salam. baru bole update blog. seharian busy di ofis dek cuti 2 hari. tambah badan rasa seram sejuk macam nak demam. selamat actifast kutelan dari pagi tadi. baru rasa ringan sikit. kalau tak ok gak, esok pagi nak gi klinik amik ubat. tapi masih kena masuk ofis jugak.
khamis lepas kerja, kami bertolak agak lambat ke kedah. reason being, both RA banyak mencuri masa mengemas kami. tak pe lah, slow2 kan, bukan nak rushing kemana pun. biar lambat asalkan selamat.
idea terbaru menghiburkan diri di dalam kereta selama 6 jam perjalanan. nak marah pun tak jadi. gerak jam 9 malam, sampai jam 3 pagi. bertukar driver kali ni. sebab wan dah tak tahan ngantuk sangat. aku pulak mmg nak cepat sampai. nia dgn adel tido je sepanjang jalan.
esok hari (jumaat), seawal pagi rumah in law aku dah dipenuhi dengan jiran- jiran dan kaum keluarga untuk gotong royong.
yang menarik perhatian aku. senarai mentara yang akan bertugas di hari kenduri. sekarang ni, kat kampung pun susah kita nak tgk aktiviti gotong royong, kalau kat taman apatah lagi. tapi kat taman rumah mertua aku ni masih menjalankan aktiviti gotong royong ni. sgt kagum!
malam nya (sehari sebelum kenduri) diadakan majlis tahlil dirumah bagi memberkati majlis yang yang akan diadakan esok hari.
juadah untuk tetamu dan pakatan mentara. kari ikan, tomyam ayam, kacang panjang goreng dan ulam.
untuk kenduri kahwin esok nya, 2 ekor lembu tumbang. malam lepas majlis tahlil, pakatan mentara lelaki sama- sama 'mengerjakan' lembu. yang perempuan siapkan bahan mentah lain.
mmg aku tak boleh nak tolong sangat sebab kemana- mana, 2 'handbag' aku ni nak melekap je dengan aku. tapi lepas diorg dah tido, aku dapat siapkan meja khas untuk rombongan pengantin. pukul 3 pagi gak la tido.
hari kenduri pun tiba. lagi sibuk semua orang. pakatan mentara tengah gigih memasak. sebelum 11 pagi mesti dah siap. sebab kul 11 tetamu akan sampai.
bertemakan dark purple, bilik pengantin dan hantaran dah siap sedia.
tempat untuk makan beradap. pelamin takde sebab adik ipar aku dgn laki dia tak nak bersanding. pemalu sungguh depa nih.
semua dah siap sedia. hanya menanti tetamu untuk tiba. masa pun dah dekat kul 11 pagi. masing- masing pun bersiap menukar uniform. oh, ni lah hasil keras tangan kerja aku yang smapai kul 3 pagi baru tido. siapkan meja untuk rombongan pengantin.
antara yang terawal kena siap semestinya tuan rumah. mak dgn ayah mertua aku.
ni keje wan. kemain meriah lagi bunga mnaggar kat tempat pacak. aku rasa tak de orang letak bunga manggar banyak2 gini kat signboard. kalau satu je signboard takpe gak, ni lebih 5 singboard. sabajela.
cerita bersambung : pada hari yang ditunggu, majlis persandingan...
Comments
meja rombongan pun meriah je...hiksss tiba2 rasa nak buat kenduri kawin plak...
bagusnye kat taman tu..siap ada pakatan mentara....siap tulis nama bagai...mmg pakatan betul2 ni....kalo tak pakat..haru jadinye..
signboard tu mmg sgt meriah siap dgn kad jemputan kawin lagi...senang org pegang kad time nak cari arah terus nampak kad kat signboard...dah jumpa....ehehe kretip la abg yu tu...
aritu dia buat kad hari ibu...mmg dia tu kretip...
huh makanan die pon menyelerakan... tomyam tuu.. wahh shedap nyer...
cantik la theme colour tu.. dark purple.. tak sabar nk tgk pengantin nyer plak =p..
ermm mmg penuh pmuafakatan la... siap ada jadual tugas tu.. x pernah lg lya tgk..siyes..
lawa tema dark pepel...hat bunga manggar meriah tuh, baru pestime aku nampak org wat lagu tuh..selalunyer tenggek satu dua bunga manggar jer...lawak la wan! kahhhhhhhhhhhhhhhh
cantek kaler dark purple ni alya...
meriah kenduri kat sana....kedah kat belah mana eh?lupa dah aku....tang pakatan mentara tu aku suka...selalu kat kg je kan jarang kat taman2 buat lagi....hehe
best kenduri gotong royong ni...happening.
la byk nye wan boh bunga kat signboard tu...
apa pun meja pengantin tuk makan beradap tu punya nilai seni yang tinggi sebab usaha keras kak long pengantin di tengah malam...hehhhhh
ok update lagi gambo pengantin..
handbag yg asyik melekap je tu...kalau handbag lain hilang xpe...tp kalau hbag yg 2 ni....boleh gila jadinya...hehhe...xpe melekap je..senang x susah2 nk cari kalau diorg main2...heheh
handbag yg asyik melekap je tu...kalau handbag lain hilang xpe...tp kalau hbag yg 2 ni....boleh gila jadinya...hehhe...xpe melekap je..senang x susah2 nk cari kalau diorg main2...heheh
ada baby kecik leh excuse wat keje berat2.. itu yg syok tuee.. hehe