Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

orang- orang yang baik selalu 'pergi' dulu..

'pergi' tu letak dalam kurungan sebab bukan pergi as in pergi.. tapi berhenti. bila aku dengar ayat tu keluar dari pengasuh2 rafa pagi tadi, cam tersebak lah pulak. ingat nak biasa2 masa hantar tadi. salam2 say thank you and aku terus pegi keje. tapi bila pengasuh2 rafa cakap gitu kat aku tadi aku cam alaaahai... nak buat macam mana, aku tak mampu nak hantar 3-3 anak aku kat 3 tempat berbeza. semput weh turun naik tangga. memanglah bagus tapi kalau dah pagi2 buta kena buat senaman gitu, belum masuk office make up dah cair. kahhhh.. alkisah, haritu yang rafa masuk kat aman kids zone sejak bulan 2 itu hari, hari ni merupakan hari terakhir dia kat situ. aku memang puas hati dengan taska ni. sesuai lah dengan harga dia. tapi untuk bayar sebanyak tu dengan hanya ada taska je, aku better opt for better option for him. so we have decided to send him to smart reader. duduk sekali dengan kakak adel dia. suruh kakak adel dia responsible sikit. kalau tak, hari2 aku dapat berita d...

raya 2015 : kedah

3 Syawal (Ahad) - 19/7/2015 assalamualaikum. kita dah berada pada hari raya ke-3, kitorg selamat sampai kedah pada jam 3 petang. kalau tak boleh awal lagi. tapi sebab ada accident kat hiway so ada delay sikit. bapak mertua aku suruh balik rumah dulu makan nasi then baru boleh keluar pegi beraya. so boleh solat and tukar baju rafa je. yang lain pakai je baju sama. tukar baju kalu, tak sedondon nanti. kahhhh.. gaya, mutu, keunggulan. presentable katanya. kitorang pergi beraya rumah sedara mara belah arwah mak dia dulu. 2 rumah je pun. rumah maklang dgn rumah acu. sebab selorong. ni dah kat rumah acu. rumah maklang tak amik gambar pulak. sebab baru 1st house beraya kan belum warm up lagi. makan mee goreng. rumah acu ni budak2 suka lah sebab banyak kucing. busy lah niadel dok tawaf pusing rumah tok cu dia. rafa dari rumah maklang dah start tido. sambung lagi kat rumah acu. memang pengsan betul dia. kebanyakan dia pegi beraya kat rumah orang memang behave la dia. tak de lah bua...

senario politik semasa

tiba- tiba kan. padahal patutnya sambung cerita raya. tapi semalam kita digemparkan dengan isu #RombakanKabinet ni. macam mana eh. masa tu aku tengah buat keje then suddenly menderu masuk kat whatsapp list menteri2 kabinet yang baru. dan yang paling mengejutkan ialah our beloved DPM Tan Sri Muhyddin Yassin digugurkan dari kabinet. macam apakah? kenapakah? sebagai rakyat biasa yang tak pernah amik port isu2 politik semasa sampai lah bila isu 1MDB ni timbul aku baru macam apa benda ni? then once in awhile aku dengar lah klip video Tun M, dan menteri2 lain. pasal benda ni.  perasaan dia sama macam pada tahun 1998 bila mana secara tiba- tiba masa tu Dr Mahathir pecat Anwar Ibrahim. masa tu aku form 4. ingat lagi masa tu aku antara yang panic gak lah. masa tu budak2 kan. dok fikir, apa jadi dgn malaysia ni nanti. perang ke merusuh ke. tak lepas tgk tv je. masa tu semua saluran berita telus kan. belah Mahathir ada tunjuk, belah Anwar pun ada tunjuk. sampai kena marah dgn bapak a...

raya 2015 : perak

assalamualaikum. selamat hari raya korang. maaf zahir batin. so tanpa melengah masa lagi, mari aku share dengan korang cerita hari raya keluarga kitorang. tahun ni turn beraya kat perak. cuti yang di apply adalah sebanyak 4 hari. haa motif kan bagitau. so total hari kitorg berada di kampung adalah 8 hari. mmg biasa kitorg akan cuti lama bila time raya. paling lama pernah 10 hari. so kronologi beraya di perak adalah seperti berikut. Rabu (15/7/2015) kitorang gerak malam rasanya dalam pukul 11 malam. tu padahal dah packing siap dah a day before. still gerak lambat. ada je benda nya x settle. loading barang dah sekian. dengan berkotak- kotak kuih raya, hamper raya semua nak dibawak balik. tapi memang target nak sampai rumah at least sahur. sebab dah order dengan mak sup tulang. siang tu diorang dah process tulang and buat sup. sedap wei. dok teringat lagi. tu dia adik aku whatsapp tunjuk 5kilo tulang. by raya pertama settle dah semua. semua pakat membaham tulang. balik ma...