ok, another backdated entry yang aku rasa ramai yang menunggu aku update. event tahun yang kitorang try to make it every year. and 2015 was the second year kitorg ber family day. da masuk tahun ke-2 kena lebih gempak dan grand kekdahnye kan. kalau tahun pertama haritu kita buat kat kalumpang 2hari 1malam, this time around kita up kan hari and pilih distance yang lebih jauh lagi. kita ke desaru! ni idea aku la ni yang rasanya dah alam nak ke desaru. propose dari family day office lagi benornye tapi tak dapat approval sebab logistic problem. jauh and what not. makanya tercapai lah hasrat nak ke desaru dgn plan family day family member aku ni.
so sebab perjalanan mengambil masa 6 jam, makanya kitorang sepakat sebulat suara untuk menggunakan bus sebagai pengangkutan family day kitorang kali ni. untuk sewa bus ni ke desaru, kena bayar rm3000 ye kalian. ni harga tahun 2015. kitorang bergerak lepas solat jumaat.
muka- muka ceria dapat naik bus. mmg excited masing- masing. tido bangun tido bangun tak sampai2 jugak.
kanak2 riang gembira dapat naik bus. long journey pulak tu. lagi lah deme enjoy.
pelbagai jenis cerita dipasang. banyak cerita melayu. tak bagus untuk budak2 tapi layankan aje. nak dijadikan cerita kitorang dah waze nak ke tempat makan dulu sebelum check in tapi waze nye tunjuk salah tempat. makanya drag lagi time makan nye. dugaan sungguh. sian rombongan. huhu..
akhirnya sampai tah pukul berapa lah lupa. tapi yang pasti dah pukul 10 kot. lemau masing2. tak sure reserve ke tak. rasa reserve kot. adik aku yang belajar kat utm tu tolong reserve kan.
mujur makanan dah sampai sejurus kitorg sampai. makan lah macam piranha masing2. tapi sebab dah lewat makan kan, pakcik aku dah masuk angin the next day dah muntah2. tak leh join siang punya game.
suasana malam di restoran terapung seafood bujang firefly. the only kedai makan yang terdekat dengan tempat family day kitorg iaitu lotus desaru resort.
gedebuk gedebak akhirnya sampai lah kat bilik masing2. macam biasa ada yang tersilap bilik, ada yang tak dapat masuk bilik. tu antara insiden2 kalau berfamily day ni. mujur lah family member keluarga haji moktar ni semua sporting2 belaka memahami segala2 kekurangan yang kitorang dah arrangekan. lepas tu katil pulak dok atas. ada tangga pulek ke atas. bilik tidak disurvey awal jugak. mmg silap aku lah kat sini.
bilik dia complete. semua ada. luas pun luas. selesa. cuma tang katil tu dok atas. risau yang ada anak2 kecik lah kan. turun naik segala.
ok, day 2 at lotus desaru. dari bilik nak ke main loby dan cafe jauh. so kena naik buggy. takde masalah nak menunggu buggy. spot yang kala oren tu family kitorg lah tu. elok jugak buat kala oren.
ni cafe dia. bapak besar. macam kat legoland hotel. orang ramai. ada pulek yang takde voucher nak breakfast. macam2 hal ye. biasa tu. sebagai organizer kita dah biasa handle benda2 gini so kesana sini kehulu hilir lah menyetel kan masalah.
pakcik aku tu yang tak leh nak join game amazing race pagi. eh treasure hunt. terpaka pegi spital amik ubat. sebab lewat makan malam tadi. huhu..
dah bersedia untuk bertreasure hunt
memang payah nak brief group ni. masing2 bising!
gigih mendengar arahan. dengan misi nak menang!
dan game pun bermula! ni team menang no. 1 treasure hunt nih. hampir semua clue dijawab dengan tepat. ni group KIPIDAP!
ni tak tau no berapa. amboi pakci poji jeling group lawan ke apa tu. over nye yang menerap tu. ni group DUDEBES!
ni group aku. macam2 aktiviti kena buat. kena menyelam cari clue dalam pool pun ada. kena ada yang pandai menyelam. kena ada yang pandai sudoku. kena ada yang creative. ni group iols group DONGIBAB!
ni group yang last treasure hunt tapi berjaya tebus balik masa telematch. group JASDUIT!
tunduk tutup telinga masing bila ayor nye turun
lepas tu main bola dalam air. lelaki vs pompuan.
kanak- kanak main di kids pool sajelah..
petang pulak. tak ingat semua lemau ke apa time ni tapi semangat peperangan kitorg tinggi. perang saraf dari whatsapp lagi sampai di hari kejadian. semangat nak menang group masing2
ko tengok, setiap group ada pengadil tapi dengan pengadil2 kena kuntau family ni punya kerja. ada je akal nak main tipu masing, puih!
bersungguh- sungguh masing2 hatta baling belon sekali pun. muahaha..
main belon lagi.
bila orang tua kena gelek bola pakai gelung. macam2 ragam.
time nak bagi instruction umpama peperangan.
group banyak auta ni! group cikgu rokiah ni
nia gak main dengan penuh integriti. bersungguh2 isi air dalam botol. tahun ni dia join main. tak leh ngelat dah.
settle telematch sambung volleyball kat padang. sambung yang kat pool tadi. laki vs puang
tah, tak tau lah sape yang menang nye. enjoy aje memasing. sambung malam pulak kita nak annual dinner. tema best!
dengan tema back to school, yang dah keluar dari sekolah terpaksa mencari attire baju sekolah. terpaksa lah aku membeli balik baju pengawas aku. ni nak keluar bilik. dengan anak2 sedara. deme tu sekolah betul. aku je yang dah tua pakai baju sekolah. terasa macam muda bebenar lagi. muaahahah.. ni nak gerak pegi dewan sekolah.
dengan boypren. ni school uniform dia, huntong sekolah glamour, seluar pun kaler khakis. wan dulu sekolah kolej yayasan saad. sis pulak sekolah menengah convent kajang. tudung memang kena herot gitu. baru lah namanya budak sekolah. dulu tak de duit tak pakai lens lg. so pakai spek.
sekolah ni boleh bela jambang. ni tengah nak nunggu perhimpunan..
tengah pasang banner and siap kan tempat. kejap lagi cikgu2 nak sampai. yang menerap tu pelajar paling muda.
cikgu dah sampai. kita mulakan perhimpunan. dari kiri cikgu bahasa melayu, pakai selipar sebab baru balik surau gamaknya. cikgu disiplin tu pasal perhimpunan pun pegang rotan, cikgu kokurikulum, pakai baju uniform, cikgu pendidikan jasmani, siap pakai wisel, yang nampak baik sikit ni cikgu sejarah lah kot, cikgu matematik yang hensem disitu, yang lebai tu of course cikgu besar, yang kanan sekali cikgu fizik.
dimulakan dengan nyanyi lagu negaraku ye.
dan jugak bacaan ikrar..
lepas tu semua gi makan dulu sebelum menruskan acara seterusnya.
lepas tu ada acara jugak. ingat habis dah acara nye. acara baru diperkenalkan tahun ni oleh couple afiz and kak riny. sehati sejiwa. lelaki kena duduk setempat, puan duduk setempat. jawab lah soalan tentang suami isteri. tengah2 barisan tu gang bujang tutup laluan tak nak bagi kitorg bagi jawapan kat each other.
dah selesai, pengetua bagi ucapan sikit..
yang menang acara sehati sejiwa pakcik dan makcik ku ini. cayalah. semua jawapan betul u!
ni group menang keseluruhan untuk acara haritu. DUDEBES! kekwat sungguh yang pakai spek tu.
kanak- kanak riang!
habis dah prep, tengah tunggu bus sekolah datang amik bawak pegi dorm.
sekolah keluarga haji moktar dan hajah fatimah. best sebab semua ikut tema dan sporting2 belaka. alhamdulillah selesai dah acara family kita tahun ni dengan seribu satu kenangan.
esok nya otw back, ada kawan pakcik aku sponsor lunch kami. lepas tu kitorang terus gerak pulang. alhamdulillah selamat sampai.. family day 3.0 lebih hap-pening! stay tuned...
Comments