Skip to main content

Sehari bersama pompom

Tersasar target sehari 1 post. Consistentcy dan aku sangat lah tak serasi. Especially benda2 yang perlukan commitment ni. Dah 2019, bawak2 lah berubah dari membuang masa weh. Self note. 
.
Aku tengah beratur nak membeli meatball ikea ni. Gigih lah deme2 ni beratur nak makan ikea’s food ni pun. Tu pasal tak leh makan selalu. Tak sanggup part nak beratur tu. seksa. Ni pun sebab nak mencari barang maka marilah makan. Oleh itu, mari kita up 1 post.
.
Semalam, syarliza (cousin) text kata nak amik tudung. Kebetulan, petang tu last bertugas menyupir menunggu rafa pinoki and malam sebab wan ada nak tgk bola 8.30malam arsenal main, maka memang ada kat rumah lah. Terus ajak deme lepak rumah malam tadi.
.
Kebetulan pulak adik aku pun ada kat SK (asyran) tgh pasang langsir kat rumah baru diorang (team SK jugak) ajak berlonggok sekali. Aku beli satay, anak2 cikgu resad (pakcik) bawak pizza, yan beli sik arob. Short notice kan, memasing pun paham. Hahah.. kalau tak short notice pun sama aje kaedah nye. Tapau aje 🤣
.
Sampai rumah almost maghrib dan lah clear kan apa yang patut.. hahaha.. mujur family rapat maka sejenis redha..

1 wefie before makan.. jug besor pagi ni baru aku jumpa bila wan mengemas area botol air. Dia humban mana botol2 air yang memang tak pakai dah. Hahaha.. Hat pink tu new family member, cousin aku punya suami yang baru kahwin bulan 1 hari tu. sebab ada new family member datang, rumah kena perform lah sikit. Haha..

Memasing amik tudung memasing sambil tambah stok. Hehe.. yang minum air tu banyak sangat membawang tu yang non stop minum air. Hehe.. ni dah almost midnight.

Update kat group family kata diorang datang rumah nak raikan kemenangan BN kat pilihanraya kecil semenyih. Ko tgk cikgu anuar, laju je reply kan. Hehehe.. semangat!

Seriously it’s a sign for the current government to do better. Tau lots of damage diorang nak kena recover, tapi rakyat memilih.. so all the best ok!

Ok, masih dalam line beratur lagi. Hahaha.. till then!

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...