plan hari sabtu yang tak jadi

hari ni sepatutnya ke wangsa walk lepak2 dengan rakanda- rakanda tercinta. tapi ada beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku kena berada dirumah ni.

adel masih lagi batuk dan selsema sejak balik kedah haritu. takut nak bawak di keluar rumah memandangkan virus h1n1 kembali aktif. untuk adel dan nia yang masih kecik ni, mereka dalam kategori yang berisiko tinggi. nauzubillah, mintak dijauhkan. maka mama terpaksa mengorbankan masa untuk berseronok demi anak- anak. adel yang tidur kena meniarap baru lama tidurnya. kalau tak, dia tak leh tidur sebab hidung tersumbat.

nak dijadikan cerita, mungkin ada hikmah disebalik nya, bila pagi tadi masa wan nak keluar rumah basuh kereta, kereta tak boleh start pulak. apasal tah. tak penah jadi sebelum ni. ni wan kat bengkel, aku dok umah dengan anak-anak.

maka, misi harini adalah untuk....

melipat kain yang semakin menggunung itu. baju dari balik kedah haritu tak berlipat lagi. pe'el aku ni, selagi masih ada baju dalam wardrobe yang boleh dipakai, selagi tu la tak berlipat. bad habit..

esok hari ibu. looking forward? i am looking forward to wish to my beloved mak.

12 comments:

Ibu Mifzal Arsyad said...

siannya adel...moga cepat sembuh..

haha..ainey pun kalau tang lipat baju ni sgt2 la liat..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

aduss...ni kalau dibiarkan lagi seminggu confirm jadi gunung berapi ni....selmat berlipat-lipatan lah yer...

semoga nia tak mengacau...nanti alyya yg jadi gunung berapi tu...ekekekek..

LYaFRINA said...

skrang mmg cuaca x ok.. asya pon bru baik selsema.. dia dh transfer selsema tu kat lya.. agaknya antibodi lya mmg betul2 xkuat.. sng dpt.. dh la x baik2 lagi ni.. tension.. dgn pecah2nya dlm mulut ni..

**wahh alya, byk tu kain.. cpt2 jlnkn operasi..

fabulous.farah said...

habit kita sama nampak nya.haha

amalina binti anuar said...

ya allah ko nie kain bertimbun. lipat2 cpt. esok ari ibu ek. erm ko nk berjalan kemne plak. adel kan xsihat tu...

alyyani said...

ainey : tu la ainey, harap cepat sembuh. risau kalau anak sakit ni kan.

mmg liat betul. dah tu kena cari mood.

ibu damia : kena wan ada & adel kena tido baru bole lipat. tu pasal dok bertangguh2. timing tu takde lg. ewah, alasan kan. ahahaha..

lya : oh yeke? lya pun dah terkena ek. ni pun mujur tak jangkit ke nia. kalau 2 2 sakit, parah jugak

ye ye, setakat ni belum start lg. heheh..

farah : tu pasal husband kita pun ala2 sama je bila bebel ye tak? hahaha..

ina : takde masa weh, ko tolong lipatkan. tu la, tak tau lg nak kua ke tak.

Iryani Noor said...

ya sila la lipat baju2 yg menimbun tu yer =p...

sian nyer adel, selsema yer.. die meragam tak??

btw mmg betul, skrg nie virus H1N1 dah kembali aktif.. so better jgn pegi tempat2 yang ramai org.. mintak dijauhkan dari penyakit tu..

Ezzah said...

alahaiii...kesiannya si kecik tuh. moga adel cepat sembuh. xpela kan berkorban utk anak...yelaaa,risiko kan kalo bwk ank g tmpt ramai org nak2 skrng nih mcm2 penyakit ada. :)

alyyani said...

iryani : masih tak belipat lg nih. heheh..

masa tesumbat teruk tu, cranky gak. ni ok2 je bole gelak2. lega skit tp masih tak sembuh sepenuhnye.

tu la, kita risau kat anak2 je kan?

ezzah : tu la, mama dia kena la tahan nafsu la nak kua

mamashasha said...

sesi berbalas komen ni!!!

giler ahhh takde masa nk baca entry kengkawan beb,....too busy.!

sian kat adel, aku harap dia recover cepat..aku doakan kalian sekeluarga dilindungi dari segala penyakit..amin

alya, kain ko tu lebih kurang tinggi je dgn kain aku, dah 2 minggu tak lipat, ni balik kg aku biar je!

alyyani said...

bed : bape entry ko komen ni, ni baru aku nak tgk. ye la, ko pun sepi je minggu ni, busy sgt la tu.

aku pun doakan ko dan family dijauhkan dari segala penyakit..

fuh bed, baru tadi selesai misi aku ni. naik muntah melipat baju. huhu..

khairun nissa said...

bad habit baju yerr.. nisa lak bad habit malas basuh pinggan biar bertimbun, sampai dah takda nak guna baru basuh.. hahaha

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in