lama tak menulis ye tak? sibuk jadi suri rumah katanya. tgh free ni meh lah tulis sikit. harini sibuk. pagi subuh2 dah macam nak pegi perang sebab siapkan anak3. pukul 7.30pagi dah keluar rumah. harini ada family day ofis wan. berlangsung di FRIM Kepong.
opah and atuk tido kat umah malam tadi. pagi2 dah kena keluar rumah jugak since kitorg pun nak keluar rumah. takpe, cuti sekolah ni musim kahwin mmg selalu lah opah atuk turun. lepas rindu ke cucu2nya. niadel seronok lah. ni sebelum keluar rumah. jalan clear. sape je nak keluar rumah pagi2 ahad yang mulia ni kan? warga2 convex je.
dah sampai dalam pukul 8 lebih sikit. tgh beratur nak masuk. penuh gak kan FRIM pagi2. aku tak penah sampai sini. ni lah first time. maklumlah mak aktiviti2 beriadah di luar ni kureng. suka lagi beriadah dalam shopping mall. aci? banner family day. dgn tema let's go green together. mmg go green betul. hadiah semua pokok bunga ko. tunggu eh.
registration counter. cuaca dah mula nak panas. menjelang tengah hari panas terik. yang suffer sape lagi kitorg lah. letih handel anak3.
aktiviti pertama senamrobik. memula aku tak join. sebab aku pakai carrier pegang rafa. tapi niadel lemau je tak mau join. tak nak ber snam robik dgn papa diorg. maka aku pun join sekali. baru nia move sikit2. adel langsung kejung. separuh je staff office wan yang dtg ni. aku mmg sorang pun tak kenal. ater hobi laki aku kan suka tukar keja. baru nak kenal hat ni, dah tak jumpa terus sebab tukar kerja lain.
lepas senamrobik sarapan. acara makan2 mmg semua lah join. senamrobik tadi ada yang tak join. hehehe.. itu biasa. ada 2 3 orang clown on duty sepanjang family day berlangsung.
kitorg tak masuk apa2 acara telematch pun. panas sangat weh. budak2 kecik lagi. aku lak pegang rafa. dapat lak puteri2 lilin ni kan. takut cair tengah panas. so kita pegi aktiviti2 yang lain lah. sekadar memeriahkan suasana. bila dia announce ada face painting booth dah bukak terus je bawak niadel ke situ. aku beratur utk adel. wan beratur utk nia. adel nak minion. bagikan.
si nia memula tak nak. dah keluar line. sekali nak pulak. jenuh beratur balik. habis masa ada dekat sejam kat situ je. kemana pun tak boleh. orang makin ramai. sabajelah. kakak dia pun nak minion gak kat batang hidung jugak.
mujurlah rafa all the way behave. tido, susu, berak, salin, tido balik. steady lah rafa.
hasilnya. minion sedih dan minion gembira.
ada benda alah ni suka lah budak2 ni. tapi tu lah tengah2 panas kan. main nya kejap2 lah. sampai cair lah minion tu. penat je amoi tu lukis tau.
nia amik gambar dgn big boss convex. Datuk Peter Brokenshire. mesra gitu.
memula acara sukaneka kanak2. then dewasa pulak. sambil berlangsungnya telematch for adult, ada magic show. ok lah bebudak tak lah bosan.
macam2 game. mmg meriah lah. mujur je kami berderet anak kecik. tidak mmg dah join
tu dia. go green katanya. hadiah semua ni. ada yg menang byk kali tu ke 1 family yg masuk byk acara and menang pulak tu, mmg boleh bukak nursery lah. ada yang siap offer kitorg nak pokok tak? hehehe.. mekaseh je lah. tak cukup tangan nak angkat pasu. kalau mak aku ni, suka ni.
lepas habis magic show, budak2 disuruh maintain atas stage sebab ada coloring competition pulak. 50 orang masuk semua dapat pencil color free. so color lah budak2 ni. 10 pemenang bakal dipilih. niadel nombor 11 - 50 lah kot. sebab announce 10 je. dapat pokok bunga jugak!
lepas tu acara yang semua orang tunggu2. makan time. kemain mewah makan nya. macam2. macam2 lah.
lepas makan niadel nak main lagi. sambil2 tu ada cabutan bertuah, no papa tak berapa nak bertuah. yang balik awal, rugi lah. then karaoke session.
nia boleh kata sporting lah kali ni. rafa pun tak yah cakap lah, mmg behave je. tapi adik pompuan dia masyaAllah... jenuh!! takpe, cabaran. settle semua kitorg pun balik.
then terus je kitorg ke meru. wedding sepupu. dgn busuk masam nye mmg tak tukar baju. aku tukar baju rafa je, lagi lah payah niadel dah tido. paksa gak turun. jumpa sedara mara semua. adel jumpa pengantin celik terus. kejap je lah. lepas tu macam2. aida, ko pink tetap ada gak kan! apa pun mmg cantik dan kacak pengantin.
diorg tak penah jumpa rafa lagi. so kasi rafa berkenalan dgn family besar dia. siap aku kena ceramah free kena pantang makan / minum lagi. and of course kena sound mana baju kurung??? ni sebelum balik. lagi sekali dgn pengantin. lauk gulai kawah sedap yo. aku jelig2 je lah gulai rebung tadi. huhu.. soba2..
yang paling win harini ialah my dearest son. rilek je dia. kecik lagi ye tak? bia sampai ke besar lah senang jaga ye. amin..
ok, later! assalamualaikum...
Comments
next week masuk keje ye? harap x pengsan la ye dgn mcm2 keje tertunda.
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye
umielman.blogspot.com