Skip to main content

#jjcmteamgp - east coast trip day 1

watak- watak :
the driver - mrs simplicity
the photographer - amalfc1303
the tourist guide - nontampaltampal
the treasurer - yokorina24
the all rounder - sf_ayidmohamadarshad
the kids : niarafadel

ok cerita fresh from oven sebab kejadian baru berlangsung sabtu lepas. team GP jalan2 cari makan kat pantai timur. gigih ni malam2 menaip. semangat kekdanye. walaupun battery tenaga tinggal 20%. ok semua orang confuse apa kejadahnye trip ni? apa yang berlaku? macam mana ianya bermula? macam mana macam mana? banyak tanda tanya even mak pak den pun confuse. hehehe.. ok meh cite meh.

cerita bermula masa raya lah, kitorg gang sepupu aku dgn jiran belakang a.k.a anak2 makyong masa raya itu hari sembang2 ajak jom la kita pegi road trip jalan2 cari makan. kira jalan2 takde tujuan la. misi makan2 sahaja. so memula ok lah masing2 cek calendar. especially syarina (cousin) ni sebab dia weekend attend class. kitorg yang lain basically ok je as long sabtu dan ahad, mmg cuti dan tak koje. so cek2, sina takde kelas 20 - 21 august. ok on!

so time tu pulak ajak sape lagi ni? kita try small group lah kita2 aje. ada ajak cousin bujang lain, tapi depa tak available. bujang katanya ye. aku biasa lah, gembira je bab berjalan ni. banyak berjalan luas pemandangan. tak bosan hidup. so time tu pulak adik aku akmal tgh training kat jepang. so ajak adik ipar aku je pegi join the trip. ending dia semua puang aje. wan kata, dah semua pompuan kejadah dia nak join. yes bang, syukur memahami hahahaha.. dia kata gi sendiri lah. aku cam yess!! i mean nak jalan2 dgn sepupus2 bujang kan. pompuan lak tu. feeling kena feeling 'me time' la kan even anak3 aku tag along. wan tanya, ina ada? ada. ina ada then boleh pegi sendiri. ye la riso aku handle sensorang lepas tu aku yang drive sebab aku je ada kete 7 seater. 

so hari kejadian tiba. takde prepare barang apa pun, just pack our bags and ready to go. janji hari sabtu pagi tu semua berkumpul kat rumah aku pukul 8 pagi kita gerak. adik ipar aku ipah sampai a night before. adik aku ina cousin kitorg wani amik. nampak tak kegigihan disitu. balik keje naik tren pukul 10 malam. sampai rumah dekat pukul 2 pagi. gigih!

pagi tu semua on time. aku pun tak sangka aku siap ontime. sebab nak siap kan 3 org lagi. wan keje haritu dia tunggu sampai kitorg gerak. yang dia pesan satu je 'kalau success, boleh repeat lagi. kalau tak success sendiri mau ingat'. ko rasa? hahahah... unsuccessful story kasi simpan dalam poket. khen!

ok, mari gerak! risau 1 je. rafa. sebab dia ni kan tak leh kalau berenggang dengan aku. risau kalau drive nanti dia nak dok kat riba aku. so terpaksa bagi senjata iaitu hp. hahaha.. lantak! dan tv pasang cite2 yang boleh menarik perhatian dia. ada lah dia dok 'mama, mama' tapi keadaan sangat terkawal. thank kat acik2 diorg ni semua yang berjaya mengawal anak2 aku ni. sangat2 aku hargai. 

buat dah depa ni. depa main pokemon ok! dengan anak2 aku terjebak. kitorg drive tru mcD as breakfast. sebelum tu isi minyak isi touch&go isi angin tayar. then terus je heading to temerloh nak perkena tepoyak ikan patin. traffic was smooth. semua masih fresh lagi..

jjcm #1 - Go'Bang Maju Patin Tempoyak kat temerloh. sampai sini pukul 11. ajer kan early lunch ke late brunch ke entah. boleh. layan kan aje. signboard ni baru naik kot sebab tgk diorg tgh tgk2 rupa signboard baru diorang ni. tepi jalan aje. waze je go'bang maju mesti sampai.


selain dari makan gulai ikan patin tempoyak, kena order pais ikan patin ni. first time dengar ni. order aje. pegi / makan tempat2 fofular kat kuantan dengan kemaman area. 

amik gulai tempoyak 1 mangkuk kepala, 1 mangkuk ekor. semangkuk rm12. selain tu ada variety of lauk lain jugak kalau yang tak makan ikan patin tempoyak ni.

ni lah rupa pais ikan patin. atau bahasa paham aku nye ikan patin bakar, pes dia tempoyak. first time makan ni. ni rasa rm24 kot.

gebu nye muka masing2. mari makan. 

one for the album. bukti udah sampey. anak3 sangat terkawal time ni. kalau tak terkawal mungkin gambar ini takkan terjadi.

perjalanan diteruskan. dari temerloh kitorang last minute plan decided nak menziarah sepupu kitorg yang kat kuantan. kenapa tiba2 nak ziarah? dia ni rajin upload kat facebook menu2 yang dia masak kat family dia. ater kalau ko dah scroll timeline hari2 tak ke jatuh teringin nak merasa kan? hahaha.. so ina halo halo aimy tanya ada kat rumah ke tak. ko tgk kan orang yang biasa masak and rumah sentiasa bersih terus jawab 'ha singgah lah nak datang pukul bape?' mun kalau aku kena tu, meh la singgah kita jumpa kat kedai makan terdekat. kahhhhhh... rumah aku kalau short notice aku yang panic tak tau mana nak ngemas mana nak nyiap makan. maka yang dibernarkan singgah tanpa notice adik beradik aku je sebab deme paham kakak deme camne. hehehe.. so perjalanan mengambil masa kurang lebih sejam. entah hentam aje lah. hehe.. time ni mata aku dah start kuyu. ngantuk sudah lepas pekena tempoyak ikan patin tu tadi.

haa in less than one hour ni siap! nampak sangat kau datang nak mintak makan kan. choi sangat! hahaha.. lepas tu propa eh takyah susah susah. propa lagi. hehehe... diorang pun confuse trip apekah ini? dah alang singgah rumah sedara tumpang settle apa yang patut. solat, rehat kejap.

drebar kat sofa tengah nap kejap. lepas tu makan mihun dgn kopok lekor. sedap semua! merasa kami makan masakan aimie's kitchen. nanti datang seri kembangan makan masakan alyyani's kitchen pulak ye. laki alyyani pun dah lama tak merasa masakan alyyani apa lagi orang lain. hahahaha.. bukan nak bangga tak masak cuma korang pun tau rutin life aku macam mana. dari awal pagi sampai ke malam from a to z aku nguruskan anak3 semua. kalau aku masak aku rasa aku royan kot. untuk memudahkan kerja tapau makan so semua dapat makan. lagi pun aku masak bukan sedap and org nak makan sangat. so penat masak dapat, hati frust sebab masak tak sedap and orang tak makan. solution? ya practice makes perfect. im sure i will do the cooking 1 day but not at the moment. aku masih berjaga 2 kali tgh malam rafa bancuh susu rafa sebab rafa kuat nyusu. so kurang tido disitu. so aku kena simpan tenaga aku ni. tunggu anak2 besar sikit kita masak sama2 ye anak2. eh ko cite apa tetibe kat sini? frust jugak tak dapat masak. tapi tak nak take the risk penat dan masak tak sedap segala. 

1 keping gambar bersama tuan rumah. thank you so much aimie, faris and aleesya sebab layan kami semua. siap offer tido rumah lagi tu. terharu benar. hehehe.. so dalam pukul 3 gitu kitorg mintak diri untuk ke destinasi seterusnya.

selamat datang ke kuantan! traffic is building up here. cuti depa kata jem sikit. tapi manageable.

terus saja ke kula cakes. kemain glamour tempat ni  1 malaysia tau kot. the famous mango cheese cake. kedai tepi2 jalan dekat shoplot je. alhamdulillah trip kali ni boleh kata semua dipermudahkan lah. katanya susah nak parking, elok je dapat parking dekat dengan kedai. nawaitu ye nawaitu. so tara ni lah kulacakes. hipster habis. penuh ok. posing dulu kat entrance.

asal usul kula cakes ni asal usul dia lila wadi ni bukak restaurant nama lila wadi lepas tu kat situ ada mango cheese cake jugak lah. lepas tu bila mango cheese cake makin mendapat sambutan dia buat 1 dedicated shop jual cakes. ni derang2 bagitau. kalau aku salah, salah lah diorg. hahaha..

ada jual dessert lain selain dari mango cheese cake. tengah pilih. sebab ipah penah sampai so dia tolong kitorg pilih kan. 

so these are the cakes that we chose. semua memang sedap. mango cheese cake dia mmg sangat terbaik. sangat sangat. teringat2. next month ada trip ke cherating lagi, mari kita singgah ye kawan2

ina ko part amik gambar memang terbaik. 

amik gambar 1 sebelum balik. lepas kitorg datang ramai lagi yang masuk. syukur ada spot best. budak2 pun syok main2 dalam ni.

mango cheese cake. ku sudah merindui mu. harga sepinggan mango cheese cake ni ialah RM7.60

dari kula cakes kita nak ke teluk cempedak. tapi sebelum kita singgah tapau dulu puding raja kat royal pudding pahang's signature dish. ni satu2 makanan yang aku tak leh masuk sebab ada pisang sira ke apa dalam ni. i is tak makan pisang. 

business hours

apa yang kedai ni jual

kitorg beli 2 bungkus. mahey jugak ye puding raja ni. royal katanya.

dari royal pudding terus je ke teluk cempedak. dah janji dengan budak2. sebenarnye macam nak buat apa kat pantai. tapi takde hiburan untuk anak2, mari kita drop by kejap kasi cake turun sebelum kita nak ke jjcm seterusnya. sesak gak ke teluk cempedak ni tapi sebab jalan teratur parking pun ada. parking bayar rm2.10. turun2 je masing2 mencari toilet. dah tepi pantai banyak la jual macam2 kan. diorg nak main pasir. beli kan barang nak main pasir. sampai kat area pantai, wah bersih gila kot. and sangat terjaga. rasa bayar parking pun berbaloi.

sampai2 je yang kaki pokemon dah bersepah2 gi cari pokemon air. hare betul budak2 ni. pakai kasut ok main pasir. nampak sangat taknak pasir kena kaki deme ni. lantak kan.

kitorg tak tau nak buat apa, beli bubble. 

this bubble mmg awesome la. rm5 nak beli. 

more bubblesssss

and snake!!! adeh anak3 aku pegang ok. siap2 urut2 lagi. si rafa pun sama. banyak benda boleh buat lah kat sini. salah satu pantai awam yang paling bersih aku rasa. 

dari teluk cempedak, kitorg terus ke tanjung lumpur. early dinner kar sini. ana ikan bakar petai. kat bangi tak penah makan. sampai ke pahang makan ye. sebelum tu depa suruh berenti tepi jalan ada pokemon. lepas tu marah aku kata laju sangat pokemon dah lari. ciss sungguh budak2 ni! ni tengah tunggu deme dalam kete tangkap pokemon. dengan anak3 aku terjebak sudah.


terus je pilih2 ikan and seafood lain untu dingap

sebelum ikan bakar sampai. ikan bakar petai tabur2an ko. kuis2 aku makan. stong celup tepung dia terbaik! ketam gemuk2 fresh. buat masak sup.

muka masing2 makin kembang dek makan tak henti2. 

dari tanjung lumpur terus je kita check in kat the legend resot yang kitorg dah booking awal lagi. trip ni memang kalau boleh aku nak parking depan2. rasa semua kedai makan aku parking valet. hahahah.. semua pompuan kot dgn anak3 lagi so kena parking dgn the nearest dengan tempat dituju. ni tunjuk ke wan aku park kete kat mana. betul2 kat entrance. elok je ada se parking kat situ. 

our room. memula nak cari bilik yang besar sebab nak dok sebilik. tapi kat sini takde pulak. connecting room pun takde. dapat bilik sebelah2. sampai je terus bersiram masing2. segar bugar budak3 berendam dalam bath tub. lepas je mandi solat semua ke bilik sebelah. tgk final badminton.

sambil makan puding raja yang beli tadi dan kudapan lain. ada sata jugak beli kat anak ikan bakar tadi.

bersorak macam orang gila. kita boleh stress semua, beliau lagi pedih yang melaluinya. thank you so much dato' lee chong wei sebab membanggakan kami rakyat malaysia.

ok, aku dah nak pengsan. ingat boleh sambung terus ke day-2 tapi nanti cramp entry ni. bersambung di entry seterus nya esok. so day 1 kita cover apa yang kita plan. tips dia memula kutip duit sorang dalam rm100 so pass kat sorang so dia incharge time bayar. sorang jaga resit. total up kan bill. sorang jadi photographer. sorang jadi driver (driver wajib yang penyabar dan cool dan layan je) ok puji diri sendiri. hahaha.. org tgk aku penat drive. tapi bila otak ko tak stress ko takkan penat. layan je. sorang jaga anak. so we make a good team lah actually. ok bersambung di entry seterusnya esok.

Comments

nad said…
arghhh...! best giler jjcm trip camni. penah plan kt papazakwan. pastu bila pk,jaga anak dalam kete-kita, pegang duit-kita,jd co-pilot-kita, kalu salah jalan-kita gak kene marah.. pastu drivernya dia sorang jek. baekkkk bawak bersabar. tggu la bebudak ni besau sket jawabnya huhu

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...