Skip to main content

rafa arman dah 6 bulan

pejam celik pejam celik, dah 6 bulan aku beranak kan rafa. statement cliche, oh cepat nya masa berlalu. itu lah hakikat sebenarnye ye tak? masa tak tunggu sesiapa. alhamdulillah sabtu lepas genaplah anakanda rafa arman 6 bulan. 

alhamdulillah jugak misi aku nak menyusukan rafa secara eksklusif berjaya. tak sangka sebenarnya. takde lah tak sangka. sangka je sebab aku tau mmg susu aku jenis banyak. dari zaman nia. yang tak sangka tu, usaha nak menyediakan bekalan susu ke rafa tu. aku ni kategori mak yang tak rajin. asal boleh pun ye. 

bila cite pasal nak handle susu ibu ni kan perlukan betul2 kebersihan dan ketelitian. tapi I've made it through. tu yang tak sangka. and tak lah sesusah yang disangka. ok je. boleh je. senang pun ye compare to susu formula ni. jangan terasa. aku tak meriak pun pasal boleh bagi susu sendiri sepenuhnya kat anak.

masa niadel aku bagi susu lembu jugak. sebab aku malas nak pam. rasa tak pandai nak manage. so tak pening fikir, bagi je susu tepung. settle. time rafa ni, ok lah dah dapat kesedaran. takde sape pun yang encourage aku. diri sendiri je. its all on me. wan? heh, betuah! kalau aku pam tu dapat sikit je dia mula 'banyak tu je dapat??' bole? sangat 'supportive' tapi dapat jaga rafa sementara aku pam tu ok lah tu. tu la sumbangan dia terhadap breastfeeding journey aku ni. owh and of course tukang basuh botol susu.

bila bfeed ni mmg main banyak botol susu lah kan. kat taska kena bagi 6 botol. kat ofis kena bawak 4 botol. total hari2 kena basuh 10 botol. sekian jam pulak tu kan nak membasuh segala. tu yang masa niadel tu rasa alahai leceh nye lah. this time, ok pulak ye. ok je sebenarnye. nak dengan tak nak je. 

1 yang pasti yang membezakan niadel dgn rafa bila menyusu badan secara eksklusif ni, antibodi dia masa baby. kalau niadel almost every month lah sakit. without fail. lepas tu amik masa yang lama sangat nak baik. 

unlike rafa kalau kena serang takde lah nak drag2. and belum penah lagi aku handle rafa ada phlegm. paling teruk pun selsema dia je. batuk pun takde. demam pun jarang. demam sehari je then settle. masa niadel pakej. dgn muntah kahak segala.

aku boleh simpulkan sendiri bila kita bagi susu badan ni, takde lah kahak terhasil. kot. kalau susu tepung kan macam pekat je kan, tu yang cause to batuk kahak. kot. kan? so rasa berbaloi sangat disitu.

journey aku menyusu badan ni berliku jugak....

panjang pulak nak cerita kat sini. next entry lah. 

anak bujang intan payung dah setengah tahun. baru pandai menerap sepenuhnya. lambat bebeno rafa.


say hello to food! gembira makan pisang. struggle nak bagi dia makan ni sebenarnye. macam tak ready lagi ke camne tah. takpe, slow2. kena makan gak rafa ye. tidak kang, ko nak begantung je dengan mama.

cam biasa, mesti nak share gambar niarafadel di usia diorang 6 bulan.

 ha ni lah rupa walker ni masa memula beli. elok lengkap semua. nia dapat walker ni masa umur dia 6 bulan.

then diperturunkan ke adel. ni gambar masa dia 6 bulan gak.

turun pulak ke rafa. walker dah macam hape je kan. redha je lah rafa ye. pink pun pink lah. ni gambar sabtu lepas. rafa genap 6 bulan. apa ke blur gambar ni. papa deme yang tangkap. teruk betul hp nye. kasi buang!

 

Comments

Gieyana said…
Aku nk gelak walker rafa..pink pon pink lah beb..naik dlm umah jer..so redah jer rafa..

Best ko beb dpt bf exclusive for 6bln..aq dpt 4bln jer n now ss dh x meriah psl najlaa x nak suck at all..seyess mmg memerlukan kesabaran bila bf nie..
nad said…
cute nya rafa..!
happy 6months old sayang!
dah makan ek, good, good
makan bebanyak sket tau! :)

bila la dpt jumpa rafa ni
geram sungguh la!
rasa nak geget2, hehe

tahniah gak kat mama niarafadel
6bln dah kan alhamdulilah
diploma la kirenya ye, hehe..
Elyn Sani said…
Happy 6 months rafa!!! Oii pinjam sehari si rafa ko bleh hahaha
alhamdulillah..
ko dpt BFkn rafa smpi skrg..
good job..mmg kena byk bsbr kan bila fully bf ni..
semoga ko berjaya k..

tk per pakai walker pink pon
pakai kejap je..nnti dh tk mau duk kot...hehe..

rafa chubby lg dr kakak2 dia masa kecil2 ye..smngt tul bdn dia..

rafa mkn pisang ye...abg irfan suka pisang gk..hehe.
Iela Fazielah said…
alhamdulillah... 6 bln dah.... xpe.. walker pink pakai dlm rmh je pun..lg pun xlama dia pakai... kejap je tu...nnt umor 9 bln dah jln dah...
congrats! fully breastfeed... setuju bab anak kurang sakit bila fully breastfeed.. kalau ada pun tak lama dan tak berulang.... inshallah usaha itu yang penting. keep easy, semua easy..
Mrs. Simplicity said…
Takde makna nak beli baru beb. Pakai je lah. Haahahah... Alahai takpe. Dpt 4 months pun dah syukur
Mrs. Simplicity said…
Tahun ni kalau kitorg ada buat makan2 sempena raya nad datang tau! Bole jumpa korang jugak. Diploma ye. Heheh.. Kena upgrade lg cert tu. :)
Mrs. Simplicity said…
Sila amik! Nanti rebeh bahu ko makyong!
Mrs. Simplicity said…
Ha'ah dia semangat sikit badan nya compare dgn kakak2 dia. Sbb fully bf kot eh. And makan pun x tolak. Sumbat semua ok je dia. Senang aku. X choosy.
Mrs. Simplicity said…
Amin kak.... Hopefully cepat jalan senang. Tp 6 bulan baru nerap ni. Takpe lah. tak mo besar cepat sgt. Nanti rindu nak ber baby lg. hahaha
Mrs. Simplicity said…
Thanks. InsyaAllah. Mudah2an..

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

Tips ke MAHA 2010

semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni. sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni. datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg. pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut  / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...