tiba- tiba kan. padahal patutnya sambung cerita raya. tapi semalam kita digemparkan dengan isu #RombakanKabinet ni. macam mana eh. masa tu aku tengah buat keje then suddenly menderu masuk kat whatsapp list menteri2 kabinet yang baru. dan yang paling mengejutkan ialah our beloved DPM Tan Sri Muhyddin Yassin digugurkan dari kabinet. macam apakah? kenapakah?
sebagai rakyat biasa yang tak pernah amik port isu2 politik semasa sampai lah bila isu 1MDB ni timbul aku baru macam apa benda ni? then once in awhile aku dengar lah klip video Tun M, dan menteri2 lain. pasal benda ni.
perasaan dia sama macam pada tahun 1998 bila mana secara tiba- tiba masa tu Dr Mahathir pecat Anwar Ibrahim. masa tu aku form 4. ingat lagi masa tu aku antara yang panic gak lah. masa tu budak2 kan. dok fikir, apa jadi dgn malaysia ni nanti. perang ke merusuh ke. tak lepas tgk tv je. masa tu semua saluran berita telus kan. belah Mahathir ada tunjuk, belah Anwar pun ada tunjuk. sampai kena marah dgn bapak aku. ko tak payah nak sibuk2 adik. belajar je. ni bukan hal kau nak fikir. haa gitew. darah politik ada dalam badan lah katakan as bapak aku orang kuat umno.
tapi bila DSAI dah start buat parti pembangkang ni aku dah tak berapa minat dia dah. macam dari pandangan mata aku, aku tak nampak mana hala tuju perjuangan DSAI ni. ok titik.
so pada hari semalam, the same feeling aku rasa bila dengan TSMY dilucutkan jawatan dan dengan terang- terangan jibby memberitahu dia mmg tak boleh ditegur. apa yang aku nampak intention TSMY nak menjadi telus dengan rakyat.
come on lah. korang yang ada kat kabinet tu semua adalah hasil dari undian rakyat. so korang tak rasa ke korang kena telus dgn rakyat. after one another kot. mula dengan isu altantunya. aku memang tak tau lah hujung pangkat cite ni. pendek kata tak amik port then isu 1MDB ni pulak. aku tau banyak lagi isu which aku mmg tak berminat.
aku x isu pun pasal GST sebab pada aku GST boleh membantu meningkatkan ekonomi negara. tapi bila kata meningkatkan ekonomi negara, kena disalurkan kat negara lah bukan salur ke individual punya poket.
sampai rasa sakit hati bayar kat LHDN. tambah pulak kena serve GST. bila every month kena prepare cek ke custom rasa macam that cheque later akan pegi ke akaun orang lain. tah, gitu lah perasaan aku. jatuh tak ikhlas bayar cukai. so aku increase kat bayar ke zakat.
isu tabung haji lah, mara lah. what else?
so bila kau kata TSMY kena direhatkan sebab SPRM tengah siasat isu bestari net which aku tak tau ape ke benda bestari net ni, PM tak yah direhatkan ke utk isu 1MDB?
at the end of the day, kita hanya rakyat biasa. the major culprit ialah mangkuk paling cantik yang duduk paling atas kat kabinet tu. so kita hanya mampu menyalurkan ketidak puasan hati kita kat laman media social je lah.
kita tak mampu nak merusuh macam kat luar negara tu. sebab kita rakyat malaysia ni masih waras. macam wan kata, kita makan gaji, ada banyak hutang. ada anak3 kecik kena jaga. kalau merusuh kena masuk penjara. camne nak bayar hutang? camne nak besarkan anak3?
nak tunggu election, lambat lagi. bila sampai masa election, kat mana Malaysia kita ni?? makin lama makin merepek. merepek demi merepek. contoh paling obvious harga minyak dunia jatuh, tapi tiba2 harga minyak kita naik. kegilaan apakah? dimana rational nye?
aku x bersuara sebagai pembangkang. aku dengan bangga nye boleh bagitau yang aku pangkah Barisan Nasional masa election tahun 2013. aku bangga masa tu BN menang. dengan majoriti tipis aku harap kerajaan akan patch all the damages yang diorg buat dan tunaikan segala janji2 manis masa election. ternyata janji tinggal janji (nyanyi lagu KRU sikit....)
wan kata malam tadi, what if Najib betul? dia tak pernah buat salah?
kalau dia betul, dia tak living in denial. aku x nampak apa2 explanation dia secara telus kat kita semua. siasat siasat dan siasat. tiba2 peguam negara di pecat jugak. so obviously dia director, jalan cerita dia boleh ubah as and when. wayang ni semua diarahkan oleh dia.
tak yah siasat apa dah lah. moga dengan kemasukan Zahid Hamidi sebagai TPM yang baru akan dapat membetulkan kepala otak PM kita untuk berfikiran waras. aku suka TPM baru kita. salah sorang menteri kabinet yang aku respek and memang buat keje. harapan nya TPM baru ni lebih waras dari PM. kalau sama tak waras, aku tak tau nak kata apa...
harapan nya TSMY tak join pembangkang yang sedia ada. perjuangkan umno. kalau kena gugur jugak.. aku akan amukan lagi lah..
the least i can do and aku nak korang gak buat kita boikot tv3. hehehe.. sebab? korang tak perasan ke buletin utama tv3 tu kan dah jadi buletin najib. aku dok tunggu lah ada ke press conference dibuat di kediaman TSMY sama macam masa anwar ibrahim dulu. ko rase? memang takde lah kan. so berita tv3 ni mesra najib. maka kita boikot. bukan boikot berita je kita boikot tv3. tak yah tgk dah lah cite2 kat tv3 tu. cite pukul 7 tu sama je macam novel. baca novel dah lah. melodi? tgk meletop as a substitue. hahaha.. ada effect tak kalau buat gitu?
bukti aku memang suka TPM baru. dah lama aku follow beliau and tak lama lepas tu beliau follow i balik. walaupun aku rasa beliau tertekan button follow kat nama aku masa tu. kahhhh... selamat memerintah datuk seri.
akhir kata aku berdoa kalau dia betul Kau tunjukkanlah yaAllah, kalau dia tak betul Kau tunjukkanlah yaAllah... amin...
Comments
K Bai
(>,<)