Skip to main content

april...

sebenarnya bulan ni agak tak best bagi aku. sebab bulan ni adalah bulan terakhir ofis aku beroperasi sama poskod dengan rumah aku. perasaan? bercampur baur gak la. tah lah. tak boleh fikir. hujung bulan ni kitorang akan pindah ofis ke setiawangsa. bukan setiawangsa ye tapi puncak setiawangsa. atas bukit nu...

kena get ready fizikal & mental untuk ofis yang jauh dari rumah. 1 of the reason gak lah nape wan tukar kerja. tempat kerja dia dekat dengan rumah. dekat sangat. so niadel mmg dia je yang handle. amik dari sekolah, anta nia tuisyen. then amik nia tuisyen. so rasa half burden aku tu dah settle. 

bukan apa, kualiti time bersama family tu akan kurang lah kan. mentally tortured kot bila kena dok atas jalan tak kurang dari sejam. kot ye sejam. so tak boleh fikir apa akan jadi kat aku ni. ofis tu confirm tak kan ber alih address for the coming 10 years at least. aku ke kena ber alih tempat kerja? tah. betul tak leh fikir. 

well, mungkin permulaan nya akan berlaku kejutan budaya pada aku. insyaAllah, ada hikmah nya ye tak? hopefully this change is good. moga diberi kekuatan dan juga kesihatan. dipermudahkan segala urusan. amin amin amin... 

so kena practice bangun pagi awal. instead of 6am, aku kena bangun pukul 5pagi. nak mengepam segala, siap kan niadel. paling lambat keluar rumah pukul 6.45am. taska rafa pukul 6 dah ada parents hantar budak. sebab ramai gak parents yang kerja kat KL. aku bakal join the club. 

rafa, aku akan maintain kat taska sini. sebabnya serasi sangat dah rafa dengan taska sini. pengasuh2 diorang pun dah baik sangat dengan rafa. kesihatan rafa pun alhamdulillah pada tahap yang baik. ke sebab aku fully breastfeed ke aku tak tau lah kan. but alhamdulillah so far so good. 

kalau kata nak kena rush balik ke apa, balik je lah and i probably take a leave nak jaga anak3 andai kata (mintak dijauhkan) tak sihat. aku pemegang rekod cuti paling banyak kot kat ofis. so tunggu nak dilangsaikan je.

tu rasa alahai, april sudah....

lagi tambah nyampah kat april bila taman aku pun terlibat dgn catuan air ni. aduhai. stress terus! bole pulak aku jadi tak keruan hari bila dapat tau air nak kena catu. bukan apa, anak3 aku ni pencernaan deme bagus. selalu je berak. hahahah.. bole? moga dipermudahkan juga. 

lagi..balik dari melaka itu hari aku rasa tak sedap badan. demam dgn selsema. betul lah kata budak ofis aku, kalau breastfeed ni antibodi badan jadi kurang. selalu je sakit. aku lah tu. mujur lah, ubat standby ada. consume mana perlu. cuba elakkan pegi klinik. malas nak amik antibiotik. mujur lah rafa punya antibodi kuat. tak jangkit. harini aku rasa baru betul2 sihat. tidak rasa lesu je. 

macam2 hal aku ni ye....

lepas tu kan, tah kenapa aku rasa aku makin gemuk. sebabnya malas sapu minyak kat perut. tak pakai girdle. lepas tu tgk perut sendiri ngeri. rafa dah 6 bulan ni, perut tak kempis2 lagi ni. camne nak kemis? takde inisiatif nak mengempis kan perut. lepas tu tak sedap hati, sakit hati tgk perut sendiri. makan mmg tak boleh kurang sebab kalau tak makan, macam mana kilang susu nak menghasilkan susu. 

berat aku stuck kat 48kilo. oowhh tak suka. hopefully bila dah sihat betul ni boleh lah mengambil langkah2 pengempisan perut dengan kadar segera. 

sebenarnya aku nak cerita pasal rafa dah 6 bulan tapi dah merepek meraban pasal benda lain. next entry lah ye.


 pemandangan aku semasa entry ini sedang ditaip. 

till then..
 

Comments

Rizziela said…
adik pun sama nak baca buku gak tu
ishh..
seronok bc blog ko la alya..

sabar ye beb..
bln ni mgkin bln ujian bg ko..
hrp ko dpt biasakan diri nnti bila dh pindah kan..

eh berat ko 48kg je? bestnya...tk per perut tu nnti leh kempis kan..
Mrs. Simplicity said…
Adik sokmo menyibuk..
Mrs. Simplicity said…
Tu lah. Bila aku fikir balik. Hidup ni kalau senang je jalan nya takut kita lalai / leka pulak kan. Aku percaya ni aturan Allah and insyaAllah ada hikmah nya. Kena positif. And aku pun dah boleh terima hakikat. Hehehe

Popular posts from this blog

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...