assalamualaikum semua pembaca2 blog mrs simplicity sekalian. part of resolution juga ni konon nye. tinggalkan kenangan disini. kat sini sebenarnye lebih memorable. kalau free2 bleh jenguk sendiri membebel. tapi apa kan daya. kehidupan sekarang semakin pantas. kalau nak update, kat instagram aje. sana dah jadi macam media sosial utama untuk update kehidupan harian. lebih mudah dan pantas. tapi jauh disudut hati, nothing can beat blog. lagi puas nak bercerita tapi apakan daya kekangan masa.
untuk membuang sawang kat nayville.blogspot.com ni meh kita cite sikit pasal pembukaan sekolah tahun 2018. alhamdulillah tahun ni less stress. less stress sebab takde anak yang naik darjah 2. stress anak naik darjah 1 adalah bermacam jenis perasan lah. cuma yang stress masa nya tiada. bulan lepas bulan 12 boleh dikatakan antara bulan yang paling busy. dan kerja nye dengan family vacation nye. dengan family event nye membuatkan persiapan sekolah diberikan less priority.
walaubagaimanapun we managed to get everything in order on the first week of school. Letih. tapi kpi tercapai. ramai yang nak tau rutin harian aku sebenarnye. oleh itu, sebagai panduan korang yang ada plan nak hidup macam aku. bukan la hidup, kata ada plan nak hantar snak ke Chinese school ke and nak tau how we manage time ke Aku share lah apa yang Aku buat.
isnin - jumaat rutin nye sama
5.00 pagi : alarm bunyi. Aku bangun. mesti bangun. turun bawah masak sarapan.
5.40 pagi : time ni biasa nye dah settle semua kat bawah. bekal semua lah. dengan aku dah siap amik sarapan sendiri. my breakfast of course lah energy booster aku ningxia red 60ml + 1 tube nitro ningxa + 2 biji sulfurzyme + 1 biji super C. naik atas untuk mandi.
6.00 pagi : kejut nia bangun and mandi, solat. kalau dia ada mood dia akan makan sarapan. samada kat rumah atau kat dalam kete.
6.30 pagi : paling lambat kitorg kena keluar rumah sebab aku nak kena hantar rafa. biasa dalam kete nia akan main game kat hp. kalau dia rasa nak makan dia akan makan. kalau dia mengantuk dia akan tido aje dalam kete sampai lah depan pintu gate sekolah.
6.40 pagi : hantar rafa kat sekolah dia. rarely dia bangun dan dah mandi. most of the time memang tgh tido lagi. mmg awal gile hantar. kira OT lah dah awal pagi tu. no choice kan. kita kejar masa.
7.00 pagi : sampai dah sekolah nia. kalau kena time dia tido memang jenuh. tapi dah besar ni ok aje lah. aku pun meneruskan perjalanan ke office.
7.30 pagi : wan akan hantar adel ke sekolah agama pulak.
8.00 pagi : biasanya aku dah sampai area office lah
5.30 petang : paling lambat aku boleh balik sebab nak kejar kan amik anak3.
6.15 petang : aku sampai sekolah agama untuk amik nia. aku dah bawak siap baju yang diorang nak pakai esok nye. so wan takde lah nak kena bawak baju bag segala. kira dah bawak siap dari pagi lah. amik nia
6.30 petang : amik rafa kat sekolah dia pulak. tunggu adel balik dgn transport. 6.40 petang adel pun balik.
6.40 petang : amik semua dah diorang pun tukar baju dalam kete je terus aku bawak diorang pegi dinner.
7.30 malam : solat maghrib. depends dengan apa tuition diorang ada pada hari apa. tahun ni aku avoid 2 tuition dalam satu hari sebab nia dah tahap 2, tak nak dia penat sgt. subjek makin banyak nak dia relaks2 sikit. walaupun macam tak kan. hahaha..
8.15 - 8.30 malam : aku sampai rumah. biasalah kita settlekan kain baju segala lah. dan barang2 untuk esok nye.
9.30 - 9.45 malam : wan akan amik niadel dari tuisyen.
10.00 malam : diorang sampai aku akan suruh isyak dulu. lepas isyak supper. makan la apa2 sebab diorg early dinner kan, dah tuisyen lapar lagi tu. settle tu diorang siapkan homework. macam nia dia pandai adjust masa dah. mana homework yang dia boleh siap kan kat sekolah agama dia akan buat. so malam tu tinggal sikit je then dia ada masa untuk buat revision sikit.
tv not allowed on weekdays. baru nak ber modus operandi begitu. so siapkan homework, homework kumon, dan revision 1 page ke 2 page.
11.00 malam : mesti tidur.
11.00 - 12.00 malam : me time. nak siap kan baju sendiri ke nak bungkus eo ke nak layan enquiry orang ke nak membaca sikit ke.
so basically diorang ada 7 jam tidur. dan nap sementara dalam kereta / van.
hectic? sangat!
tapi ok je...
Comments