
bihah : udah! :D

farah : si]la2..kad raya ni la yg masih bertahan lagi kan? yg lain2 nye tradisi, dah ketinggalan kot. huhu..
Iryani Noor said…
alhamdulillah adel dh sihat... schedule die dh terbalik ekk.. saje nk soh mama die borak2 ngan die tu =p..

as for card raya tu plak, yani sker yg tulisan die timbul2 sikit.. so its either 1st pic from left (kaler biru tu) or last pic from right (kaler cokelat gold tu)..
mamashasha said…
alya, syukur sgt adel dah sihatkan...takpe la shift malam tu kan antara stage yg akan kita lalui....insyallah sekejap aje...

tangan gatai nk menaip eh? hehe dah 2 julai ni..huhu mmg dh dekat nk raya wei...elok gak tu sponsor kad...blh print nama sekali kan...
OneSimpleMother said…
alhamdulillah.. adel dah sihat.. dugaankan bila anak sakit ni.. adel.. mintak sikit rambut adel bagi kat luqman leh.. :)
izzahazfar said…
cepat adel besar ye kak...

nak kad raya satu!hehehe
comelnya adel..hem, amani pon br2 ni uat perangai nk main tgh mlm..penat!
amal_fc1303 said…
woit kad raya cun harga pon kena la cun gak kan. kang bankrup pulak taukey kad nie. hehehehe..
r|nA @ ja|j|na said…
dah brape tahun dah tak penah kirim kad raya pon..sume pakai IT jek skang ni..

tp kad raya ni still ade value tersendiri..kalau dlu dapat kad raya bangga, siap tepek dinding lagik..
shah-ila-ain said…
eee...ee...geramnyerr..geramnyerr tengok adel...bila dpt jumpa ni...
Ztee_Azwanis said…
salam hi mama adel.

npe asik tkde mud jer ni. byk keje erk kt ofis? jum g shopping! release tnsion hehehe.

hem..? tkphm la sponsor kad raya utk ayah? dulu time blaja, ambikkan utk ayah? means?? kad raya utk fmly la yer?? huhuhu
Unknown said…
jgn lupa hantar kad raya yg cun jugak utk ayu...hiks..

alhamdulillah...adel dah sihat
nome said…
semua kad yg ko tunjuk ni cun2 belaka...aku pun susah nak pilih mana satu yg terbaek...ekeke...

adel dah semakin sembuh nampakneyr...alhamdulillah...lega aku dgr....now makin lincah adel yer...aku suka tgk muka adel bile dia senyum

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber