assalamualaikum. akhirnya dapat peluang nak attend GST training. baru first day dah rasa penuh kepala otak dengan macam2 input dan semua benda yang kita kena prepare untuk GST. persoalan nya adakah kita semua dah bersedia? menurut pegawai kastam sendiri, diorang sendiri rasa berdebar2 nak mengahadapi dengan GST ni. apa lagi kita sebagai sebagai end consumer. info - info penting yang aku boleh kongsikan dengan korang untuk pemahaman korang :
- GST bermaksud Good & Service Tax menggantikan Sales Tax & Service Tax
- GST dikenakan kepada semua BUSINESSES / PENIAGA yang jualan tahunan melebihi RM500,000.00
- kenapa kena ada GST ? jawapan mudah nya adalah untuk menambah pendapatan negara. apa penting nya kepada kita yang rakyat marhaen ni ye? dengan pendapatan negara yang bertambah baik, in return rakyat akan sama- sama dapat menikmati nya. kekdahnye gitu lah sepatutnya.
- kena ke ada GST? kena. again same answer macam kat atas tu. dalam masa yang sama negara dapat detect mana2 yang so called PENIAGA UNDERGROUND ni untuk sama2 menyumbang kepada negara. ini bagus nya lah pada aku. and korang tau tak? kita adalah negara yang terakhir di south east asia yang apply GST ni. even indonesia pun dah ada GST.
- kenapa kita akan terima impak GST ni? semestinya lah weh. kita yang paling kesian. untuk peniaga, jika peniaga dikenakan GST oleh pembekal, kita sebagai peniaga boleh kenakan GST kepada pelanggan kita. so there's no additional cost to us, PENIAGA. kita kena bayar GST, then kita kenakan GST kat pelanggan. so kita yang jadi PELANGGAN? nampak tak double up disitu?
- tapi jangan risau, barang2 asas tidak dikenakan GST. ia dinama kan zero rated GST. contoh? bahan mentah makan macam ayam segala tu tak dikenakan GST. so tidak ada kenaikan harga disitu.
- major concern on GST? semua benda akan haywire. hahahaha.. konsep dia very straight forward. tapi impact dia kat kita rakyat. bagi peniaga very straight forward. aku kena charge GST, aku charge GST kat klien.
- at the end of the day?? ye kita akan terasa.
but believe me, kita memang kena laksanakan GST. menurut custom, GST dah ada dalam perbincangan / kajian sejak 20 tahun yang lalu. lagi pun cukai jualan & cukai perkhidmatan yang sedia ada zaman 70-an lagi dah wujud which dah tak suit dengan keadaan semasa.
so nak tak nak kita kena hadap GST ni. kerisauan nya of course macam2. bila ada GST semua naik harga. zero rated GST je yang tak naik harga kan? so kita beli ayam kat pasar, kita masak sendiri kita makan. sebab kalau makan ayam kat KFC dah kena GST + service charge lagi. service charge is still there ye. sebab service kedai makan tu.
so aku bagi basic idea and konsep pasal GST ni. aku seram! hahahaha... sebab banyak kije.
kalau company yang tak register lagi, kena buat segera lah and bayar siap2 penalti RM1,500 tu. lagi lewat register, penalti lagi banyak.
dah2 cite pasal hal2 negara, back to mom mode. nia dah cabut gigi sebatang uols. dah lama goyang and baru perasan gigi kekal dah keluar so kita cabut. ada lagi satu gigi yang dah goyang jugak cuma tak cabut serentak takut nia trauma. besaq dah nia. cabut kat klinik pergigian Qistina charge dia RM40.
till then...
Comments