Salam 12 Ramadhan korang. alhamdulillah kita dah selesai puasa hari ke 12. segar sikit malam ni nak online. bill letrik baru jumpa. tak bayar 2 bulan. kang sedar2 udah gelap rumah. sementelah on laptop ni, sementelah katanya! jenguk la sini kejap. bulan puasa kali ni best sikit sebab jatuh pada hari cuti penggal sekolah. = heaven!
elok pulak puasa start hari sabtu. sebelum tu niadel dah ikut cuyan dgn cik ina dia balik perak. kebetulan adik aku 2 orang nak balik sambut ramadhan kat rumah. so aku mintak diorg drop by amik niadel. khamis malas dah pos diorang ke sana. jumaat sudah declare cuti sendiri. tapi sebab deme exam semua dah settle, result semua pun dah dapat, halal aje lah. cuma homework confirm melambak. bialah. pandai2 lah korang. diorg yang gelepo nak balik kampung sangat. hahaha
drop niadel kat R&R Serdang. lepas minum kejap sebelum diorang meneruskan perjalanan ke perak. masa ni dah almost 11pm kot. risau lah jugak. tapi diorang tukar2 driver so ok lah kat situ. tudung pink tu bakal jadi ahli keluarga kitorg tu. bakal adik ipar aku, ada nama nya. inshaAllah kenduri bulan 9 ni. kat belah perak bulan 10. hat bongsu jalan dulu. berbendul bendul langkah. jodoh jumpa awal.
so kitorang bertiga lah kat rumah. heaven wei! hahahah... kaedah handle anak sorang aje. tak ke bahagia. kadang buat macam ni ada bagus nye jugak. opah atuk happy sebab cucu2 ada kat rumah. dalam masa sama mama papa dapat 'me time' sekejap. ikut kan diorg nak stay straight 2 minggu. tapi dapat seminggu aje sebab seminggu lagi ni opah ada hal keje so minggu ni diorang dah kembali.
alhamdulillah penuh lagi puasa niadel. cumanya naik sekolah ni risau kan si adel. dia tak leh nampak orang makan depan dia, dia jadi lembik tiba2. dia akan makan punya lah. so dia balik kampung semua orang puasa dia boleh la puasa. ni duduk dengan kitorg puasa lah lagi. minggu depan dah masuk sekolah tgk lah lagu mana na.
sehari sebelum masuk ramadhan aku pegi meraikan perut. hahaha... lunch dgn kawan aku kat the redlobster kat intermark
lunch dgn 2 orang ni ha. team keje key ell katanya. tengkiu anis for the treat. lepas raya aku punya turn pulak.
kat kampung diorg ni sorga. macam2 deme beli hasil ketukan paklang maklang opah atuk cik ina semua. hangin je papa diorang
buka puasa sahur pun mewah. mama papa hidup macam orang bujang aje. heaven jugak. heheh
dia pun heaven gak la gak. sebab kitorg budak 2org tu takde kitorg berbuka kat luar kerap gak, bawak dia merambu syok betul dia. aku pulak takde terkejar nak pegi 2 section kalau masuk toy shop. selalu niadel pegi kat belah girl2, rafa ke belah lelaki la kan. lepas tu semua panggil mama mama mama mama. nak tunjuk 1 kedai.
aku buat keje gila di bulan Ramadhan yang mulia ni. tiba2 aku ada kekuatan nak preloved harta aku. tak pernah dibuat preloved2 barang sendiri ni. most of the time bagi aje kalau tak pakai. tapi ini duck, dan sebab tau ada duck versi raya nak keluar harga pulak mahal nak mampus, dan zaman2 gawat ni makanya aku kena let go apa itik yang aku ada.
kurang senang buat benda2 gini. bila publish habis lah kena bahan kan, mcm banyak duit pakai duck. menyampah pun ada. tapi ko dah post, people can talk kan. aku bukan sejenis menunjuk harta. beli kete tunjuk, beli rumah canang. sejenis bukan begitu. tapi kali ni, lantak lah. and guess what? 15 duck aku sold out. muahaha... gile kan. aku ingat aku je gile, ramai orang lagi gile. and i manage to buy my #thealhambraduck yeay!
kitorang gather semula 5 beranak lepas seminggu niadel duduk kat kampung. gathering family ayah aku. aktiviti tahunan iftar dan terawikh dgn semua ahli keluarga.
so minggu ni punya rutin niadel setakat dari isnin haritu ikut aku dok office. esok kena post duduk kat mamakids. sekolah agama diorang kalau budak transit kurang dari 5 diorang tak bukak. kalau duduk mamakids kalu, si adel tu kang terguguat. teacher diorang kang confirm kesian. lebur puasa. sayang lah kan, awak bukan tak boleh puasa. boleh puasa. cuma mudah tergoda. nervous nak sekolah selasa ni ganer. ni gambar semalam, amik rafa.
ok dah. nak tgk pazurah and patah. jumpa lagi!
Comments