Ko bayangkan aku dah siap satu entry masa aku kat kampung haritu alih2 pap hilang. Menyirap lah hai. Disadvantage pakai hp tu lah dia. So, ini adalahtesting update blog pakai hp. So do expect more typos from mrs. Simplicity. Hahahaha..
Jangan ditanya apps apa, kerana apps ini berbayar. Sejenis gigih. Blog dah lawa tapi aram berupdate. Tak meet the purpose lah ko make up blog ko tapi sendu. Sebenarnye masalah utama aku ialah nak extract gambar sebanyak 63 ribu (to date) yang ada dalam hp aku ni. So kat macbook jadi berat. Bila berat nak upload tu lambat. Bila lambat menyirap, bila menyirap end up apa pun tak buat.
Aku dah organised kan gambar ikut aturcara dan peristiwa tapi bila tgk kemain banyak folder dah tak tau mana se nak update. Hahaha.. sejenis tah apa2 jugak disitu.
Ni dah baring letak kepala kat bantal kita update sikit try test tgk outcome dia. Bila nampak macam best, aku share lah apps apa. Kang kena kecam tak berbaloi bayar tapi masih sendu. Gitu..
So cuti panjang kita balik kedah. Lama tak balik. Nia pun cakap 'kita ni asyik jumpa atuk perak je, tak jumpa atuk kedah pun' ouch!!! Ye lah atuk perak ada je urusan kat kl ni, tu yang selalu jumpa. Maka mari balik kedah.
Kitorg baru dapat ahli keluarga baru uols. Cucu pak rahim yang ke-5 NAS ARFA ESHAN a.k.a baby eshan. Kemain urban nama. Tok rahim nak sebut pun confuse. Hehehe.. tapi kitorg tak dapat nak tgk baby lg sebab masih lagi kat nicu. Baby dah berak dala perut masa mak dia push. Latest news baby eshan dah boleh discharge esok. Yeay! InshaAllah nanti raya cina pulak maklong jumpa awak ye. Maklong ko! Hehehe..
Bertambah lagi gang rafa. Ada qory and latest edition eshan. Kat belah perak dia masih kekal cucu lelaki tunggal. Didoakan moga ada gang rafa belah perak pulak. Amin....
Syok gak. Teratur je rupa entry..
Till then..
Comments