his best friend's wedding..

ok, entry kawen ni, korang akan tengok setiap minggu ek, sebab bulan ni, setiap hujung minggu ada undangan perkahwinan dari rakan- rakan.

sabtu lepas, lepas wan balik keja, kami bersiap2 untuk ke majlis perkahwinan ikmal & rafidah. ikmal ni kawan baik wan sejak kat UPM lagi. diorg ni housemate. dulu masa wan keje kat penang, kalau dia turun kl outstation & nak jumpe aku kan, mestii lepak umah ikmal ni.

kebetulan pulak, ikmal keje dkt dgn ofis aku, selalu jugak la teserempak dgn dia time lunch hour ni. jasa ikmal kat aku, yg aku penah ingat, dia dgn wan penah tunggu aku balik dari ofis masa tu dalam kul 12 mlm kat ofis aku. huhu...

hari itu, ikmal punya turn pulak menamatkan zaman bujang dia. dgn isteri tercinta rafidah. sangat padan. bagai pinang dibelah dua. suka sangat aku tgk couple ni. sama tinggi. layan gambar je la ek..

pengantin sedang bergambar dgn keluarga. pelamin dia cantik sangat. theme dia putih biru. dewan dihisai dgn bunga segar berwarna putih dan biru..

music band yang menghiburkan tetamu dan pengantin..

kitorg yg tgh tgk pengantin tgh sesi fotografi. nia ceria2 saja time ni. mind my face..aku tgh pening time ni sebab baru lepas makan..

tetibe wan tunjuk rashid salleh. rupenye ikmal dgn dia ni sepupu...

pemain- pemain muzik sewaktu zaman belajar dulu. skang masing2 da ade family tak la aktif kot. sama la macam papa nia..

kalau dah nama pun kawan baik yang kawen, harus la melepak tu lama ye tak? lihatla muka kami yg dah keboringan..

masa pengantin nak datang kat kitorg utk begambar, tetibe, family pengantin mendera ikmal soh dia menyanyi. ikmal ni sebenarnya penyanyi kumpulan radio star. tak tau korang penah dgr ke tak. sebab aku tau pun melalui wan je. diorg penah jugak la kua tv. pot innuendo kalau korang kenal sorg dari ahli kumpulan radio star ni. oh nia tu, terpegun ke dgn suara uncle ikmal?

amik gambar dgn pengantin sebelum balik. nia dok pandang uncle ikmal lagi. couple ni sangat padan kan?

amik gambar dgn gang yg lain. yg baju oren tu la tolong dukung nia masa kitorg tgh makan. nia pulak tak nangis. so, uncle baju oren tu da book nia nak jadi menantu untuk anak bujang dia yang berumur 1 tahun lebih. hehehe...

note : to ikmal & wifey, semoga kekal dan berbahagia hingga hujung nyawa..congratulations!

12 comments:

azyyati anuar said...

mmng couple yg sgt padan..sama cantik...

nia...syok btul tgk uncle ikmal...mata x berkelip..

wei..ni hari yg sama ko tgk transformers ker? jalan sakan nia ek..

fazilzura said...

sweet betui pasangan pengantin ni

Gieyana said...

bagai pinang di belah dua...pengantin pompuan cantik...

~ Baik benor Nia yer..nmpak dok diam2 jer tue..:D

KasiH said...

what a sweeettt couple...

by the way nia also sweet plus cute lg..

alyyani said...

along : mmg secocok kan? punye lama mencari gelpren si ikmal ni. mmg jodoh dia nak jumpe yg lagi baik..

nia minat uncle ikmal punye suara weh. sebab tak penah dgr papa dia nyanyi cmtu. hahah..

ha, ni sebelum kitorg pi tgk transformers la. weekend, jalan sakan la weh. da 5 ari kena sekolah

zura : mmg sweet..

gie : yup, cantik sangat. sama tinggi sama padan..

aku pun heran nia baik sgt aritu. apsl tah..

ryn : oh tq aunty ryn - from nia..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

nengok pengantin pompuan mcm dynas lakss...

Elyn said...

cantik nyer pengantin .... same padan !!

suhida said...

alya,nia tu geram sungguh aku nengok....ish ish ish..pandai lak tu tengok orang.haha..

jaijina said...

mendongak nia tgk pantin laki ek..tu anak rashid salleh ape?

Jiey^Mien said...

rasa nak kawen la..
nnt mesto ko tepek gamba kawen aku kat sini n puji2 aku kan? :P
hehehhehe..

alyyani said...

jue : a'ah kan jue, mcm dynas pun ade, tinggi betul pengantin perempuan ni..

elyn : setelah mencari dan mencari akhirnya bertemu jodoh gak diorg. :D

suhida : ha, kalau ade rezeki ko jumpe niakan, nia ni suka perati org tanpa berkelip mata. tp bila org tgk dia, dia nangis. bia dia je tgk org. bole? heheh..

rina : hahah.. tu la pasal. sebab tinggi sgt pengantin tuh. tak pasti anak rashid salleh ke tu tp sentiasa dalam dukungan dia.

jiey : wah ko, nak kena puji gak ek? ko letak la malik gmbr kawen ko, aku puji la. hheee...

Anonymous said...

Ikmal bkn penyanyi Radio Star la, dia main bass je. Pod Innuendo yg jd vokalis.

Then yg sebelah uncle baju oren tu abg Ikram Dinzly hehe..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in