Skip to main content

my breastfeeding journey...baru 6 bulan.

mmg dah pasang niat nak cerita bila rafa genap 6 bulan. nak tengok berjaya ke tidak nak breastfeed secara eksklusif ni. macam aku cakap kat previous entry berjaya jugak. and yes perjalanan sangatlah berliku. hampir give up pun ye.

masa mula rafa lahir, aku kan c-sec. so mmg struggle lah kan nak latch kan baby dgn b kita. tapi sebab ni no. 3 aku takde lah jadikan tu sebagai alasan. masa nurse bawak masuk rafa kat aku masa tu aku still on bius lagi. tak boleh bergerak lah half body kan. so nurse letak rafa kat tepi. 2-3 orang gak lah assist. struggle but manage to latch. 

haa dan lagi nak tambah fakta. aku decide nak full bf rafa sebab since dia lahir tak penah minum susu formula lagi. masa niadel kat hospital dah pekena susu botol. sebab susu aku tak keluar lagi. cetek ilmu. anak nangis, panic. sumbat botol settle. so dah tak exclusive disitu kan.

masa tu sebelah je keluar. sebelah lagi tersumbat. masa tu pulak takde pam lagi. nunggu akak aku balik perak bawak pam tah hari kebarapa tak ingat. sementara tu aku marmet je. dalam masa yang sama akak yang mengurut tu tolong urutkan nak bagi bukak saluran yang tersumbat. masa tu sakitnya Allah je lah yang tau. susu tu ada tapi tersumbat. dengan sakit ceaser nye. sakit tek nye. sangat struggle. 

 probably hari ke-3. aku perah pakai tangan je. sementara nunggu medela akak aku sampai. dapat banyak ni masa tu yaAllah gembira. kira macam hmmm not bad eh.

pam sampai. cek lega. sebab nak stimulate sebelah lagi yang dok sumbat tu. pakej dengan kakak aku urut segala. sakit woi habaq hang. bengkak susu jangan main2. mmg antara kesakitan yang paling sakit lah yang pernah aku lalui. pam2 pun ada hasilnya. tak banyak tapi ada.

masa tu jugak aku kena pam sebab rafa jaundice. orang berdarah O kan mmg high risk dapat jaundice. kejenya kan tido je. jangan dibio kan kalau baby tido je. kena bagi dia susu paling lambat every 2 hrs. tapi si rafa ni. asal direct je dia lelap. so bagi botol so susu tu lalu lah jugak. alhamdulillah berkesan and hari ke7 jaundice dah settle. tak yah repeat lagi. tu luka kat bawah mata tu terkena forcep masa nak keluar kan dia. 


lepas seminggu tu jugak masalah sebelah B aku ni settle. and aku pun mula mengepam. makin lama makin banyak hasilnya. supply on demand. tapi kan, kalau aku cerita ni mesti korang rasa aku ngok. aku ada lah simpan beberapa botol stok kat rumah mak aku semasa pantang. simpan kat fridge. tapi, masa balik KL hari ke 20 aku tak bawak balik. rasa tak perlu bawak balik. and mak aku pun pegi clearkan fridge. buang! masa tu serious tak rasa ralat. aku cam what was i thinking at that time??? cetek kan? 

then masa kat rumah sorang2 dengan rafa dok Google pam apa nak beli. betul ke aku nak invest kat freestyle ni. antara pam yang termahal. betul ke aku boleh fully bfeed ni? mampu ke aku manage time segala. lepas timbang tara, lepas fikir2. lepas kutip duit dari ainal dgn along aku (kira hadiah dapat rafa la ni) aku order dengan blogger izzah. glamour kot dia ni. pakar laktasi pun ye. 

rafa belum sebulan aku dah dapat apa yang aku order. and i received all these. selambak. nervous mak. mana satu nak guna dulu ni. ape ke banyak benau barang ni. kalau wan tgk mmg dia pening lah. bukan pening tapi bising. banyak benar gadget ni. so aku google2, rajin kan membaca cara nak buat stok, kekerapan mengepam. start dari situ. 

so aku target hari2 mesti simpan at least sebotol. slowly but surely. sikit2 amik gambar stok susu. mula la si wan menganjing aku. koya katanya. 


tips utama yang apply kat aku. kerap bagi baby susu and kerap mengepam. oh ni masa awal2. tak reti nak pakai double pam. tah macam mana aku tak reti. so aku pakai single je. cam biasalah kan, benda2 baru banyak kena practice. amik masa gak bila nak double pam ni. lama2 baru terror.

 dalam pantang aku manage to collect banyak ni. tah banyak ke tidak tah. tgk pengepam2 tegar yang lain lagi banyak. 


and rafa pun dah start masuk taska. nervous jugak. nervous sesaja aku. awal nya aku sediakan 3oz setiap botol hasil tunjuk ajar kak ila. memula aku sediakan 5 botol. then lama2 pengasuh kata 3oz tak cukup sekali dia minum. sebab dia minum susu laju. so up 4 oz and tambah lagi sebotol. so sehari aku kena sediakan 24oz. banyak tu. pada aku mmg banyak, aku kadang pam 24oz je sehari. kadang 20oz je. mujurlah stok dalam pantang banyak membantu. tapi tak menunjukkan aku kena relaks. kena mengepam la lagi. mmg aku pam je bila ada kelapangan.

kat ofis, dari pada dudk bawah meja kunci pintu, sampai lah tgh discussion pun bole mengepam. sebab kat ofis, sentiasa je kita ni kena standby. kena cari masa. tak boleh tak pam. kurang pam, kurang lah susu. tu je konsep dia. 

benda wajib. nursing cover and pam susu.

stok botol susu pun kena bertambah.

 stok makin lama pun makin bertambah. tak banyak tapi cukup lah nak tampung keperluan rafa.

nak dijadikan cerita, dek kerap mengepam, aku mengalami nipple crack. bukan sikit2. kaw2 punya. baik sebelah, kena sebelah lagi. bila dah crack, pam pun kurang. even pakai tangan pun sakit. disusuli aku diserang mastitis pulak. iaitu demam bengkak susu. sebab susu tak dikeluarkan macam biasa. dia tersumbat. yaAllah satu lagi ujian. 

masa tu aku rasa macam payahnya menyusu badan ni. kalau takde susu takde lah jadi benda2 gini. setan menghasut dalam hati...

pegi klinik, kena amik antibiotik. masalah ni berlarutan hampir sebulan. the crack part. mastitis seminggu jugak. so dalam tempoh tu, kejap je fridge aku dah lompong. sebab rafa punya needs makin meningkat. kalau dulu bagi 6 botol ada lebih 2 botol or sebotol. sekarang semua botol habis. and of course aku kena up lagi sebotol bila dah pindah ofis. 

sampai sekarang aku bergantung dengan krim ni. fobia wei! lepas pam kena sapu and it safe for baby. boleh minum macam biasa. tiub kecik RM29. tiub besar RM49. aku dah pakai second tiub pun. mmg wajib dibawak kemana aje. mintak dijauhkan lah lagi nipple crack ni. sangat terganggu production.

so sampai sekarang masih lagi mengepam. rutin nya, bangun subuh pam. pukul 9 pam. pukul 1 pam. pukul 4 pam. kalau busy sesangat, aku akan pam pukul 12 dgn 5 ptg. tempoh setiap session setengah jam. ada terdetik dalam hati yaAllah malasnya nak mengepam. tapi rasa selfish pulak. kesian rafa. selagi mampu, selagi daya, mmg aku tak escape rutin ni. unfair kat dia. nikmat Allah bagi kan. 

pernah je pam dapat 3oz je pun paling sikit. rilek je. time tu rasa macam, susu berkurang ke. tapi positif je. letih kot. stress kot. insyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku nak extend another 6 months supply susu untuk rafa. mudah-mudahan ye...

hasil pam jumaat lepas sempena genap 6 bulan. ada lagi rezeki. paling banyak selalu 10oz je gitu. takde extra vaganza banyak pun. biasa2 je.

 demi mu rafa, i choose to be fat. hahaha... kena susukan anak selalu, kena kosongkan B selalu, kena makan, kena minum. jangan lah fikir kalau nyusu tak boleh kurus. aku kurus je. cuma tak ramping seperti dulu, kahhhhh..

rafa tgk bola ke bola tgk rafa tu? dengan papa2 ko sekali hanyut sudah...

till then...

Comments

mastitis.. oh! betapa sakitnyaaa. setiap bf journey pasti ada liku2 nya. inshallah pengalaman akan mengajar semuanya. tak lama lagi nak bulan posa.. kena kumpul lebih sikit stok. caaiiyokk!
nad said…
bangga ngan alya!
tahniah!
moga perjalanan menyusu bf pd rafa berterusan hendaknya dan dipermudahkan segalanya...

saya xpenah pam2, mmg direct je setiap masa
tu yg kagum pd mak mak yg mcm alya ni...
bersemangat ak bc n3 breastfeeding journey ko..kena byk bsbr, Allah beri kekuatan utk ko alya..demi rafa...

inshaAllah doakn ak ye..jika diberikan rezeki bb lg..nak fully BF juga..tp entah kenapa..rasa kesian kt Irfan...mama dia dulu dpt kasi bf smpi 4bln je cm tu...astagfirullah , rezeki masing2 kan..

Elyn Sani said…
Tahniah beb!! Aku setahun je fully bf ni aku dh start bg formula sbb x larat kelaparan dan mcm2 hal.
Unknown said…
Huuuu.. Penyusuan burn your calory more tau..

Banyakkan minum air kosong.
Dan selalu lapar bila BF tu psikologi..

Caya lah.. Chaiyok..
izzahazfar said…
akak!

bestnya dah 6 bulan dah!

tahniah!
Mrs. Simplicity said…
Tu lah. Ada baca blog jue pasal mastitis ni sebab jue penah kena. Amik tips dari situ. Actually bukan sekali tau. Tapi 2 kali kena serang. Aduh tak leh lupa kesakitan dia.

Ha'ah bulan puasa tgh risau gak ni. Moga2 berjaya la hendaknya. Kena tingkatkan bacaan.
Mrs. Simplicity said…
Bangga dan kagum gak la sebenarnya sbb manage to go through semua2 ni. Baru 6 bulan nad. Hopefully berterusan.
Mrs. Simplicity said…
Takpe, pasang niat. InsyaAllah boleh, aku tau aku bole. Kena tingkatkan usaha je. Ni pun x cukup kuat usaha ni. Kalau tak sure stok lg meriah
Mrs. Simplicity said…
Ko tu dah lain kesnye! Hahaha
Mrs. Simplicity said…
Thank you for the advise. Masih merangkak bab2 bf ni. Wont stop learning :)
Mrs. Simplicity said…
Jangan gitu zah. Baru 6 bulan ni. Hehehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...