Skip to main content

Minggu terakhir...

Bismillahirrahmanirrahim. Tengok kanan, tengok kiri, ok...mula...

Hujung minggu terakhir berleisure2, hujung minggu depan ada apakah? Sabtu ahad depan kitorg kena datang sebab ofis pindah. Maknanya tinggal kurang dari seminggu lagi aku bole berleisure2 di waktu subuh hari. Lepas ni kalau dulu semua kena cepat, lepas ni semua orang kena masuk gear 5 terus. 

Paling lambat kena keluar rumah pukul 6.50am sebab kena hantar niadel kat sekolah. So by 7am dah dah bole shoot pegi ofis. Kalau lewat dari timing yang trlah dirancang, task hantar niadel pass ke papa.

Untuk itu, teng tereng! Kita beli helmet untuk niadel. Tapi beli 1 je lah. Which x selamat pun. By right 2-2 kena ada helmet. Tapi nak moto be3 pun x dibenarkan ye tak? Tapi comel kan helmet ni? Hehehe kenan awok.

Cumil tak? Aku nak beli kaler pink, mmg tak lah kan papa dia nak, so beli kaler merah matching dengan moto and helmet papa dia. Ingat nak soh wan beli baju hujan utk budak2 ni sekali sekali papa deme kata 'kalau dah hujan kejadah hantar naik moto. Naik kete lah' ok bagus, saje nak test. Kahhhhh..

Seterusnya persediaan nak ofis jauh ni smart tag la kan. Selama ni smart tag ada 1 je. Kalau dalam kete ni, kalau bawak kete tu udah telupa amik smart tag. So beli se lagi untuk memudahkan segalanya. Nak kabo ada 'banyak sangat' kete letew. Lantak kau lah! Selesai lagi errands yang seterusnya.

Satu lagi benda penting yang aku dah settle buat on this weekend, aku dah settle buat blood test. Masa pregnant kan rafa dulu blood test result shows that aku punya antibodi utk hepB dah kurang. So doctor suggest gi amik balik. Then bila fikir2 balik, baru tergerak nak amik jab tu. Tapi kena buat blood test balik. Dari hari ke sehari dok tanggung. Sabtu lepas kena seret dgn tok laki pegi BP health care cek darah. Dapat result esok terus je lah pegi amik jab tu. 

Yang jadi sibuk baru nak gi amik imunisasi untuk diri sendiri tu sebab sabtu lepas gi jab rafa 6 bulan. Tu yg buat terus tu. settle sekian bab jugak. tapi masa gi klinik tu, bagi buku kesihatan kat kaunter sekali bawak buku nia daa.. Bukan sebab confuse birthday sama. Sebabnya mmg tak tgk langsung pun buku tu. Bukak laci terus amik then keluar rumah. So mmg ingat yg atas sekali tu lah yg latest. 

Haa rania ayesha lah pulok. Macam2 hal. Tu namanya sindrom takde air. Aku tak bole lah takde air ni. Serabut alam. Nak buat semua benda pun jadi tertahan tahan. Sabajelah.

Ok, mau tidur sudah. Dah siap kunci alarm ni. Selama ni aku tak pernah kunci alarm. Selalu terjaga paling lambat pun pukul 7 (ye subuh gajah disitu). Kali ni kena lock alarm hp. Kalau terbabas pukul 7 mmg mampus aku. Paling lambat kena bangun pukul 6 pagi. Esok dah start set alarm. Practice awal seminggu. Heheh..

Macam susah je kau ni ofis jauh ni ok ke? Well... Kalau semua benda dalam hidup ni senang, mudah, lancar, tak diduga takut lupa daratan pulak kan? So set dalam kepala, semua2 benda yg jadi ni Allah dah aturkan kat kita. InsyaAllah, dengan izinNya yang susah jadi senang, yang rumit tu jadi mudah, yang serabut tu akan ada jalan nya. Moga dipermudahkan, moga ditunjukkan jalan.

Sama2 kita ingat mengingati ye. Nite! 

Till then..

Comments

nad said…
moga dipermudahkan alya...
take care!
Rizziela said…
mula2 ajer..lepas ni ok la tu

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...