kasut apa ni? ala, kasut macam kat pasar malam tu. hat getah tu. sekali tgk memang tak selesa. 2 kali tgk tak teringin nak pakai pun. tapi masa aku pegi clarks warehouse sale masa bulan puasa tu, masa tgh beratur tunggu turn nak masuk tu, sembang lah dgn 1 chinese lady ni pasal kasut. then dia cakap pasal kasut jelly bunny which dia tgh pakai. dia kata selesa gila but quite expensive. so aku assume mahal macam clarks lah kot. tu yang tak termasuk pun setiap kali nampak kedai tu. nampak pun kat sunway, MV & klcc.
then tadi kebetulan cuti jalan2 dgn kawan aku. ajak lah masuk jelly bunny ni. takde orang so oooo betul lah mahal kot. tapi ada gang boleh lah masuk. tapi biasa lah, asal aku masuk kat 1 tempat yang tak ramai orang je, lepas je aku masuk, mesti berduyun orang masuk lepas tu. aku anggap aku ni, pembawak rezeki. kahhhhhhh self proclaimed. tapi memang betul pun. ok, abaikan.
back to the topic, bila masuk tu, try lah satu kasut, apparently selesa gila2 ok. tah lah, tak jalan lagi. kot melecet jugak ke kan. tapi sales girl tu kata it will become softer. ok fine.
range harga?
tidak lah mahal mana. ada kids shoe tau. aku mmg nak beli utk niadel. harga RM29 je. range kasut2 kita dari RM49 - RM 100++
do i really need a new shoes?
memang lah tak kan. tapi kan, ok confession sikit, sejak aku keje jauh ni, tiap kali bangun pagi aku rasa liat je nak bangun. macam rasa, argh hari baru, nak kena drive jauh, hadap jem, keje betepok tu tak yah cakap lah kan. masa tak cukup, nak kena kejar balik rumah amik anak3. dah dapat balik rumah tu lega gila. bila tido ah sedap nye, bila tejaga kejap2 nak feeding rafa lepas tu rasa argh kejap lagi kena bangun terkejar2 lagi.
apsl aku cite benda ni? so, aku rasa aku perlukan 1 benda yang buat aku excited nak bangun pagi pegi kerja. so, i need a new shoe. hahahahahhaa... ok, alasan tak leh blah. bila ko dapat benda baru tu, ko akan tak saba2 nak pakai. orang utara kata chewi. aku ni tahap chewi boleh tahan gak lah. ala semua orang pun sama kan. sampai satu tahap tu, aku cakap kat wan, saya rasa kena tukar kereta lah baru rasa semangat nak pegi kerja. dia lak kata, kita cat kereta, mesti semangat. aku ni bab accessorizing kereta ni tak minat pun. dapat kereta baru minat. tapi fikir tak nak menambah hutang.
so, skang aku rasa tak sabar nak tunggu hari isnin nak pegi kerja pakai kasut baru. :D
cepatlah isnin. tak saba nak pegi keje. hahaaha.. motip sangat kan!
Comments