Skip to main content

setengah bulan Ramadhan

bismillah. we are half way through Ramadhan guys. kejap je kan? pejam celik. insyaAllah kalau berjaya harini genap lah 15 hari kita berpuasa. selepas hidup aku yang agak disaster last 2 weeks dek peristiwa hitam yang melanda diri serentak pulak dgn ISO audit, finally harini aku rasa lapang gila. idak le lapang. lembik ni ha. hehehe... saba. 

eh time sahur korang tgk tv tak? aku tgk tv. tu lah peneman aku time sahur. nak bagi celik bijik mata. then sangkut lah kat 1 cite ni. aku tak tau la glamour ke tak cite ni. tapi aku rasa best la cite ni. ke cite novel jugak?? kalau ye, sila koba kan ke den supaya den bole cari novel tersebut. cite fizz fairuz berlakon tu. kahwin dgn driver dia. best betul minah tu berlakon. rasa mcm diri aku je. ala2 ganas and ada pendirian and yet sayang gila kat laki dgn family. gitu! nak jugek. cinta kau dan aku tajuk nya. rilek je tgk fizz fairuz tu berlakon. kalau adaptasi novel sila bagitau ye. 

dah lama ke baru cite ni aku tak tau lah. yang aku tau, dia ulang tayang time sahur. heroin dia tu sape ye? yang hero sorang lagi tu tak keluar lagi aku rasa. skang sampai part ex-tunang fizz tu duduk kat rumah diorg. bole gitu?

apa aku nak cite ni? takde benda pun sebenarnye. nak cite pasal persiapan raya, tak buat apa pun. perasaan nak prepare for raya tu tak datang lagi. biasalah, stok last minute. lepas tu mula lah sentap tgk family org cantik je bersedondon sebab tempah baju awal2, cantik2. aku lak pakai apa yang ada. baju raya tempah dah. kain beli kat bandung dulu. awok ngandung2 pun nak bertempah juga. jangan lah besau benau. sebab perut ni tak macam besar seperti yang dijangka.

so itu je lah kot persiapan setakat ni. bila baju raya aku mau siap daa.. wan nak beli baju melayu match dgn baju raya kitorg anak beranak. aku rasa sebab aku so - so je tahun ni sebab aku pregnant kot. bila pregnant tu kan jadi penat so nak multi task tu tak berapa larat. go with the flow je lah. baju2 raya casual niadel, ada lah 2-3 helai yang baru. pakai je lah apa yang ada. ke perasaan nak membeli tu belum dtg lagi tak tau lah.

yang aku sakan sekarang ni order kuih raya je. rasanya dah 6 jenis kot aku order. takut ada yang offer bertanya aku order lagi. hahahah.. sebab order kuih senang, orang dtg kat kita. tak yah susah2 cari. aku nama nak belek2 online ni mmg tak lah. otak tak boleh nak proses. aku tgk org lain seronok je view online baju raya lah, segala2 pasal raya. aku tak kemampuan.

tahun ni raya belah perak dulu. dalam kepala ni dah bersusun juadah dipagi raya yang teringin nak makan. last weekend balik perak kejap. kejap je ye. tak pernah dibuat. semata- mata nak makan rendang ayam mak masak dgn nasi impit. 3 hari aku ngadap tu je kot. puas hati. terubat hatiku yang lara ini bila dapat apa yang nak dan dapat jumpa family. walaupun sekejap. 

 rendang ayam sekuali khas untuk aku sorang, muahahahaa... sorga!

lagipun sebab raya nanti aku kat perak kejap je. so tu yang balik perak berpuasa. sebab cuti aku x approve. tq la boss ye tak approve kan cuti raya saya. susah- susah aje. esok saya confinement 2 bulan, 2 bulan saya campak hp dalam laut. (konon)!

so haritu balik perak, aku booking bersalin sekali. insyaAllah kalau ada rezeki nak bersalin kat perak gak. senang lepas beranak nak balik rumah mak. kena check up and scan bagai. mencemar duli lah laki i first time teman bini check up. dapatlah tgk anak dia perut bini dia ni. nampak semua (termasuk gender : boy). cuma doktor mark disitu PP stage 1. aiyoh. apekah? takpe banyak masa lagi doktor kata. uri bole naik lagi. mudah- mudahan la ye. aku ni mmg serik beranak ceaser. doktor advise jangan angkat berat2

hmmmm.... nak elak dari mengangkat adel? harapan je lah. adel punya tantrum sekarang tak kira masa. sikit- sikit menangis. sikit- sikit menangis. yang bole pujuk, mama sorang je. aduuuu... urut dada aku. kalau landing mesti berbantalkan perut mama dia ni ha. landing baik punya like nobody business. tau adik dia dok dalam. hari2 shake hand nak pegi sekolah mesti chom (cium) perut mama. katanya nak "nak chom baby". tapi tu lah, hari2 gak mengamuk. semua benda bole jadi modal. setan takde bulan puasa ni pun mak rasa dah hilang sabar. kalau setan ada, mau kena piat. sabar2 lagi. sindrom nak jadi kakak. 

 sentap face. menangis dari maghrib bawak ke isyak. macam ni lah muka nya. merah segala. semata- mata tak dapat apa yang dia nak.

awal Ramadhan jugak adel diserang demam panas. dah lama tak ke klinik. last sekali demam bulan 4. sekali demam sampai 39.2 suhu nye. tahap gigil2. tak penah aku tgk adel demam gitu.  panic attack lah jugak. tapi 3 hari dah ok. on AB terus. adel ni ikut aku. tonsil besar. sebab kuat melalak kot. tonsil bengkak cause to high fever. cant imagine kalau aku tak remove tonsil lagi. kalau pregnant, mmg azab la. syukur plan Allah tu cantik je. 

gambar muntah aku kecikkan. hehehe.. masa teacher diorang call kata adel demam tu, aku amik terus nak bawak pegi klinik. otw balik dari klinik nak balik rumah, ha selambak dia muntah. lepas tu dia dok atas riba aku pulak. terbaik lah maghrib2 laki aku mencuci kereta. dugaan...

sian dia melepek aje. ni kena ikut mama pegi ofis esok nya. takkan nak anta sekolah gak. so atleast ada depan mata aku. nak monitor makan ubat pun senang. tapi eslok je dok ofis aku udah rupa mcm tak demam pulak. telompat- lompat kat ofis aku. adoilah. dia dgn mama tiba2 elok je kot. sabajelah.

preparation baby? itu je lah yang aku beli masa aku pegi sogo itu hari. aku rasa banyak je aku borong. rupanya baju 4 helai je! takpe, aku baru 29minggu. lepas raya esok beli lah apa yang patut. rasa berat je kaki ni nak melangkah ke shopping mall especially bulan2 puasa ni. 

 dah la beli sikit2. takde pink tuh.
cakap pasal baby so finally the royal baby yang kita tunggu2 dah keluar. kita tunggu? ke aku je tunggu? hahhaa.. ada la baca kat twitter masa dia dah discharge dari hospital tu nampak macam ada baby lagi dalam perut. haish, cetek akal bebeno. ko tak penah beranak ko tak tau lah condition orang dah beranak macam mana. mmg lah lepas deliver, perut tu macam ada sorang lagi dalam perut. rahim belum kecut lagi. tu kalau normal, kalau ceaser lagi parah. dah lah tak boleh nak pakai bengkung, hadap je lah perut tu sampai kempis. lagi sedih. haish, marah aku orang yg ngata duchess of cambridge ni. ewah!

 tu dia. muka dah deliver kemain glowing lagi. i just love this photo. don't you?

tu je la kot sessi bebelan untuk kali ini. moga hari- hari yang mendatang akan baik2 dan happy2 aje. begitu juga untuk korang semua ye. jumpa lagi dilain siaran.. assalamualaikum.

Comments

Lia said…
kejap aja kan puasa dah setgh bulan dah.. hehe..
tulah kemain glowing lagi diorg lps bersalin. lia dulu hahaha muka mcm kalah perang je.. hehee
Gieyana said…
Ko tahu x..heroin drama tu rupanya adik fazura..aq pon tahun tgk dr insta dorg beb..:)

Kuih rayano 2 tu membuatkn aq teringin laa...kt penang ni mn nk cr..kena blik kedah dr dpt kot..tetiba ja nw rs nk mkn kuih rayaaaaa....:)

Aq pon x prepare abis lg beb fr bb..dh x lrt nk g mall haa...then fr raya pon mcm ko gk..apapib x preparw..haizzz!
@lfidah @dim said…
Drama tu adaptasi dari novel alya.best jgk novel dia.sy mmg tgk drama tu.maklumlah peminat tegar drama melayu.pompuan tu sara ali nnti ex tunang fizz dgn adik fizz porak perandakn rumahtangga dia org.kesian si farisha tu. tgklh smpi abis. :D
Nur said…
Salam kak, tu adaptasi novel. Karya siti rosmizah.biha ade novel tuh.. tahun 2009 nye novel.. dah pernah tayang kt tv1 bulan3/4 camtu baru2 ni~ sebenarnya novel lagi best kot. sebab pelakon2 kt tv ni macam kaku sikit. terutama watak hero n heroin. dalam novel watak hero yg digambarkan kacak, bergaya n style sikit. Tapi bila tgk tv. alahaii. tak kenaaa.. heee. Selamat berpuasa kak !
amal_fc1303 said…
panjang nye entry ko yg nie. tak mampu nak baca sampai habis. tgk gmbr pon jadi ler. hehehe. aku jgk tak mampu nak menulis entry dekat blog walaupon bnyk story yg nak ditulis.
Rizziela said…
mak ai adiel...merah muka2 bila menagis
nome said…
bengong je kan org yg kutuk2 psl perot kate middleton nih...aku yg beranak czer nih, lagi lah! sampai skrg perot tak kempis2 walaupun anak dah umur setahun lebih...muahahaha!

kalau tak larat sopping skrg, wajib tgu pas raya..masa tu balun sopping cukup2...sedapnya lahai rendang mak tuh!
Mrs. Simplicity said…
lia : dressing pun kemain vass lagi. tetiba rasa keluar hospital lepas deliver esok nak melaram mcm kate. hahaha..

gie : ler ye ke? lain sangat. nama dia sara ali kan? baru aku tau. sbb kita dah sarat tu yg tak larat tuh. go with the flow je lah.

alfidah : tu lah, wajib cari novel ni. and dah tgk kat utube! tak leh tahan nak tau apa jadi kat ex-tunang dia tuh. adoi lah stress2

bihah : wah ko, gitu sekali ye. tak cukup hensem ke fizz fairuz tuh? heheh.. apa pun akan akak dapatkan novel itu :)

ina : nasib aku nak letak tu. ikut hati mmg tak rasa nak letak gmbr pun

rizziela : ye mmg begitu lah kalau dia dah mengamuk

nome : ye mie, kita yg stress sbb kita penah kena. dah beranak tak kempis2 pun. kahhhh...
ada beza tak mengandung baby boy dengan baby girl sebelum nie..?

yang jue tau kalau ngandung baby boy malas tahap gaban dah. memang pemalas giler.. xtau la kot kalau memang jue ni dah semula jadi malas.. hehehe..

malas, kuat tidur.. itulah kena tiap kali ngandung. kali ni pun sama cuma kurang sikit dari yg sebelum nie.
Mrs. Simplicity said…
jue : tak ingat lah jue. rasa steady je kot masa pregnant diorg 2 dulu. yes, malas is the right word. membawak kepada lembik. mmg gitu ye kalau pregnantkan boy. jgn dalam perut ni jadi malas juga dah la. huhu..
amal_fc1303 said…
weyh cite yang ko layan nie ina ada kot. donwload tru youtube.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...