Skip to main content

penutup cerita 2013

weekend lepas balik kedah. sejak lahirkan rafa, ni lah first time balik kampung. balik rumah tokwan. rafa belum sampai kedah lagi. cam biasa adhoc decision. kejap balik, kejap tak balik, kejap balik pukul ni, kejap balik pukul tu. tu lah laki aku.

so, jumaat petang tu baru wan kabo balik. mesti tak packing lagi. tapi nak jadi cite, anak3 aku tak sihat pulak. yang paling dirisaukan rafa lah. and adel. berjangkit dari papa diorang. papa diorang bawak virus dari office dia. eiii geram!

hari jumaat tu lepas balik keje bawak niarafadel ke klinik dulu. anak dah 3 ni kena ajak apak dia sekali pegi. tak terhandle aku kalau pegi sorang- sorang. so ke klinik kita dulu. rafa hidung dah tersumbat. dah batuk sikit2. and kahak. cepat betul rafa sakit. not even 3 months. kesian sgt aku tgk. kita bila anak sakit umpama separuh jiwaku pergi gitu. kan. stock up ubat siap semua sebab nak jalan jauh.
.
then baru packing barang. bayangkan dari lepas maghrib sampai nak start maharajalawak mega tak sudah2 kemas lagi. ya ampun mmg sgt haru biru. letih pun ye sebab baru balik keje kan. dan lagi layan MLM.
sebab first time balik kampung kan nak balik lama mesti lah risau stok susu yang ada ni kan. rumah aku biasa je jadi letrik tendang bila guruh kuat sangat. stok takde lah banyak mana. tawakkal je la. balik dari kedah semalam terus fokus ke dalam rumah masa wan nak bukak lampu rumah. lega takde masalah tu.

oh, macam ni pun ada yang kata banyak. tanya apa petua banyak susu. aku tak de petua pun. aku mmg dari zaman nia mmg banyak susu. tu confident beli medela  FS. rajin pam je kot petua nya. tu lah banyak susu. ko tak pam, mana nak dapat banyak stok ye tak? masa niadel takde kesedaran nak fully bf. tiba hat bongsu ni baru mai hidayah. moga bole sustain sampai 6 bulan. target sikit2 dulu. success 6 bulan kita up lg ye dok?

lari tajuk itu mmg lah aku. itu biasa. so, sampai habis semua peserta maharaja lawak mega perform lah baru kitorg keluar rumah. dalam pukul 12 mlm. kitorg mmg gerak malam. tak lah rasa panjang perjalanan tu sebab aku kan membuta je dalam kereta. kahhhhh..

 masuk dalam kereta.

few minutes later. zassss tido. tapi tu lah, hidung dah start sumbat time ni. jenuh lah sikit. aku kena tinggi kan kepala dia all the time. ubat pun dapat yang cairkan kahak je. ubat selsema dengan batuk tak boleh bagi lagi. and aku standby pcm (ubat demam).

pukul  12 gerak, subuh baru sampai. macam balik kelantan. en driver kejap2 berenti tido. rupanya silap makan ubat. ubat selsema patut makan yang siang punya, dia pi makan yang malam. makanya mengantuk lah jawabnya. aku ok je, lagi sedap tido2. anak3? pun lena jugak. ngam2 lah sampai pun dah siang. 

masa tu first thing to do is cari pam nak kena pam. rasa nak meletop je sebab rafa tido je sepanjang jalan. jaga pun kejap2 je. nyusu pun sikit2 je. amik bag pam dulu kita.

sekali apa jadi???? ko tgk tak apa yang kurang?aku dah aduhai jem terus!!!! ye lah, last minute packing. itu nak bawak, ini nak bawak. tertinggal corong kat rak pinggan. aduhai... aku dah stress dah time ni. makanya perah manual lah. adoi lah... stress... lepas ni bia tinggal henpon jangan tinggal pam. aje gile dibuatnye..

bestnye balik kedah ni aku cukup rehat. sebab aku tak buat apa. kelek anak je. hehehe.. niadel pulak mmg dah telepas dgn makcik2 dia kat sana. so aku dapat tidur yang paling berkualiti sejak melahirkan rafa. time ni rafa dah start tak selesa. aku ni lagi lah kan, pam tak bawak, anak tak sihat nak kena bedakap je. nak perah manual mmg lah tak berkesempatan. adel pun boleh tahan batuk nya time ni.

ni malam sabtu. boleh senyum lagi time ni. tapi bila sedut hingus dia akan melalak sekuat nya. sebab aku sedut pakai alat sedut kat bawah ni. mmg keluar habis bila sekali sedut tuh.

takpe lah tinggal pam pun. yang penting, kit kesihatan anak2 aku tak tinggal. aku pakai tempat sedut yg kaler biru depan tu. klinik bagi. ubat tak dapat, tapi aku dapat benda tu. so setiap kali nak nyusu aku kena spray hidung dgn sterimar then sedut. lepas tu spray lak iliadin 1 kali. ni aku jarang guna. kalau betul2 tersumbat baru guna. and also vicks untuk baby. sapu kat dada dia. 

apekah paklang ainal perak buat kat kedah? turun kedah rupanya ada wedding. mak ayah aku pun ikut sekali sebab ada hal. opah dgn atuk, berjalan saje ye. singgah jumpa besan.

malam nya rafa tak tido langsung. kejap2 dia nangis, kejap2 aku sedut hingus, aku dah tak ketahuan  lah sepanjang malam. again, pam oh pam.... adeh...

siang nye wan decide kita balik haritu gak. ada lah few matters nak disettlekan. siang rafa tido kejap2 je. 

adel pulak bole tahan cranky gak. letih dibuatnya. ni suruh letak adik atas riba lepas tu ditekup mata adik dia.

 pencinta kucing adel ni. unlike nia, anti kucing macam mama dia. camne nak baik batuk tu dedel? tak kemana lah balik kampung kali ni. patut nak join family wan merisik adik ipar aku tapi tak dapat jugek. nanti betunang lah jumpa bakal biras aku. 2 orang adik ipar aku nak kahwin dah. masitah bulan 3, ali lak insyaAllah hujung tahun. moga dipermudahkan semua ye. yang penting, bialah anak3 sihat.

condition rafa yang makin merisaukan pada hari ahad. tapi mampu senyum sikit2. suara dah habis sebab nangis every time mama sedut hingus dia.

kitorg bertolak pukul 12 malam jugak. sebab wan tgk bola. cam biasa, semua tido sepanjang perjalanan. dalam pukul 5 pagi sampai rumah.  budak3 segar bugar  lah. 

apparently, bila sampai je rumah, rafa tido kemain lena. adalah berjam2. padahal hidung sumbat lagi tuh. aku nak meniarap kan dia, tapi doktor kata tak payah nak tiarap kan dia, tinggi kan kepala je. so tgh lena tu, dan lah melaundry lepas subuh. settle sidai, niadel dgn aku pengsan. then bawak rafa pegi klinik.

ingat nak pegi klinik pagi, tapi tak dan sebab klinik tutup pukul 1 then bukak pukul 6 pulak. so lepas zohor pegi mines kejap. wan pulak spek nye patah. tahun baru spek baru dia. bukan 1, tapi 2 tuh. ni kat mines lah, rafa elok je tido dalam stroller. 

sementara tunggu klinik bukak, lepak starbuck kat mines. sian niadel no holiday this year. this is how we spent our year end of 2013. sakit na hati ni nengok frappuccino wan itu. takpe, sobar. 12 hari lagi ye. 

sampai klinik, terus jumpa doktor balik, doktor dok aiyoh2 je lah tgk rafa's condition. aku bagitau lah. dia cirit birit. and dah start demam. aku bagi pcm jugak. bagi pcm kat baby tak boleh selang 4jam eh? kena 6jam. aku baru tau gak ni. so doktor cakap ubat e-zyme (ubat cairkan kahak) yang sebabkan dia cirit birit. so stop amik e-zyme. ubat selsema dgn batuk mmg tak boleh amik jugak. terus je dapat antibiotik.

oh my, he's not even 3 months dah kena on AB. tak pernah dalam sejarah anak2 aku baby2 kena amik AB. sepemahaman aku kalau amik AB ni, antibodi budak akan turun. its not like that sebenarnye. sebenarnye AB yang diberi tu adalah untuk membunuh bad bacteria. on top of that dapat probiotic untuk aktifkan balik good bacteria. so memula bagi antibiotik selang 3 jam baru bagi probiotic.

bertambah lagi ilmu perubatan. sejak2 ada anak ni semua2 benda ni kena tau. so kita tau bila masa yang perlu kita kena bertindak. gitu. so doktor suruh datang balik esok (harini). balik je terus bagi AB and PB. alhamdulillah, he can sleep through the night. minum pun ok. lega banyak disitu. malam aku pulak rasa tak sedap badan. sah lah berjangkit dari rafa ni.

pagi tadi masa nak repeat jumpa doktor. dapat tgk dia senyum balik. tapi bukan lah fully recover. at least dia boleh minum susu and boleh tido. setiap kali nak minum susu masih kena sedut hingus dia. aku pun amik ubat aku.

dapat jugak ilmu pasal mak yang menyusu ni kalau sakit whether bole consume ubat ke tak. doktor kata kena tgk ubat lah. tak boleh terlebih dose. reason being, kalau makan ubat yang normal dose kan akan jadi susu kita kan, bila baby minum, heart rate baby akan naik. makanya dapat lah dose budak. takpela buat alas. 

kita sakit mmg jem, budak3 tetap kena uruskan. ni boleh membebel panjang ni ok la ni. tapi tak sedap badan lah. hidung pun sumbat sebelah.

betapa kuatnya virus yang berada di persekitaran kita ni ye. kesian ke budak2. pengajaran, sape2 sakit lepas ni sila pakai mask kalau nak dekat dgn budak2. or else tak yah dekat / pegang budak. kesian tau. dah apak nya punca tak kan tak dekat ye? sila pakai mask lepas ni ye bang! awak tu forever selsema. sian ke anak3.

tadi lepas pegi klinik, terus masuk ofis. ok lah, rafa behave je. takde melalak2. time sedut hingus je nangis. lepas tu diam je. hopefully by next year rafa sihat so khamis boleh hantar taska balik. sebab mama pun ada meeting opening 2014 tahun depan ni.

khamis jugak niadel start sekolah. aku cam biasa, takde feel sangat sebab diorang hari2 sekolah. 2015, sure aku huru hara sebab nia masuk darjah 1. probably i will be using my 54 balance of annual leave untuk cuti banyak2 hantar nia masuk sekolah rendah. ewah. gila banyak kan cuti aku? boss tak bagi cuti banyak2 sangat.

ok, ni lah penutup cerita 2013. tahun paling sikit entry. dek membawak rafa dalam perut. alhamdulillah, wishlist 2013 dapat. wishlist 1 je. nak menambah ahli keluarga. dah dapat pun. dapat pulak anak bujang. syukur. Allah bagi apa yang kami nak. ni sakit kat hujung tahun ni makna Allah ingat ke kita. nak hapus dosa2 gamaknya. 

azam 2014? sama je macam semua orang. cliche. be a better person. tapi wishlist 2014 yang utama, nak full settlement 1 kereta, and and and and ...... nak kurus!!!! like seriously aku kena menguruskan diri aku. kalau ada rezeki lebih nak buat lasik mata dgn prof dr muhaya. 

akhir kalam, welcome 2014!!!

umur papa? 32 tahun
umur nia? 6 tahun
umur adel? 4 tahun
umur rafa? 1 tahun
umur mama? ko tanya nia, nia jawab 18. :D

till then... assalamualaikum

Comments

Selamat Tahun Baru..2014
Elyn Sani said…
Happy new year beb! Ko jgn lupe mnm or mkn vitamin c yg 1000mg tu. So bile bf rafa dpt la skali. Aku amal kan tu je bila wafiq ngan daddy nye kene flu batuk. Alhamdulillah ssh faiq nk kene. Dh la abg dia kuat gomol adik. Aku terjerit2 ckp jgn cium dia buat derk!
Rizziela said…
amboi Nia..mudanyer ibu yer...
fiza tajudin said…
aly, ko bawak budak3 g kids clinic lg ek? mcm nk try, tp x sanggup mhadap jem sana. hohoho

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...