Skip to main content

kekecohan hari ini

ok, baru berada dalam tempoh bertenang. rewind... pagi macam biasa bangun, wan siap kan anak2. dah jadi habit si niadel mesti mengusik adik diorang. ok fine, rindu gamaknya. bangun tido cari adik. kalau selalu rafa diam je, sekarang member dah besar. mesti ada bunyi bagai. pagi tadi, protes dia kuat sikit. hangin lah aku kat kakak2 dia kan. ok dah siap semua, 'turun go and take your school bag. now!!!!' mak kau dah mengamuk.

rafa dah rilek dalam car seat. sekali adel ternampak gelang tangan yang teacher dia bagi tergantung kat tempat letak minuman kat dashboard kereta. 'mama tolong amik'. ok, tengah panas enjin tu amik kan. sekali kakak dia 'adel tgk kejap..' adel nak bagi? harapan lah. tapi kakak dia ni kemain bossy lagi. dicubit adik nya. 

ye, pe'el nia sekarang. kalau begaduh mesti dicubit adik dia. abis ko ingat adel nak mengalah? dibalasnya balik. sambil meraung. haaa... amukan mak korang no. 2. aku cubit nia. aku mmg takde naik tangan kat budak2 ni. tapi kali ni takde diskaun. sebab dia pegi cubit adik dia. aku rasa nia lagi banyak cubit / lepuk adel dari aku buat kat adel. aku mmg tak pernah kot lepuk adel sebab adel kalau dah melalak mmg susah nak berenti. sampai lah sekarang.

ok, settle dah hantar 2 orang anakanda hamba ni. phewwww.... 

petang, nampak jam pukul 3.30pm, aci lelap kejap ni since rafa pun baru nak tido. sekali tersedar bunyi guruh. haa kau dah pukul 4 lebih. dang!!! lambat dah. gi mandi, mandikan rafa. rafa lapar agaknya dia menangis lah bagai nak rak. dalam masa sama hujan pulak. ampaian tak bawak masuk. arghhhhh... lari2 turun bawah bawak masuk ampaian. 

siap kan rafa cincai2 je. tuam pun tak sempat. tak sempurna rasanya. bagi susu jap then baru keluar rumah. ok everything is under control. phewww again.....

amik niadel, sampai rumah adel dah tertido, bagi susu kat rafa then dia pun dah tido. masa untuk minum petang dengan nia. phewwww sungguh adventurous harini. masih rasa adrenaline rush lagi ni dek terlelap tadi.

moral of the story ------> jangan baringkan diri or letak kepala kat bantal di petang hari. sekian...

 chill lah mama. tu pun nak panic. kita ok je!

Comments

Unknown said…
Hebat mek!! Super women
Anonymous said…
DIK....one day ko pasti realize...sesuatu yg ko tak pasti ko bole atasi....as if kerenah beranak 3 ni...sudah dapat diatasi...mmg kadang2 adrenaline tu naik sokmo tapi inshaallah semua akan "on track"..ALLAH dah aturkan..just ambik masa nak adapt...
Elyn Sani said…
Hihi sengih aku baca entry ni sbb aku nye kelam kabut lai haru kot dr ko!!
Gieyana said…
Phewww...mmg ujian yg hebat utk supermak cam ko nih...aq dua pon rs rush..ni ko x start keja lg..nnt cfm umah mcm tongkang pecah psl x sempat nk mngemas..:)
huhu.. semputtt...!
anak satu - masih boleh focus untuk jadi perfect utk everything. sambil anak makan tumpah air sambil tu lap.
anak 2,3,4 dah ke laut.. rumah sepah pun dah tak heran, anak tumpahkan air.. bagi dia puas dulu nak buat apa.. lepas tu baru cari mood kemas balik. hehe..
kalau anak gaduh, mak akan jadi master!. hehehe..

lumrah bila jadi mak2..
betul...masa tgh cuti ni mmg la kelam kabut sikit..tp bila dh biasa nti rasa cam "eh, anak baru 3 eh (time kelam kabut rasa cm diorang sedozen kot).."
Mar Mansor said…
salam perkenalan..singgah..
semoga dapat handle anak..
Ibu Lala said…
Geram tgk nn nih. Rs nak cium cium

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...