weekend lepas sabtu mmg jadual penuh. mak dgn ayah aku datag lagi. mmg kalau cuti sekolah je almost every week turun kl. niadel suka. aku ni lagi lah suka. mak aku dtg rumah mmg kesian tgk aku huru hara dgn anak3 agaknya. mak aku tolong lipatkan kain betimbun, kemas peti sejuk, tolong masak. wahh rasa teratur je hidup. tu lah mak kan? patut kita layan mak, ni terbalik pulak. mak aku ni nampak kesian tgk aku sejak aku beranak 3 ni. risau je mukanya. aku rilek je. well, mak will always be mak even kita dah besar panjang dah ada keluarga sendiri. tq mak. sayang mak.
so, mak ayah aku sampai jumaat malam. sabtu pagi siap2 nak ke kajang. pakcik aku, adik ayah aku masuk rumah baru. ada kawasan perumahan baru kat kajang. sentosa height nama dia. mmg strategik lah. berdekatan dgn hospital kajang, SKK tu, sek yu hua tu. yang dok kajang tau lah kan. nak beli kicap kat metro point je.
so it is a new place. semua baru. dalam waze tak tau lah ada ke tak lagi. haritu pegi tak waze pun, sebab mmg tau kat area mana kan. lagi pun jalan dgn apak aku tak yah pakai waze. ayah aku mmg gps paling terror dalam malaysia ni. ewah. kitorg sampai dalam pukul 12 kot. orang tengah baca yasin. rumah baru pakcik aku ni sangatlah wow!! sampai nia boleh mengeluarkan statement bikin panas line
"mama, kenapa rumah granny cantik rumah kita tak cantik" boleh??? jom check it out.
tu pasal lah nia cakap gitu kat aku kan. sentap!! kitorg kalau dapat rumah macam ni, cari anak3 confirm tak jumpa. very nice kan?
ni kat tingkat 1. terletak nya kitchen dgn bilik2.
first time rafa jumpa nenek2 belah atok.dengan neksu & nenek liza.
sorang lagi nenek ngah. masa ni lelaki kat tingkat bawah tgh baca yaasin
lepas tu makan time. juadah mmg kena dengan tekak lah. nasi putih, masak lemak udang + kacang buncis, ayam masak kicap, ikan tenggiri masak sambal, sambal jawa, ulam2an. and pelbagai dessert.
rafa yang kejap bangun kejap tido.
rafa dgn aunty noran and yusuf. sentap je muka yusuf nampak mama dia pegang baby lain. hehehe..
tuan rumah yang pakai kemeja pink yang tengah berdiri tuh.
alahai manja nya rafa dgn wife sepupu aku. time ni dok kepung 2 orang lagi yang tah kemana- mana dah. ater banyak sangat tingkat kan.
haaa buat dah. dah ada projek. sofa baru tu adel oi. korang pegi susun tengah2 bandar tu dah kenapa.
lepas tu lompat2 atas tu. boleh?? harvey norman tu niadel oi. bukan cavenzi. sedap je kome pijak2!
diorang kalau kat sini mmg syok lah. ramai melayan. sepupu2 aku ramai yang besar2 paklang dgn cik ina diorang. mmg naik lemak lah. lagi pulak papa deme takde, lagi lah yeay papa takde! mari kita tak behave bagi mama penat!!!
akhir kalam, tak kisah lah rumah besar ke kecik ke yang penting suami anak2 kita ada dekat dgn kita kan dan dipenuhi dengan kasih sayang. wahh gitu! ok serious, betul lah kan? thank you pakcik aman & makcik ezan. mintak maaf sebab anak2 adik meng huru hara kan rumah baru korang. rumah pakcik makcik tersangatlah awesome. tahun bila nak merasa rumah gitu? zaman sekarang ni nak beli sebiji rumah pun boleh berjujuran air mata. maka, kita duduk je lah rumah kat LEP 3 tu sampai ke tua. dah dapat rumah sendiri pun dah besar rahmat kan.
kejadah gambar out of topic ni? wan takde masa kenduri tu. berkhidmat untuk negara katanya. kena kerja. sabtu ahad. ada comic fiesta event namanya. ramai ye orang suka comic2 ni. aku ingat baby fair, book fair je penuh.
Comments
very nice...tenang je duduk sini..hikss
alhamdulillah dh ada rumah sdiri tmpt berteduh kan..
elyn : ye! mmg center lah kak. maka harga kena lah setimpal ye tak?
zura : tu lah kan? bersyukur dgn apa yg ada. :)