Skip to main content

7th Maternity & Children Expo

memang nak pegi. terketar2 nak pegi. tapi si rafa lak tak sihat since last saturday. mujur harini totally ok so boleh lah pegi. nak cari apa? nak cari 1 benda je. baju kurung or dress untuk menyusu. sebab banyak kenduri kendarat tahun ni, payah pulak nak menyelak kalau rafa nak menyusu. so kena lah mencari kan barang sehelai dua. aku sejak ada rafa ni memang kalau outing pakai nursing wear je. senang. sopan sikit nak nursing in public. tu pasal baju aku rotate itu je adalah dalam 4-5 helai since masa nia. jadi lah kan. 

dari pagi dah siap kan bebudak lepas zohor baru keluar. sampai2 je terus naik ke exhibition hall. agak meriah. tapi cam biasa lah bersempit2 nak masuk. dapat lah cover semua. lepas tu pegi makan konon2 nak naik balik, tapi tak kemampuan pulak. ok lah tu. tapi dapat ke apa yg di aim? aram!! dapat benda lain..

 menungg papa balik dari repair no plate kete vios. tah bila masa kena langgar. masa aku kat ofis. aku tak perasan balik rumah baru wan kabo. tahap bole kena tahan jpj lah kalau tak diganti. sape la punya keje melanggar kete aku.

 bila ada baby ni, suka je nak ke sini. kalau takat besar niadel takde benda kot. untuk yang pregnant and yg ada infant macam kitorg ni sesuai lah. mostly barang baby. botol susu, barang2 nursing. baju bajan baby2, susu, pampers, yang nak simpan stemcell, stroller, cot.  gitu2 lah. 2-2 hall penuh.

mascot stem life. adel tumpang amik gambo.

konon nak naik balik tadi nak beli benda ni, tapi tak rajin. dah lama nak beli pool utk niadel. almaklumlah, mama mmg tak suka pegi bawak budak2 ni pegi water theme park. kita ber theme park kat rumah je lah. tapi tak terbeli. hat ni harga nya rm150.

hat ni menarik sikit. harga rm200. tapi tah, tak terbeli sebab masa tu nia dah bising nak makan chicken rice shop.

ke chicken rice shop kita. papa nak burger king. mama nak chillis. anak nak chicken rice shop, ikut kan anak. bagus, service sangat tip top. yang tak tip top nya anak2 aku. asal baru nak start makan nak pegi toilet. stress!!! toilet kat MV ni kena beratur. jauh lak tu. potong mood nak makan.stress!! 

balik dalam kereta sudah pengsan.

beli ni untuk rafa. bagus2 lah barang2 baby brand ni. aku bekenan betul travelling set utk prepare food utk baby. harga rm90. tak terbeli gak. sebab tak terfikir nak beli pun lagi. nanti nak riki2 kot ada jual online.

haa hat ni dah lama usha online. tapi tak terbeli. akhirnya, ada jual kat sini. and ada arsenal yang dah lama papa dia cari. and of course romper born in perak. as rafa was born in perak kan. 3pcs RM50. balik perak esok kita pakai ye rafa.

 bole lah pairing dengan anak bujang dia lepas ni. mama pun kena lah ada sepasang gak. tak nak hat fake. nak hat ori macam papa punya jersey. bole??

ini pun mmg plan nak beli. mesti melambak jual. ingat nak beli botol. tapi tak jadi. beli plastik je lah. sebab bahagian beku fridge aku dah penuh. takde ruang nak letak barang basah pun. so beli plastik je lah.

hampa sebab kat mumdreams takde jual kurung or dress. beli lah 2 blouse ni sebab less 70%

penat bejalan, pengsan dah dia... tapi dah bangun sebab rasa macam at stadium nengok AJL. 

go hafiz!!

Comments

Rizziela said…
mana baju anak dara nyer
shark said…
ingat nak pegi jugak tp malas nak bersesak pulak hehe..
maka x jadi ;p
eiman's mummy said…
comel je tgk niadel pakai skirt...cahaya xnak....wan suka girl pakai skirt..
eiman's mummy said…
comel je tgk niadel pakai skirt...cahaya xnak....wan suka girl pakai skirt..
mmg geram kn tgk brg kt bb fair ni..
tggu next bb plak la..ak nk gi fair2 gini..
dl masa time irfan..mmg mls nk bersesak..
tp kt png..rasanya jarang buat fair gini..

bam2 tul rafa ni..ketul2..geram haihh..
Owhh! Betul la asben jue nampak alya kat sana :)
Owhh! Betul lah asben ju nampak alya kat sana. ;)
Sheila Salim said…
Assalamualaikum. bestnya. sheila tak dapat pergi, gaji lambat sangat. hihi. comelnya anak. kak, tahu tak mana2 tempat jual nursing maternity? sheila nak beli, tapi cari kat website semua rm50 ke atas. memang normal harga dia mahal gitu ekk? btw salam perkenalan (",)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...