aku pernah sekali je belikan playdoh untuk niadel. sebab serik. serik nak mengemas. aduh2, jenuh weh. jenuh kejap2 nak menyapu. tapi katanya dah janji nak beli playdoh kalau dapat 100 bila exam. bukan kata nak bagi playdoh. aku bgtau akan bagi apa2 yang diorang nak. so haritu pegi jusco dgn parents aku sebab mak ayah nak beli vakum robot macam kat rumah aku, bawak pegi toys department, tak toleh hat lain, terus capai playdoh.
tapi....
tapi bersyarat. tak boleh gaduh! tu je syarat aku. aku kalau deme gaduh aku mula serabut. tak pernah tak bergaduh. semua benda nak gaduh. adel lg haru. kalau ko cakap tonasi lain pun dia bole nangis. kakak dia lagi. selalu cakap "nanti kakak tulis adel busuk. nanti kakak lukis adel ada janggut" cakap gitu je dah melalak. mau aku tak temper. becakap pun boleh jadi gaduh.
makanya, kalau aku dengar ada yang menangis je. dengar ada yang pukul sape2 je. mama tak bagi main playdoh.
ni lah contoh pergaduhan. ngadap rezeki pun bergaduh. color pinggan pun boleh jadi bahan.
ni last weekend dah kat jusco balakong teman opah dgn atuk beli vakum robot. baik je kan? nak playdoh tak??? senyum je ye..
opah dgn atuk khusyuk dengar instruction camne nak guna vakum ni. aku mmg niat nak buat 1 entry pasal vakum robot ni. mmg ada yang bertanya sebab aku mmg dah agak lama pakai benda alah ni. nanti lah ye. ada masa aku review. or senang cakap, suruh wan review. dia je yang guna. aku, nak tekan button on pun tak rajin :D
then pegi beli playdoh. dari dalam kereta, dah senyum je budak be2 ni. adel kalau hati senang siap nyanyi2 lagi. sekali balik rumah diorang bergaduh. mengamuk lah aku. aku amik playdoh baru beli tu, amik plastik sampah hitam, campak dalam tu. tekedu masing2 besendu dgn opah diorang. nasib opah ada ye. kalau opah takde, pergi lah membawa hati yang luka tak dapat main playdoh. malam tu tido lah dengan opah dgn atuk budak bedua ni.
rafa cam biasa, baik sokmo. belum pandai gaduh lagi ye tak?
ni the next day, subuh2 dah kecek mama dah buang ke playdoh? aku jawab hmmmm... kalau nak mama amik balik, jangan gaduh, jangan kacau rafa. haaa... aku rasa haritu sangat lah bahagia nya. takde bunyi langsung budak be2 ni begaduh. adik diorang pun tak menangis dek kena usik dgn kakak nya.
kat atas tu biasa nya mmg aku tak bagi diorang baring sebelah adik, tidak ada je. tangan masuk mulut rafa, gosok2 kepala rafa, korek telinga kkorek hidung rafa. tapi haritu, elok je landing langsung tak usik adik dia. aku ni perati je kan.
dah dekat tgh hari tu baru aku keluar kan apa yang ditunggu2. kejam ke cara aku? ok kot kan? the advantage is rumah aku sangat aman dan sentosa haritu. set cupcake diorang nak. tah mende2 lah play doh ni. tapi dah anak mintak, bagi lah kan. lagipun kesian diorang cuti sekolah tak berjalan / bercuti kemana. balik kampung pun tak sebab mama papa busy. so ok lah, bagi diorang aktiviti sikit. behave sampai kesudah ni. langsung tak bergaduh.
part ni paling best ni. tidak lah aku kejam sampai macam ni. lepas main siap sapu ko. dah tu siap pakej dgn lipat balik meja simpan bawah katil sendiri. wahhh bagus anak2... baik kakak baik adik. tapi cam biasa lah, mesti lah finishing tu kita kena buat. tapi dah ada effort tu dah cukup bagus. so diorang tau, nak benda2, kena pe'el elok, kena main elok2, kena kemas balik.
ada lagi satu aktiviti yang buat diorg behave / tak gaduh. semalam masa keluar, adel mintak cat. aku cam apekah? cat kertas dia cakap. water color lah ye. pegi MPH nak cari buku peter & jane nia, nampak set ni. lebih proper beli benda ni je kan? 1 set senang. 1 buku RM8.90. boleh beli kat MPH. so malam tadi ada lah aktiviti yang boleh buat kan anak2 aku ni duduk diam tak menyepah, tak bergaduh, tak kacau adik.
Comments
Bagus gak camtu kan alya
Bukan kita nak dera anak
Tp biar dorg tau..
Cth cam zakwan ni la
Nak main, nak tgk tv
Maknya ckp, klu nak tgk tv, mainan kena kemas balik
Klu x xyah tgk tv
Sampai skrg pun dia gitu
Elok je dh tau tugas
Tp si nayli ni lainnnn
Dah suruh2, abgnye jugak yg kemas..!
Dia wat dunno jek
Geram!
N comeynyer rafa..rs mcm lama x tgk dier..:-)
nad : nayli kecik lagi tu nad. abg zack mmg lah behave. niadel ni susah sikit. bab menyepah laju. bab mengemas mmg kena suruh banyak kali.
gie : baju mana satu ni beb? baju polka dot tu brand miki. jusco. dress princess merah tu opah diorang beli kat rumah mode bandung.