Skip to main content

ok ke?

aku rasa blog sekarang ni dah tak berapa relevan dah. sebab ada banyak lagi medium lain untuk update pasal kehidupan seharian. i.e facebook / twitter / instagram. aku banyak mengoya di IG. cepat, mudah dan ringkas. tapinya, whats the point of having a blog? berbalik kepada tujuan asal despite of having a follower / reader, blog is like diary for me. makanya, tgh2 free ni moh le kita cerita2 sikit dalam ni untuk tatapan / bacaan anak3 bila deme besar nanti. skang anak3 ye. tidak lagi anak2. gitew!

so, ok ke? dah almost a month beranak. and almost 2 weeks duduk rumah sendiri. ahad depan cukup 44 hari. lepas 44 hari dah boleh makan macam2. cumanya pantang ais / sejuk2 100 hari. tak sabar weh! 

dari kesihatan pulak alhamdulillah, ok dah kot. cuma bengkung aku tak pakai lagi. maka masih kembang lagi. aku ingat naik kerja nanti baru aku balut badan aku dgn korset. sebab rasa lasak sangat this time so nak bagi luka dalam tu betul2 sembuh.

niadel ok? ok je diorang. masing2 behave je. ada lah time rasa nak hangin je. tapi budak kan. ko nak harap apa? so semua ok2 je. sekarang niadel tgh busy nak concert next sunday. so hari2 balik rumah practice nari memacam lagu. nia this year sampai 3 performance. bia betul. macam tak caya je. dia kan mcm memalu2. tapi dgn kawan2 ok kot. tgk lah mana rupa nanti kan. adel macam biasa, miss diva. bab2 belajar, ok je memasing.

 latest them. kakak dedel gembira dapat skirt baru. dari sebelum raya haji mintak tu. baru last weekend dapat. besar dah kan anak2 dara kami?

gambar kat nursing room jusco balakong last saturday. orang dok dalam ni nak diam2 tapi budak be2 ni kemain lagi bising nye. tak tenang baby2 dalam ni nak menyusu. adik korang je immune.

laki ok? ok je. boleh diharap. habis ko nak harap sape ye tak? yang penting, achievement sejak  beranak 3 dah pandai beli barang dapur sendiri. selama2 ni mmg dgn aku je. tapi sebab aku dalam pantang, aku suruh dia belikan sayur ikan semua. tapi ko kena precise lah. ikan tu bape ekor. dia akan beli exactly apa yang ko kirim. tapi haritu aku kirim ikan kembung, dia bole call kembung sama dengan cencaru tak? adeh suami! lepas ni boleh suruh pegi pasar borong pulak ye? hehehe..

2 budak botak. ramai dah cakap muka macam wan. meaning that muka macam kakak nia. amik lah korang muka macam bapak korang. *sambil mak ko tgk luka ceaserian yang panjang dan sakit ini*

rafa ok? ok sangat! mungkin masa aku mengandung bermacam dugaan aku hadapi, then nak beranak pun susah. lepas dah beranak seminggu aku suffer sakit. sakit yang amat sangat. nak dibandingkan masa nia punya ceaser dulu. nanti aku cerita. lepas dah ok, aku dah sihat. alhamdulillah rafa, baby yang sangat mudah dijaga. makin besar, makin senang. moga sampai ke besar lah begitu hendaknya.

kalau pagi2 aku akan hantar niadel pergi sekolah. kalau dia tido ok lah, even kalau dia berjaga pun dia tak bunyi. masuk kete mesti tido sendiri sampai lah balik rumah balik.

dalam kereta kalau bejaga, pandang view luar.

sampai rumah, selalu dia berak, so aku mandikan siap2. lepas tu dia akan tido balik or kalau berjaga pun, dia tak lapar, dia akan dok diam2. sempat lah aku basuh kain, makan, masak and so on. nak update blog je tak sempat. bukan tak sempat, aku rela ngadap muka rafa setiap minit dari ngadap laptop. gitew!!

sampai lah petang, aku sempat masak untuk makan malam then mandikan rafa siap2 sebelum pegi amik kakak2 dia. dah sampai rumah bagi2 niadel makan then tunggu papa balik keje. selalu maghrib time dia tido. kalau tak tido pun tak bunyi. maghrib ke isyak mmg aku pasang surah al-baqarah. tapi tv dok pasang mr arrogant. pe cite?

sejak masuk umur sebulan ni, dia dah tido malam. bangun lah minum susu then tido balik. tidak lah masa kat kampung tak tido2. macam tu lah rutin harian. bila dia baik je macam ni, kita nak hantar taska pun tak risau. kan? kang anak aku melalak2 kan tensi pulak pengasuh. takut jadi lain. nauzubillah...

sebenarnye, tak mencari tempat nak hantar rafa lagi. boleh tak nak bawak kat ofis hari2? rasa sayang sangat nak bagi orang jaga. tapi tu lah, kot tak jadi keje pulak aku nanti kat ofis. dah lah naik ofis nanti LHDN nak dtg audit lagi. kalini dari seksyen petroleum pulak. harem betul. mujur aku dalam confinement boleh request extension. kita nak rilek2 kat rumah pun tak bape rilek mikirkan naik ofis esok macam2 hal. 

haish.. so itu la cerita semasa kami sekeluarga. ok2 je..

Comments

Elyn Sani said…
Meh aku tlg jagakan rafa nak? Bleh buat kwn ngan faiq. Hihi
sara82 said…
capatnya rambut dia tumbuh...lebat..
Ztee_Azwanis said…
resign la... ehehehhehe mana mungkin alya akan jd full housewife kan..
Iela Fazielah said…
alhamdulillah...semua ok... smlm kitaorg nak dtg..sory sgt... skali mak momok dtg smapai jam 7mlm...akak suruh momok msg wan dia xmau..mlm tu kami dtg jam 8 lbh tp korang xde... nnt kami dtg blk ye... geram tgk rafa n adel..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...