Skip to main content

ngidam sushi

tekak ni asyik nak makan sushi je, so anggap je lah aku ngidam. telah ku seret wan ber sushi. mana lagi kalau bukan kat shogun. ada buffet and wan pun boleh makan benda lain. memula nak pegi weekend ni tapi ada majlis aqiqah pulak weekend ni kat kuala selangor so pegi lah last weekend nye. 

patut nak pegi shogun kat sunway pyramid. dah situ je aku penah pegi pun. tapi tutup tgh renovate. mujur call dulu. then pergi lah ke shogun one utama which spacious and selesa jugak. wan tak kata tak lah. buat icon berjujuran air mata je sebab kena ikut apa yang bini nak kat whatsapp tuh. nanti anak dia air liur meleleh kang camne? aci, pakai anak. ;)

ke one utama kita weekend lepas. lama tak pegi. bukan tempat lepak lah katakan. mujur jalan tak jem. sampai pun on time. melilau mencari kat dalam tu je lah. aku ni tak leh nak laju sangat so pelan2 aje lah. sampai pun around 12 ++. buffet dia 12-3pm. bayar dulu then makan sampai sendat perut.

bukan ada makanan jepun je. pelbagai jenis makanan ada. so aku yakin lah wan pun mesti boleh makan. same goes with the kids. macam buffet kat hotel tuh ha. kiri kanan depan belakang ada makanan. mampu makan dgn tak je.

1 section penuh sushi. waaaa heaven! tapi banyak yang aku tak leh makan. sebab raw kan. makan mana yang boleh je lah.

niadel makan seafood pasta dgn fries. molek muka tu adel.

bape round sushi dah ni. haritu tu gak tah macam mana green tea rasa sedap je kat tekak. berkali2 refill. air lain tak mau.

ada tako tao jugak. yan, ainal 1 day kita kena melahap kat sini. ada tempura. ada tepanyaki. apsl tak perasan masa kat shogun sunway tu? so mmg rasa serba sikit lah.

ni keje wan lah amik gmbr aku ni. basically japanese food mmg kena dgn tekak aku lah. aku suka tepanyaki, aku suka sushi. aku suka tako tao. 

lepas tu dessert time lah. ice cream and ABC. bekoyan2 lah makan.

happy us! tekak ni dok teringat ingat lagi sushi ni. kot dan nak repeat lagi ke kan? moh kita bang!

charge dia RM61 utk adult kalau weekend. and nia kena charge RM17. adel free.

lepas tu tupperware bukak booth pulak. jual botol je. comel je ada mascot. adel cam biasalah, menonong nak amik gambar sekali.

lepas tu singgah kedai switch nak beli ipad casing yang baru. sejak beli ipad, ni second time tukar casing. hat first tu dah pecah kat tepi, so tak leh grip ipad dah. maka kena ganti baru.

haa.. ios baru, casing baru, tak ke mcm ipad baru tuh? hehehe.. cakap ke nia 'nia i got u a new ipad'  nia jawab.. eleh tipu je mama ni! sabajelah aku budak ni!

petang tu makan petang kat rumah nenek pulak. nenek gelaran utk yg pakai baju kurung tu. soon to be dr azhani tohar. tgh sambung PHD tu! tabik spring lah kat ko nenek! lepak2 lagi. makan2 lagi. sembang2 lagi. then mintak diri... sorry nek rumah ko mcm kena gempa bumi anak2 kitorg kerjakan and tq so much for the food.

lepas tu singgah jusco beli groceries. adel bersendu nak skirt. mahal kot! lg pun baju bajan raya tak habis rotate lagi. so upah main benda alah ni.

dah lama x ber weekend begini. sebab sendiri tak larat. so happy and dalam masa sama boleh exercise nak bagi cepat beranak. esok check up 38minggu...

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...