Skip to main content

kembali bersenam... moga istiqomah

akhirnya, setelah lebih setahun tak bersenam, aku kembali insaf. dek berat badan yang meningkat secara mendadak, pakai premium beautiful pun macam tak menunjukkan penyusutan berat, maka, azam habis syawal adalah nak kembali beriadah.

sedang elok office pun nak kick start balik recreational club, maka aku pun amik kesempatan untuk join. kalau join dgn company foc. penjimatan itu adalah penting ye kawan2. dan lagi, since aku quitkan niadel 1 tuition yang memakan 3 hari seminggu maka weekdays time malam aku ada kelapangan lah. so decided untuk heret kaki beriadah. dia yang jadi boleh pegi tu sebab ada gang. kalau takde gang ko ingat berani ke nak pegi lagi2 sebagai beginner ni.

dimulakan dengan hari rabu, tentatively pukul 9 malam start. kat sports planet ampang. effort kan dari office, patah balik rumah amik anak2 lepas tu datang semula. gile effort. aku kalau badminton memang kena bawak nia sebab sukan dia ni. sukan yg dia main. semangat kau! tak ramai orang datang pun, sewa 2 court. 1 court yg main dgn bersungguh2, 1 lagi utk main biasa2. asal nye nak balik awal. dalam pukul 10.30, tapi si nia taknak, terentak sampai pukul 11 baru gerak balik. sudah nye ko sedar pukul 6.50 pagi esok pagi nye! gilo! nia langsung lewat pegi sekolah suruh papa nye hantar. tak buat dah lah hari2 tgh2 minggu ni. 

bersama team KBS kat office ni. kena cabar dengan boss kitorg mampu ke tak tu nak buat every week, muiz, bobby ayuh kita proof them wrong. ini malaysia baru lah boss kemon! raket harga rm250 pun ada ye. mahey nye..

so suggest kat office buat hari lain, after discussion afdal buat hari jumaat. so esok boleh pengsan kalau balik lewat pun. syok lah jugak main, tapi first timer nak kick off start besenam balik habis segala sendi peranakan kau senak. nak stapler kertas pun gigil kau! parah sungguh.

sessi bersenam tidak berakhir disitu. dalam seminggu jugak akan ada slot berwork out di dalam gym. pergh dasat kau! aku nak buat bendalah2 gini mmg bukan aku lah, nak train pegi workout pakai alat2 dalam gym ni mcm kena ada instructor. mmg tak lah kan. so, kawan aku ja yg biasa workout jugak sebelum ni ajak aku join sekali. on! dekat dgn rumah pulak tu so senang.

me with my workout buddy! wah baru first time dah cite ada work out buddy. muahaha... gile attire semua takde, sarung aje apa ada. mujur ada baju adidas utk running kot yg wan belikan. seluar tudung out! mcm ko nak pegi rewang time raya kat kampung.

kelas2 utk ladies ni ada setiap hari bermula 8.30 - 9.30. slimming dance yang kitorg pegi ni diadakan setiap hari khamis. sejam terasa mcm lama gile. mintak nyawa! mmg barai habis. kejap2 aku tgk jam lama lagi ke nak 9.30. hahaha.. instructor kitorg yg mcm makcik yg paling sexy tu. steady aje. body lawa. takpe2, 6 bulan lagi fit lah kitorg ni. hahaha..

next week repeat lagi. hari ni nak pegi cari kasut sukan dulu..



Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...