assalamualaikum. selamat hari raya korang. maaf zahir batin. so tanpa melengah masa lagi, mari aku share dengan korang cerita hari raya keluarga kitorang. tahun ni turn beraya kat perak. cuti yang di apply adalah sebanyak 4 hari. haa motif kan bagitau. so total hari kitorg berada di kampung adalah 8 hari. mmg biasa kitorg akan cuti lama bila time raya. paling lama pernah 10 hari. so kronologi beraya di perak adalah seperti berikut.
Rabu (15/7/2015)
kitorang gerak malam rasanya dalam pukul 11 malam. tu padahal dah packing siap dah a day before. still gerak lambat. ada je benda nya x settle. loading barang dah sekian. dengan berkotak- kotak kuih raya, hamper raya semua nak dibawak balik. tapi memang target nak sampai rumah at least sahur. sebab dah order dengan mak sup tulang. siang tu diorang dah process tulang and buat sup. sedap wei. dok teringat lagi.
tu dia adik aku whatsapp tunjuk 5kilo tulang. by raya pertama settle dah semua. semua pakat membaham tulang.
balik malam tu memang jalan jem tapi macam biasa aku co-pilot yang berwibawa membuta aje. sedar dah exit tapah. wan suruh aku drive. masa tu pukul 4 pagi. dia cakap ada sejam je lagi nak bagi sampai rumah. gilo! aku pun apa lagi, fast & furious la di awal pagi tu sampai lah rumah pukul 5.15. alhamdulillah dapat sahur makan sup tulang mak.
Khamis (16/7/2015)
dah hari seterusnya kan. sehari sebelum raya. lepas sahur tak tido sah. lepas subuh baru tido. kahhhh... sahur tu sempat pasang langsir. ada mak aku tambah 2 bilik. sebab ahli keluarga dah besar, bilik kelamin kena banyak la. cakap kat mak, orang duduk dalam rumah mak, bukan luar rumah. kahhhh ater mak aku pi pebesaq car porch. so nak dekat raya sinonim dengan pasang langsir.
akhirnya cik ina diorang tak hidup merempat. kalau tak, dia lah kena campak sana sini. skang tak yah pening, dah ada bilik sendiri. ni muka budak2 baru sampai rumah atuk dgn opah.
then cam biasa acara menyediakan juadah hari raya. lega banyak kali ni sebab takde lalat. bukan musim lalat. kalau musim banyak lalat, memang tambah menu rendang lalat.
untuk membolehkan aku boleh tolong mak aku, aku kena alihkan perhatian pakcik ni dengan bagi ipad. tidak, memang tak jadi keje. dia tak mau kat orang lain. nak ke mama je. bagi gadget settle. gencatan gadget dah lama dihapuskan sejak bulan puasa. tak larat nak handle anak bujang aku sorang ni. tengah melasak.
alhamdulillah telah diumumkan esok nya raya. selesai sudah ibadah puasa untuk tahun ni. selamat mengganti puasa 5 hari kepada aku. pasang pelita. budak2 menuntut nak main bunga api lah apa lagi.
rafa bukan main bunga api tapi nak pegang api.
dua pupu niadel yang baru sampai pun join sekali.
malam raya baru adik aku dgn wife dia balik. sebelum tido masuk kan kuih raya kat balang. meh tengok jumlah kutipan kuih raya kat rumah mak aku tahun ni.
ha kau hamik!! so selesai sudah sehari sebelum raya punya cerita..
Jumaat (17/7/2015)
hari raya sudah. semua orang bangun awal pagi. pegi solat sunat aidilfitri. sebelum tu sarapan dulu dengan juadah hari raya. mak aku masak lontong, rendang, kuah kacang, ada laksa. aku tak pegi lah, menyiapkan anak3 sebab nak pegi rumah opah awal sebab haritu kan hari jumaat. nak kena balik solat jumaat lagi.
anak dara kami dah siap. baju repeat pakai masa kenduri kahwin adik aku. so tak kalut nak mencari baju raya kitorg ni. aksesori rambut raya pun beli baru.
anak bujang kami pun dah siap. kemain lentok lagi berposing. ni je lah gambar senyum. lain semua gambar sentap
mana yang siap dulu jalan dulu. gambar bedua di pagi raya wajib. nanti aku cuba korek gambar setiap tahun. so tgk lah sape makin mengembang. aku la tu kan..
hero2 dalam keluarga. kemain payah nak suruh si rafa pakai songkok. pakai cicah2 je.
perempuan2 melayu terakhir dalam keluarga haji anuar with the latest edition adik ipar aku.
sessi salam bersalaman bermula. dengan opah nya baru nak masuk duit dalam sampul. memang delay lah kan. gigih photogrpaher2. dengan dslr nye, hp nye gopro nye. gigih.
disebalik sessi.. banyak camera banyak benda boleh snap.
last but not least sebelum keluar rumah. dengan semua family member. itu pun jenuh. si amalina membela tudung dia. terbang lah apa lah. stress haku. ni 1 of the best photo pilihan aku. sebab rafa elok bersongkok. lain semua haru biru. color baju ni bukan grey tau, dia mint green.
terus saja ke rumah opah. sampai je memang dah kena tinggal dengan semua orang. diorang dah pegi beraya dulu. tinggal opah je.
tak lama tu datang semua family member tokcu depan rumah. boleh lah catching up kejap dengan semua orang.
abam2 sado tengah menjamu makanan uols. puiii abam sado.
penuh segenap ruang. kalau ada adik beradik mak aku ni mmg tak muat laa.. bila diorang dah gerak, kitorg pegi rumah opah sedara kat belakang rumah..
kat rumah opah esah. penuh juga. jumpa sedara mara aku kat sini.
dah tersingkap sampin. tido dah pakcik ni. lepas tu terus je balik rumah sebab yang lelaki nak solat jumaat. tak sempat beraya kat rumah tok lain.
petang masak2 sikit untuk malam. haa ada mee kari gak. lupa pulak. sebab malam sedara mara belah mak datang beraya. biasa raya pertama gini lah tradisi nye di perak.
malam lepak luar lah makan..
settle semua till midnight. alhamdulillah selesai hari raya pertama seadanya.
Sabtu (18/7/2015)
hari raya ke-2 cadang nak ke rumah tok we tapi tak jadi. sebab adik ayah aku nak datang beraya dari kajang. so lepak rumah saje. then malam officemate aku datang beraya kebetulan dia balik kampung perak jemput dia beraya. then pukul 11 pegi beraya rumah makyong kat belakang rumah. molek tak beraya tgh malam? kita beraya mmg sampai tengah malam.
family pakcik aman..
thanks baya sebab datang dari jauh. wire power bank terkeluar tu ha..
pukul 11 malam beraya rumah makyong. gigih. sebab esok kitorg nak balik kedah dah. adel dah membungkang tu ha.
mihun goreng dgn mee goreng for supper. bedal! walau pun dah tengah malam. thank you makyong.
udah selesai raya ke2
Ahad (19/7/2015)
Raya ke-3 sudah. masa untuk beransur ke kedah pula. gerak pagi. pagi katanya! gitu gini pukul 11 jugak gerak nya. sebelum amik gambar dulu. sebab bersedondon. gigih!
again, baju recycle masa wedding akmal. pakai semula. beli kemeja rafa je.
otw to kedah. jem! masuk ikut jalan dalam. jem jugak. keluar balik hiway. ada accident ropenye. hadoi..
jalan balik ke selatan jem... maybe ramai yang dah start balik and monday keje.
ok, cerita raya di kedah bersambung di next entry..
till then...
Comments
adik alya pas kawen makin berisi plak ye, muahaha! xpe, bahagia katanya :)
along alya turn mertua ek? tgk xde dlm gmbr famili tu
selamat hari raya lg skali. maaf zahir batin.
geram nengok rafa! sbb comel!