Masih ada lagi yang berlaku pada tahun 2015. Hujung tahun 2015 kitorg bawak anak3 pegi bercoti kat legoland. Lagi! 2 kali pergi dengan family besar aku. This time around gi sendiri2 aje lah. Diorang tak tau pun kitorg nak bawak diorg pegi legoland. Cakap nak gi kenduri kahwin kejap. Sebelum tu singgah JPO dulu. Masa sampai nampak legoland hotel punya entrance menjerit2 lah deme excited. Tak tau pun nak tido situ. Cakap nak pusing2 situ aje. Takde bilik kosong.
Dalam kereta diorang ingat nak pegi rumah orang kahwin.
Masuk2 kat lobi nampak ini mau tak tak tentu hala bebudak. Huru hara diorang nampak lego sana sini.
Dalam lift legoland hotel ni favorite. Ada music2 lampu2..
The room. Kitorg amik kingdom room kot.
Ada 1 lagi katil
Lego dimana mana..
Petang gi mandi kat pool dia. Tak yah masuk water park. Sini pun bersepah main lega kat pool.
Cam biasa drama. Nak dihangkut bawak balik
Malam kitorg dinner kat bricks cafe dia. Mahal! Sekali nak rasa boleh lah. Bila lagi nak ke sini tak tau lah lagi. Alas meja boleh kala2..
Kids got to decor their own gingerbread cookies. Ni sempena krismas kot.
Kaler alas meja. Seronok kat sini sebab semua colorful
Dapat family photo jugak. Ada photobooth. Diorg kasi for free
Lepas dinner kasi diorang main lego kat sebelah restaurant ni. Enjoy diorg. Semua benda2 menarik ada untuk diorg
Jangan lupa kutip segala free gift dalam bilik. Settle kan soalan yang ada tu then boleh bukak pintu tu amik lego.
Breakfast dulu sebelum nak masuk legoland. Suka sungguh aku tgk colorful gitu.
Menarik2 hiasan2 dalam cafe dia. Semua pun nak kena amik gambo.
Kat exit hotel, nak ke legoland dan water park
Yang wajib naik lah kan..
Nak beratur nak naik 1-1 ride tu hazab! Dengan panas nye lagi
Naik boat pulak. Naik benda2 yang tak pernah naik. Rafa tak lepas nak naik. Kitorg kena lah bergilir2
Lepas tu naik rescue academy ni pulak..
Ini port kegemaran.
Masuk tgk show baru jugak. Ninjago live show. Sape yang tau pasal ninjago character ni lagi enjoy lah. Kitorg dok depan sekali ha.
Tak enjoy je. Mmg best lah
Dengan ninjago character bila dah habis show dia
Surau ada ye disini
Another new attraction at legoland adalah star wars
Robot lego
Dah settle kena lah paw kat legoshop nih. Aku harap lepas ni ada lego and friends punya show pulak
Panas bedenting bak hang!
Engraving service rm10 1 key chain yeh. Key chain beli dulu. Rm10 tu engrave dia
Alhamdulillah another fruitful and meaningful vacation. Lepas tu ada check in kat hotel lain pulak tapi malas nak story sebab aku perang besar-menyampah-nak rewind. Tunggu beberapa tahun lagi baru kita repeat pegi legoland semula. Hopefully by then ada dah lego and friends.
Comments